zinc shaklee

Permulaan 2016 Shaklee yang mengujakan!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Bulan pertama tahun 2016, Shaklee melancarkan promo yang rasanya sangat tepat pada masanya iaitu promo VIVIX 1produk yang juga dikenali sebagai ‘magic potion’ dengan pembeli 7botol VIVIX pada harga 6botol vivix. Maknanya anda beli 6botol VIVIX anda layak menerima 1botol VIVIX secara percuma dan 2botol vivix pula anda akan menikmati diskaun 5%! Menarik bukan?

Jadi sebagai permulaan tahun 2016 anda sudah boleh mula berjimat untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih optimum… Mungkin kadar anda jenguk ke klinik dan hospital pun akan berkurangan dan ini mengurangkan lagi kos perubatan!

Disamping promo ‘magic potion’ yang terbaik ini Shaklee juga masih meneruskan promo ‘Beli 3 dapat 4’ untuk Vitalea for Children dan promo terakhir untuk Zinc Complex kerana Shaklee bakal menghentikan pengeluaran Zinc bermula 29 Februari 2016 kerana untuk proses menambah-baik formula Zinc Complex yang sedia ada sekarang. Mungkin tahun hadapan pula Shaklee akan keluarkan semula Zinc Complex. Jadi bolehla buat stok kepada pengamal Zinc Complex sebelum 29 Februari ini ya… ūüôā

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery ‚Äď COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‚Äėgroup‚Äô eksklusif tertutup di facebook.

promo jan2016_lastbuypromozincpromo jan2016_vitaleaforchildrenbuy3get4_RPpromo jan2016_vivixbuy6get7_RP

Advertisements

Tips kulit sihat dan cantik…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Lama rasanya tidak berkongsi cerita di sini… salam aidilfitri juga kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana sahaja anda berada semoga syawal kali ini membawa 1001 erti dalam hidup kita…

Kali ini saya nk berkongsi cerita mengenai TIPS yang saya perolehi dari beberapa pembacaan, perkongsian rakan bagaimana mendapatkan kulit yg sihat dan cantik… sekarang ni ramai sangat yg hanya fokus untuk mendapatkan kulit yang PUTIH… apa ada pada warna kulit yg putih andai kulit putih itu tidak sihat? Apabila kulit anda sihat insya allah secara automatik anda akan kelihatan cantik dan lebih yakin ūüôā

Kulit wajah adalah bahagian tubuh yang menjadi perhatian utama bagi kita. Oleh itu kulit wajah haruslah dijaga dengan rapi agar boleh tampil sihat dan cantik.

1- Mencuci muka – bagi memastikan kulit yang sihat dan cantik, langkah pembersihan kulit wajah adalah penting. Pilih produk pencuci muka yg bersesuaian dengan jenis kulit anda supaya tidak menyebabkan riang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang betul akan menyebabkan jangkitan mikro dan akhirnya pertumbuhan jerawat akan terjadi. Sebaiknya gunakan pencuci muka yang bebas bahan kimia secara berlebihan. Utamakan pencuci muka bersifat lebih natural, semula jadi untuk kulit anda. Elakkan mencuci muka secara berlebihan kerana ia akan menyebabkan kelembapan semulajadi kulit musnah jadi kulit akan cepat mengalami masalah.

2- Alat solek – Penggunaan alat solek secara berlebihan (terutamanya yang mengandungi bahan kimia dan minyak) boleh memudaratkan kulit anda. Segera mencuci muka selepas seharian mengenakan alatan solek terutamanya sebelum tidur bagi mengelak liang pori kulit tersumbat seterusnya menyebabkan pertumbuhan bakteria dan jerawat. Utamakan alatan solek yg berasaskan bahan semulajadi (mineral) bagi mengurangkan risiko masalah kulit. Baca bahan utama alatan solek sebelum membeli atau menggunakan.

3- Pemakanan dan diet harian – pemakanan dan diet seharian juga mempengaruhi tahap kesihatan dan kecantikkan kulit. Tabiat suka dengan makanan segera, makanan diproses yang tidak sihat sangat mempengaruhi kesihatan kulit kita. Makanan segera dan yang diproses tidak segar, banyak menggunakan pegawet, perasa dan pemanis tiruan secara tidak langsung mengganggu sistem badan. Bukan sahaja kulit malah badan kita juga mungkin menjadi kurang sihat.

4- Menyentuh kulit wajah – adalah tidak elok sebenarnya selalu menyentuh kulit wajah terutamanya memicit jerawat kerana bakteria pada tangan dan kuku mudah terkena pada kulit dan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Jika ingin mengesat kotoran atau peluh pada wajah anda disarankan untuk menggunakan tuala muka yg bersih.

5- Tidur, rehat dan senaman – amalan gaya hidup sihat memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan manusia termasuklah kesihatan kulit. Memastikan tidur dan rehat yang cukup adalah penting bagi mengelakkan tekanan serta merangsang badan untuk berfungsi dgn baik dan sempurna. Begitu juga dengan senaman. Senaman secara konsisten bukan sahaja boleh mengawal berat badan tetapi juga boleh mengawal hormon, sistem badan untuk tampil lebih sihat dan cantik.

6- Elak tekanan – tekanan emosi, kemurungan dan emosi yg tidak sihat sebenarnya boleh mengganggu kesempurnaan hormon anda. Apabila hormon tidak stabil, pelbagai masalah kesihatan akan timbu termasuklah masalah pada kesihatan kulit. Ianya terjadi apabila kelenjar peluh menjadi tidak stabil yg disebabkan oleh masalah hormon tidak stabil. Maka kulit mudah terkena jangkitan bakteria.

6- Amalan nutrisi sihat untuk kulit РKesihatan kulit sebenarnya banyak bergantung pada amalan pemakanan nutrisi sihat setiap hari tetapi ramai yang tidak memandang serius perkara ini. Mereka lebih memberi fokus kepada produk untuk mengatasi masalah kulit yg tidak sihat ini. Oleh sebab itu hanya kira-kira lima peratus (5%) daripada penduduk mendapat jumlah vitamin dan mineral yang disyorkan setiap hari. Bila keperluan nutrisi badan kita tidak dipenuhi, pelbagai organ, termasuk kulit, tidak berfungsi dengan baik.

Terdapat beberapa vitamin yang didapati boleh menyihatkan kulit. Vitamin yang terbaik adalah sudah tentu yang diperolehi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan. Tapi, adakah kita mengambil jumlah nutrisi yang mencukupi melalui  pemakanan kita? Maka di sinilah makanan tambahan memainkan peranan.

Mengetahui apa vitamin yang baik untuk merawat jerawat boleh membantu memberikan anda kulit yang berseri-seri yang anda idam-idamkan selama ini, dan membantu anda mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela.

Apakah vitamin yang penting untuk kesihatan kulit?

Vitamin A

Vitamin A adalah vitamin yang penting pada badan anda dengan berkerja sebagai penguat tisu kulit. Semakin banyak vitamin A dalam diet anda, semakin kuat kulit anda. Malah jika anda kekurangan vitamin A masalah jerawat dan kulit mungkin boleh terjadi. Salah satu cara vitamin A merawat kulit adalah dengan cara meremajakan kulit anda iaitu dengan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dengan cepat.

Vitamin A juga dapat membantu membersihkan pori-pori kulit dengan cara mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan yang akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan merensakan kulit.

Vitamin A merupakan antioksidan yang kuat dan dapat memerangi kerosakan kulit dan anggota badan lain akibat radikal bebas. Ia melindungi kulit dengan mengeluarkan spesis oksigen reaktif dan radikal bebas lain yang berbahaya daripada kulit. Kesan ini bertambah baik jika diambil bersama dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan selenium

Di samping sifat-sifat antioksidan, vitamin A bertindak sebagai anti-radang untuk kulit dan membantu untuk meredeakan bengkak, merah dan sakit pada jerawat.

Vitamin A, telah digunakan selama beberapa dekad oleh dermatologi untuk merawat jerawat.

Anda perlu mengambil kira-kira 10,000 IU vitamin A harian melainkan jika anda hamil. Wanita hamil tidak perlu mengambil lebih daripada 5,000 IU.

Carotomax1

Vitamin B

b-complex

Terdapat beberapa jenis vitamin B dan semua adalah penting untuk kulit yang sihat. Masing-masing mempunyai peranan tertentu dalam mengekalkan kesihatan sel-sel kulit.

  1. Thiamine (B1) berfungsi sebagai antioksidan yang meningkatkan peredaran darah dan membantu sistem penghadaman
  2. Riboflavin (B2) adalah penting untuk kulit yang sihat, rambut dan kuku. Jerawat adalah salah satu daripada tanda-tanda kekurangan vitamin B2.
  3. Niacin (B3) memperbaiki peredaran darah dan membantu untuk memetabolismekan karbohidrat. Pengambilan nutrisi niacin mampu membantu untuk menarik toksin keluar dari sistem anda lebih cepat.
  4. Pantothenic acid juga dikenali sebagai vitamin B5. Ia adalah vitamin penting dalam membantu mengurangkan tekanan dan menyokong fungsi adrenal dengan baik. Terdapat 2 mekanisme yang mana vitamin B5 membantu mencegah dan melegakan gejala jerawat. Pertama, ia mengurangkan saiz pori-pori kulit sekaligus akan mengurangkan peluang pori-pori kulit akan tersumbat oleh sel-sel kulit mati, bakteria dan sebum yang berlebihan.Cara kedua bagaimana vitamin B5 memperbaiki gejala jerawat melibatkan Koenzim A. Asid Pantothenic meningkatkan pengeluaran Koenzim A yang kemudian mempercepatkan metabolisme lemak. Ini bermakna bahawa lebih rendah lemak ditolak ke dalam kelenjar sebaceous. Oleh itu, pengeluaran sebum dapat dikurangkan.Memandangkan sebum yang berlebihan pada kulit menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria jerawat, kesan daripada vitamin B5 adalah mencukupi untuk menyebabkan bakteria kebuluran dan seterusnya mengurangkan terjadinya jerawat.
  5. Pyridoxine, atau vitamin B6, berfungsi merawat jerawat dengan mengawal paras hormon dan pelepasan prostaglandin. Oleh itu, vitamin ini boleh mengurangkan penghasilan hormon seks lelaki seperti testosteron dan metabolitnya (contohnya, dihidrotestosteron atau DHT) yang dikenali menyebabkan jerawat. Ia juga boleh mengurangkan tindak balas keradangan.

Vitamin C

Vitamin larut air ini merupakan antioksidan yang sangat kuat dan ia terlibat dalam sistesis kolagen dalam tubuh kita (membantu menghasilkan kolagen secara semulajadi) dengan cara ini, vitamin C mengelakkan pelindung kulit daripada gagal berfungsi apabila toksin muncul. Ia juga menghalang pigmentasi kulit dan boleh membantu menghilangkan parut jerawat.. Sebagai antioksidan, vitamin c membantu merawat kulit, melidungi kulit dari kerosakkan akibat radikal bebas. Vitamin C juga untuk membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan melindungi kulit daripada kerosakan daripada cahaya matahari.

vita-c-plus

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang sangat berkesan dan bertanggungjawab untuk menyerap spesies oksigen reaktif yang dihasilkan daripada metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam pertumbuhan semula tisu yang diperlukan untuk membaiki luka.

Kesan antioksidan vitamin E adalah sumbangan besar untuk rawatan jerawat. Anda perlu mengambil 400 IU setiap hari daripada vitamin semulajadi E. Vita-E Complex Shaklee memenuhi keperluan vitamin E harian anda.

vita-e-complex

Vitamin D

Vitamin D merupakan sinonim dengan gelaran vitamin sinaran matahari kerana ia disentisis dalam kulit daripada kolesterol semasa pendedahan kepada cahaya matahari. Vitamin D mempunyai beberapa kelebihan dalam merawat masalah kulit terutamanya jerawat. Pertama ia menyekat percambahan sel dalam kelenjar sebum. Dengan cara ini ia menghalang pembesaran kelenjar sebum dan mengurangkan penghasilan sebum secara berlebihan jadi gejala ‘whitehead’ dan ‘blackheads’ dapat dikurangkan. Kedua vitamin D juga berperanan sebagai anti-keradangan yang sangat penting dalam rawatan jerawat. Ketiga, vitamin D menghasilkan kesan antimicrobial melalui sekumpulan agen anti-bakteria semujadi yang dipanggil cathelidins. Ia akan menyerang bakteria-bakteria yang menjadi punca masalah kulit.

Zink

zinc-complex-nutrition

Zink adalah mineral, tetapi ia membantu menyembuhkan kulit dan mencegah parut yang disebabkan oleh jerawat. Zink juga bertindak sebagai antioksidan, menentang dan mencegah kerosakan akibat dari radikal bebas. Kekurangan zink boleh menyebabkan jerawat. Antara 25 hingga 30 mg Zink setiap hari disyorkan untuk mencegah jerawat.

Kromium

Kromium merupaka sejenis mineral penting dalam tubuh badan manusia. Kromium akan kehilangan dalam badan jika kita kerap mengambil makanan yang tinggi kandungan gula. Kromium berfungsi mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit.

vita-lea

Kromium terdapat di dalam Vita-lea Shaklee

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook