vivix shaklee

The best of vivix (testimoni terbaik vivix)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Salam isnin buat semua terutamanya buat mereka yang berkerja… kerja bersungguh-sungguh dan ikhlaskan niat berkerja untuk mencari redha ALLAH SWT serta mencari rezeki yang halal dan berkat buat keluarga tercinta 🙂

Pagi ini saya terbaca mengenai 1testimonial yang cukup menyentuh hati mengenai vivix. Jadi saya rasa nak berkongsi dengan pembaca semua semoga beroleh manfaat daripadanya. Baca sampai habis tau! Rugi tak baca 🙂

Kisahnya bermula begini…

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah…

Credited:
FB: Hawatif Ali
Pages: Duniaraha 011-32742845 Pengedar Shaklee Seremban

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service)

Permulaan 2016 Shaklee yang mengujakan!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Bulan pertama tahun 2016, Shaklee melancarkan promo yang rasanya sangat tepat pada masanya iaitu promo VIVIX 1produk yang juga dikenali sebagai ‘magic potion’ dengan pembeli 7botol VIVIX pada harga 6botol vivix. Maknanya anda beli 6botol VIVIX anda layak menerima 1botol VIVIX secara percuma dan 2botol vivix pula anda akan menikmati diskaun 5%! Menarik bukan?

Jadi sebagai permulaan tahun 2016 anda sudah boleh mula berjimat untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih optimum… Mungkin kadar anda jenguk ke klinik dan hospital pun akan berkurangan dan ini mengurangkan lagi kos perubatan!

Disamping promo ‘magic potion’ yang terbaik ini Shaklee juga masih meneruskan promo ‘Beli 3 dapat 4’ untuk Vitalea for Children dan promo terakhir untuk Zinc Complex kerana Shaklee bakal menghentikan pengeluaran Zinc bermula 29 Februari 2016 kerana untuk proses menambah-baik formula Zinc Complex yang sedia ada sekarang. Mungkin tahun hadapan pula Shaklee akan keluarkan semula Zinc Complex. Jadi bolehla buat stok kepada pengamal Zinc Complex sebelum 29 Februari ini ya… 🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

promo jan2016_lastbuypromozincpromo jan2016_vitaleaforchildrenbuy3get4_RPpromo jan2016_vivixbuy6get7_RP

‘Supplements’ dan ‘Superfood’ PCOS!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Pernah dengar tak satu istilah yang dipanggil PCOS dikalangan wanita? PCOS atau dengan terma penuhnya “Polycystic Ovarian Syndrome” atau juga dikenali sebagai “‘Stein-Levanthal syndrome”. Dianggarkan 5-10peratus wanita yang berada di dalam likungan umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan di mana terdapat hormon lelaki yang berlebihan dan insulin di dalam pengidap PCOS. Ia disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur yang disebabkan oleh tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, metabolisma gula dan kolesterol yang terganggu.

Apakah gejala-gejala PCOS?

  • Kitaran haid yang tidak teratur. Jika haid datang kerap kali menjadi banyak dan berpanjangan
  • Kegemukkan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolesterol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki.

Bagaimana PCOS dikenalpasti/dianogsis?

Doktor akan mengesahkan pesakit menghidap PCOS apabila 2 daripada kriteria tersebut dibawah dipenuhi iaitu:

  • Kitaran haid tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang seperti berlebihan hormon lelaki dan/atau ujian klinikal menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Ujian scan/imbasan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovari’

Apakah ‘polycystic ovary’?

‘Polycyctic ovary’ dikenalpasti melalui ujian scan/imbasan pada pelvis pesakit dan didapati terdapat ‘cyst’ kecil-kecil pada bahagian ovari pesakit yang selalu terdapat dalam 12cyst atau lebih. Setiap satu cyst anggaran saiz diantara 2-8mm dibahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘String of pearls’. Cyst kecil ini dikatakan TIDAK akan membesar hingga menyebabkan pembedahan. Sebanyak 20% dikalangan wanita yang normal apabila dilakukan ujian imbasan pelvis menunjukkan terdapat ‘polycyctic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita sahaja dikalangan mereka yang menghidap PCOS.

Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan oleh masalah ovuasi dikalangan pesakit PCOS. Disebabkan pesakit PCOS mengalami masalah hormon tidak seimbang, ia menganggu proses kematangan dan perkembangan telur di kilang ovari. Hal ini menyebabkan ovulasi sukar berlaku dan kitaran haid terganggu. Disebabkan ovulasi yang sukar terjadi, peluang untuk hamil juga menjadi tipis.

Apakah risiko kesan jangka panjang pesakit PCOS?

  • 10-20% pesakit PCOS berisiko tinggi menghidap kencing manis terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis
  • Masalah kolesterol tinggi
  • Masalah tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Barah rahim terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur
  • Masalah tidur
  • Kemurungan

Apakah cara-cara untuk mengatasi masalah pesakit PCOS?

  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Amalkan gaya hidup sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat antara 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan positif dan penyakit PCOS semakin dapat diatasi
  • Pil perancang perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid
  • Ubat kencing manis. Contohnya metformin bagi pesakit yang mempunyai masalah hormon insulin insulin yang tinggi, berat badan berlebihan dan menghidap kencing manis
  • Ubat fertiliti untuk merangsang kesuburan/ovulasi.
  • Pembedahan ‘ovarian-drilling’.

Walaubagaimana PCOS juga dapat diatasi secara semuljadi dengan menjaga pemakan dan mengambil makanan dan diet seimbang serta sihat.

‘Supplements; dan ‘Superfood’ untuk PCOS

Antara makanan yang dianggap sebagai ‘superfood’ yang memberi banyak manfaat terutamanya kepada penghidap PCOS adalah seperti berikut:

Avocados

Walaupun avocados dikatakan mempunyai tahap lemak yang tinggi tetapi lemak yang terkandung dalam buah avocados adalah lemak baik dan mampu menjadi anti-keradangan secara semulajadi. Sifat anti-keradangan yang terdapat dalam avacados sangat sesuai untuk pesakit PCOS yang menghadapi masalah keradangan. Satu kajian telah membuktikan masalah keradangan ini akan menyebabkan dan merangsang masalah ‘ovary polycyctic’ dengan menghasilkan androgen. Masalah keradangan yang dihadapi pesakit PCOS meningkatkan hormon insulin dan ia menjadikan pesakit PCOS menjadi semakin kritikal. Antara kelebihan avocados yang lain adalah ia mampu menyerap nutriens yang berasaskan minyak/lemak dan nutriens karotanoid khususnya.

avos

Kekacang

Kekacang mempunyai indeks glisemik indeks yang rendah di mana ia ditukarkan kepada tenaga/gula dan dilepaskan secara perlaha-lahan ke dalam badan kita. Keadaan ini menyebabkan kekacang adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis dan pesakit PCOS yang menghadapi masalah dengan hormon insulin.

1kajian telah dilakukan ke atas 31orang wanita penghidap PCOS. Kumpulan wanita berkenaan dibahagikan kepada 2kumpulan. 1kumpulan diberikan kacang walnuts dan 1kumpulan lagi diberikan kacang badam (almonds). Mereka diarahkan untuk mengambil kekacang ini secara konsisten setiap hari selama 6minggu berturut-turut. Dan keputusan yang diperolehi sangat mengujakan!

Para pengkaji tersebut telah mendapat wanita yang mengambil kacang walnuts setiap hari secara konsisten “sex hormone-binding globulin” mereka menjadi meningkat. Ini adalah penting kerana SHBG berperanan menjadi pengikat dengan hormon testosterone dan menurunkan kadar hormon testosterone yang berlebihan. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan secara total simptom-simptom yang dialami oleh pesakit PCOS.

Manakala bagi kumpulan wanita yang mengambil kacang badam (almonds) secara konsisten setiap hari, para pengkaji ini mendapati memberi keseimbangan kepada hormon androgen dan testosterone dalam badan mereka.

Nuts

Kulit kayu manis

Kulit kayu manis bukan sahaja sangat penting digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan tetapi ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Satu kajian telah membuktikan kulit kayu manis mampu menurunkan paras glukos dalam darah kepada pesakit kencing manis jenis 2. Kulit kayu manis menstabilkan hormon insulin dalam badan penghidap kencing manis. Insulin sangat penting bagi ovari untuk menghasilkan hormon testosterone. Jadi pengambilan kulit kayu manis juga mampu mengawal paras hormon testosterone.

Satu kajian juga telah dijalankan ke atas 45orang wanita penghidap PCOS. Wanita ini diarahkan untuk mengambil kulit kayu manis secara konsisten setiap hari sebanyak 2kali. Dan didapati mereka boleh hamil secara semulajadi selepas beberapa ketika. Sebanyak manakah para penghidap PCOS boleh mengambil kulit kayu manis setiap hari? Secara purata mereka boleh mengambil sebanyak 3g kulit kayu manis setiap hari secara konsisten.

cinnamon

Cuka epal

Tiada kajian khusus telah dilakukan ke atas cuka epal terhadap penghidap PCOS tetapi kebolehan cuka epal mengawal insulin dalam badan adalah diakui. Cuka epal juga mampu mengawal paras gula dalam darah dan cuka epal boleh mengawal ‘carb cravings’.

apples-and-vinegar

Ikan salmon

Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang tinggi dengan vitamin D dan omega-3. Setiap 4oz ikan salmon membekalkan 127% vitamin D yang diperlukan oleh badan manusia. Kekurangan vitamin D dalam badan akan mengakibatkan:

  • masalah hormon insulin
  • kitaran haid tidak stabil
  • mengurangkan peluang untuk hamil secara semulajadi
  • obesiti
  • penyakit kardivaskular

Ikan salmon juga tinggi dengan omega-3. Omega-3 penting di dalam tubuh kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan penghidap PCOS.

salmon fish

‘Supplements’ untuk PCOS

pcos supplementsShaklee juga ada menyediakan beberapa ‘supplements’ untuk pesakit PCOS yang bersesuaian. Antaranya:

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

vita-e-complex

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

zinc-complex-nutrition

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

vivix-bottle

Tinggi dengan resvesterol

esp-soy-protein

Soy isoflavens dan mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai dengan penghidap PCOS dan kencing manis

gla-complex

EPO dan omega-6

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook

Sumber: DrNatashaNor, PCOSDietSupport