Uncategorized

The best of vivix (testimoni terbaik vivix)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Salam isnin buat semua terutamanya buat mereka yang berkerja… kerja bersungguh-sungguh dan ikhlaskan niat berkerja untuk mencari redha ALLAH SWT serta mencari rezeki yang halal dan berkat buat keluarga tercinta 🙂

Pagi ini saya terbaca mengenai 1testimonial yang cukup menyentuh hati mengenai vivix. Jadi saya rasa nak berkongsi dengan pembaca semua semoga beroleh manfaat daripadanya. Baca sampai habis tau! Rugi tak baca 🙂

Kisahnya bermula begini…

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah…

Credited:
FB: Hawatif Ali
Pages: Duniaraha 011-32742845 Pengedar Shaklee Seremban

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service)

Permulaan 2016 Shaklee yang mengujakan!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Bulan pertama tahun 2016, Shaklee melancarkan promo yang rasanya sangat tepat pada masanya iaitu promo VIVIX 1produk yang juga dikenali sebagai ‘magic potion’ dengan pembeli 7botol VIVIX pada harga 6botol vivix. Maknanya anda beli 6botol VIVIX anda layak menerima 1botol VIVIX secara percuma dan 2botol vivix pula anda akan menikmati diskaun 5%! Menarik bukan?

Jadi sebagai permulaan tahun 2016 anda sudah boleh mula berjimat untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih optimum… Mungkin kadar anda jenguk ke klinik dan hospital pun akan berkurangan dan ini mengurangkan lagi kos perubatan!

Disamping promo ‘magic potion’ yang terbaik ini Shaklee juga masih meneruskan promo ‘Beli 3 dapat 4’ untuk Vitalea for Children dan promo terakhir untuk Zinc Complex kerana Shaklee bakal menghentikan pengeluaran Zinc bermula 29 Februari 2016 kerana untuk proses menambah-baik formula Zinc Complex yang sedia ada sekarang. Mungkin tahun hadapan pula Shaklee akan keluarkan semula Zinc Complex. Jadi bolehla buat stok kepada pengamal Zinc Complex sebelum 29 Februari ini ya… 🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

promo jan2016_lastbuypromozincpromo jan2016_vitaleaforchildrenbuy3get4_RPpromo jan2016_vivixbuy6get7_RP

Kenali Khasiat dan Jenis ‘Lettuce’ anda!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai sejenis tumbuhan hijau berdaun, mungkin boleh dikategori sebagai sejenis sayuran yang sinonim kepada penggemar salad iaitu ‘Lettuce’. Dalam bahasa melayu senang cakap sayur salad.

Salad atau ‘lettuce’ ini adalah sayuran yang popular dikalangan orang yang mementingkan kesihatan dan yang mengamalkan diet seimbang kerana sayur salad ini sangat sesuai dijadikan hidangan snek bagi menggantikan snek yang tidak sihat seperti kentang goreng, makanan segera dan sebagainya.

lettuce-leaves-on-a-white-background

Khasiat dan kebaikkan daun salad/ ‘lettuce’:

  • Snek paling kurang kalori – daun salad hanya mempunya 12kalori sahaja untuk setiap mangkuk (tanpa ‘dressing’ atau makanan lain). Jadi memang paling sihat untuk dijadikan snek.
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan – disamping mempunyai jumlah kalori yang rendah, ‘lettuce’ juga mempunyai fiber dan selulosa. Disamping memberikan rasa kenyang, fiber dan selulosa juga mampu melancarkan proses penghadaman seseorang di mana adalah proses terbaik untuk menurunkan berat badan. ‘Lettuce’ juga membantu mengurangkan garam hempedu yang berlebihan dan keadaan ini secara tidak langsung juga boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh seseorang.
  • Menyokong kesihatan jantung – ‘Lettuce’ juga membantu mengurangkan garam hempedu yang berlebihan dan keadaan ini secara tidak langsung juga boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh seseorang. ‘Lettuce’ juga kaya dengan sumber vitamin c dan ‘beta-carotene’ yang akan mengawal kolesterol dalam darah dan ini menghalang terjadinya ‘plague’ pada saluran darah. Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah serangan jantung, strok dan sebagainya.
  • Omega-3 – ‘romaine lettuce’ mempunyai ratio 2:1 omega 3 dan omega-6 di mana ia merupakan ration terbaik untuk setiap komposisi omega-3 dan 6 di dalam tubuh manusia.
  • Sumber protein – ‘romaine lettuce’ mengandungi 20% protein daripada kandungan kalorinya.
  • Membantu pesakit insomnia – di dalam ‘lettuce’ terdapat sejenis cecair yang dipanggil ‘lactuacarium’ di mana ia berfungsi seperti candu yang boleh memberikan ransangan untuk tidur dengan mudah.
  • Bersifat alkali yang meneutralkan asid dalam badan – sifat alkali semulajadinya membantu mengimbangi pH di dalam badan disamping dapat menjadi agen detoks yang baik.
  • Rendah GI (Glisemik Indeks) – ‘lettuce’ mempunyai kadar GI sebanyak 15 di mana rendah berbanding makanan lain. Makanan berindeks glisemik yang rendah adalah sangat bagus bagi mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah dan ia juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Makanan lengkap – ‘lettuce’ apabila dimakan secara mentah memberi pelbagai khasiat dan nutrisi seimbang dan semuljadi kepada badan kita. Ia bukan sahaja membekalkan nutrisi malahan tenaga kepada tubuh manusia. Oleh sebab itulah ‘lettuce’ merupakan antara snek terhebat dan sihat!
  • Sedap walau dimakan mentah! – ‘Lettuce’ adalah sejenih sayuran yang sangat enak walaupun dimakan secara mentah. Terdapat pelbagai kombinasi resepi yang sedap boleh dicuba agar rasa ‘lettuce’ lebih menyelerakan.

Jenis daun salad/ lettuce:

  • Butterhead Lettuce – ‘butterhead’ bersifat lembut, seperti mentega dan rasanya manis. ‘Butterhead’ juga terdapat pelbagai lagi jenis yang berlainan sifat dan bentuknya. Bentuk daunnya besar dan berwarna hijau pucat pada lapisan luar dan berwarna kuning pucat pada lapisan tengah
  • butter lettuce - additional image
  • Crisphead Lettuce – juga dikenali sebagai ‘head lettuce’ dan ‘iceberg lettuce’. Rasanya yang natural dan berair. Ia juga rangup dan lazat. Lapisan luar daunnya berwarna hijau gelab dan lapisan dalam daunnya pula berwarna hijau pucat keputihan.

crisphead lettuce

  • Looselead Lettuce – helaian daunnya lebih bersifat ‘individu’ atau tidak melekat dengan helaian daun yang lain. Rasanya yang lebih ‘buttery’. ‘Looselead Lettuce’ ada pelbagai bentuk dan jenis juga. Ada yang mempunyai daun yang besar, daun yang kerinting, berwarna kemerahan, ungu kehijauan dan sebagainya.

looseleaf lettuce

  • Romaine Lettuce – bentuknya yang besar, memanjang, daun yang bujur. Rasanya yang rangup dan manis. Lapisan luar daunnya berwarna hijau gelab bersaiz 8-9inci panjang. Warna lapisan dalam daunnya pula berwarna kuning kehijauan.

romaine lettuce

  • Celtuce (Chinese lettuce)- juga dikenali sebagai salad batang kerana ia tumbuh dari batangnya dan mempunyai rasa batang yang lazat dan daunnya juga enak dimakan. Rasa ‘celtuce’ juga seakan-akan daun ‘celery’ dan mentimun. celtuce

Sumber: HarvestToTable.Com

13 Kebaikkan Senaman kepada Kesihatan Mental

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

active mom2

Senaman selalu dikaitkan dengan aktiviti untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan atau kegemukkan kerana secara umumnya ramai beranggapan senaman adalah perlu untuk membakar jumlah kalori yang berlebihan dalam badan.

Jika kita teliti sebenarnya senaman adalah aktiviti ‘wajib’ diamalkan oleh semua orang, disetiap lapisan umur dan masyarakat kerana kebaikkannya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal malah juga kepada kesihatan mental jika kita konsisten melakukan aktiviti senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan 20minit setiap sesi.

Diharapkan entri ini menambah pengetahuan semua dan saya terutamanya dalam mempersiapkan diri untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat walaupun hanya bergelar suri rumah 🙂

Menurut 1kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis beberapa dekad yang lalu aktiviti senaman yang dilakukan oleh seseorang boleh meningkatkan ‘kuasa’ mental seseorang dan menjadikan kehidupan seseorang lebih bersemangat, sihat, gembira dan bertenaga.

Antara kebaikkan senaman secara khusus kepada kesihatan mental manusia adalah:

1- Mengurangkan stress

Mengalami hari-hari yang mencabar di pejabat? Merasa tertekan dengan kerja dan majikan? Selepas waktu berkerja cuba untuk berjalan-jalan di taman seketika dan akan merasa lebih lega dan menyenangkan. Senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh boleh meredakan tekanan fizikal dan mental seseorang. Senaman boleh meningkatkan sejenis bahan semulajadi dalam badan iaitu ‘norepinephrine’ yang boleh menstabilkan tekanan emosi dan fizikal seseorang.

2- Merangsang hormon ‘gembira’

Aktiviti senaman mampu melepaskan sejenis hormon ‘gembira’ iaitu ‘Endorfin’ yang boleh mewujudkan perasaan bahagia dan keghairahan. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa aktivit senaman boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan masalah kehidupan. Doktor akan menyarankan kepada pesakit yang mengalami masalah tekanan untuk melakukan beberapa aktiviti kecergasan di gimnasium. Malahan aktiviti senaman dan kecergasan ini adalah lebih baik daripada mengambil pil untuk mengurangkan tekanan. Jangan risau jika anda tidak suka ke gimnasium kerana aktiviti kecergasan bebas dilakukan di mana-mana dan dalam bentuk apa sekalipun. Cukup sekadar berjalan dipersisiran pantai, berjalan di taman dan mengelilingi tasik asalkan anda merasa selesa dengan aktiviti tersebut 🙂

3- Meningkatkan keyakinan diri

Secara umumnya, aktiviti fizikal ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang tanpa mengambil kira saiz dan bentuk badan, jantina, umur, latarbelakang, gaya hidup aktif dapat meningkat daya tarikan seseorang.

4- Membentuk aktiviti luar yang menyeronokkan

Untuk membentuk aktiviti kecergasan yang lebih menyeronokkan, lakukan aktiviti luar dan lebih bebas. Anda boleh mencuba beberapa aktiviti luar yang menyeronokkan seperti ‘rock-climbing’, memanah, berkayak, atau sekurang-kurangnya berlari-lari anak di taman sambil menikmati keindahan alam.

5- Meningkatkan keupayaan kognitif manusia

Apabila umur kita semakin meningkat, secara umumnya keupayaan daya kognitif dan otak kita akan semakin menyusut. Antara penyakit akibat penuaan adalah Alzheimer akan membunuh banyak sel-sel otak dan hal ini akan mengurangkan fungsi otak apabila umur semakin meningkat. Aktiviti kecergasan dan senaman sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana aktiviti kecergasan ini dapat membantu daya kognitif seseorang apabila tahap dan daya kognitif ini akan semakin merosot dengan mendadak menjelang umur 45tahun. Senaman dan aktiviti kecergasan antara umur 25-45tahun akan merangsang bahan kimia semulajadi dalam otak yang akan menyokong keupayaan kognitif untuk jangka masa panjang.

6- Mengurangkan kemurungan

Seperti yang diperkatakan tadi, aktiviti kecergasan boleh merembeskan hormon dan bahan kimia semulajadi di dalam badan dan otak untuk mengurangkan tekanan manusia sama ada fizikal ataupun mental. Jadi secara umumnya ia mampu mengurangkan masalah kemurungan ini.

7- Meningkatkan keupayaan otak

Beberapa kajian telah dijalankan ke atas tikus dan seorang lelaki yang telah membuktikan bahawa senaman kardivaskular boleh menjana sel-sel otak baru (neurogenesis) dan mampu meningkatkan prestasi otak secara keseluruhannya. Kajian juga telah membuktikan senaman juga mampu meningkatka tahap protein sintesis otak (dikenali sebagai BDNF) di dalam badan dipercayai boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat keputusan dengan bijak, lebih tinggi daya pemikiran dan pembelajaran

8- Meningkatkan daya ingatan

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten dapat meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran seseorang. Apabila seseorang itu semakin kerap mengeluarkan peluh, sel-sel otak juga semakin dijana untuk meningkatkan daya ingatannya. Satu kajian telah dijalankan membuktikan kanak-kanak yang memiliki perkembangan otak yang baik adalah kanak-kanak yang kerap melakukan aktiviti fizikal berupaya meningkat keupayaan pembelajaran dan daya ingatan mereka.

9- Membantu mengawal ketagihan

Sesetengah manusia mengalami masalah kebergantungan kepada yang boleh merangsang dopamine (sejenis hormon yang memberi rasa khayal dan menyeronokkan) seperti alkohol dan dadah. Aktiviti fizikal boleh membantu penagih ini untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada dadah atau alkohol secara berkala kerana senaman boleh ‘reboot’ semula sistem badan manusia yang telah rosak akibat daripada ketagihan kepada dadah dan alkohol!

10- Meningkatkan rasa tenang dan relaks

Aktiviti fizikal merupakan seperti pil tidur kepada seseorang yang mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur malam. Bergerak aktif sebelum 5-6jam sebelum waktu tidur akan meningkatkan suhu badan dan apabila suhu badan kembali kepada normal, ia akan memberi isyarat kepada badan untuk berehat dan tidur.

11- Meningkatkan daya kreativiti

Orang yang melakukan aktiviti kecergasan dengan kadar degupan jantung akan lebih berdaya kreatif sehingga 2jam selepas itu. Aktiviti kecergasan yang dilakukan diluar, berinteraksi dengan alam semulajadi akan lebih meningkatkan kreativiti seseorang juga.

12- Meningkatkan produktiviti

Banyak kerja sukar dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan? Terasa sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi? Anda kekurangan produktiviti! Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kajian menunjukkan pekerja yang mengambil masa untuk bersenam secara teratur akan lebih produktif dan mempunyai lebih banyak tenaga daripada mereka yang sebaya.

13- Memberi inspirasi kepada orang lain

Apabila seseorang itu melakukan rutin senaman yang teratur, ia mampu meningkatkan keyakinan seseorang malah dia mampu melakukan tugasan lain juga dengan sempurna. Hal ini mampu memberikan inspirasi kepada orang sekeliling dan merasa kagum dengan keyakinan diri tidak mengira umur, pangkat dan latar belakang.

 Sumber: Shape.Com

Fakta kolagen #korangtahutak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bulan ini merupakan bulan promo Shaklee Collagen Powder. Apa yang menarik dan bagusnya kolagen ni kepada kita? Jom semak beberapa fakta menarik yang kita sendiri tidak tahu mengenai kolagen

  • Menurut kajian klinikal, wanita bersalin kehilangan banyak kolagen dalam badan. Lebih ramai anak lebih banyak kolagen yang hilang.
  • Ramai diantara kita menyangka kolagen hanya untuk golongan 40tahun ke atas. Menurut kajian klinikal, berdasarkan gaya hidup zaman sekarang kandungan kolagen dalam tubuh akan menurun apabila umur menjangkau 20tahun disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.
  • Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud sifat melekat atau ‘glue’. Kolagen juga merupakan sejenis protein yang sangat penting kepada tubuh badan manusia dimana badan kita mengalami kehilangan kolagen sekurang-kurangnya 4000mg kolagen sehari. Sebab itulah kolagen Shaklee membekalkan 4000mg dalam setiap sachet untuk sehari.

Fakta menarik ‘Colagen Powder Shaklee’.

collagen-powder

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja

kolagen

kesan kehilangn collagen

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Soya bahaya untuk kesihatan?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Sejak pengguna media sosial menjadi 1 medium berkomunikasi dan penyebaran maklumat yang terlalu pantas, banyak juga info dan maklumat yang diberikan sama ada betul, salah, ragu-ragu juga turut tersebar tanpa boleh disekat dan dikawal lagi. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah meneliti berita yang kita terima sama ada sahih atau ia sekadar khabar angin semata-mata.

Kita perlu menjadi seorang pengguna yang bijak, yang ‘well-informed’ agar kita tidak tersalah membuat penilaian. Kebalakangan ini banyak pula orang perseorangan membuat ‘post-status’ berkenaan dengan isu soya dan orang perseorangan itu tidak dikenali identiti peribadinya, tetapi ramai juga yang percaya dengan kata-kata beliau. Jadi ramai yang menjadi ragu-ragu untuk mengamalkan soya dalam diet seharian. Persoalannya:

1-Adakah soya meningkatkan risiko barah payudara dikalangan wanita?

2- Soya menyebabkan ‘cyst’ dan ‘fibroid’ dikalangan wanita?

3- Soya melembabkan perkembangan otak?

4- Soya dikatan menjadi punca kepada perkembangan luar biasa pada bayi dalam kandungan dan kanak-kanak?

Jadi untuk mencari kepastian, mari kita rujuk terus kepada yang pakar daripada kita percaya dan rujuk kepada orang perseorangan yang kita sendiri tidak mengenali beliau.

Merujuk kepada Dr. Zubaidi – banyak kajian telah dijalankan berkenaan dengan isu soya ni dan kebanyakkan hasil kajian telah mendapati tiada bukti khusus yang menguatkan dakwaan soya menjadi masalah utama kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit barah kerana barah lebih kepada penyakit berbentuk genetik.

Tulisan Dr. Malinda pula ada menyatakan:

(Michael T. et al, 2012), Cadangan yang mengatakn pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai ‘cyst’ dan ‘fibroid’ tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. ‘Soy phytoestrogen’ tidak mempunyai sel perangsang ‘cyst’ dan ‘fibroid’ tetapi ia mempunyai kesan ‘anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik ataupun NON-GMO.

Betul atau tidak soya bahaya untuk kesihatan?

Penggunaan soya telah menjadi begitu meluas terutamanya dalam industri makanan tanah air dan dunia secara keseluruhannya. Makanan harian kita seperti kicap juga diperbuat daripada sumber soya. Makanan kegemaran masyarakat jawa pula seperti tempe telah diamalkan secara turun-temurun sejak dulu lagi tapi jika soya ini bahaya kenapa ia masih lagi diamalkan sehingga kini? Kenapa tiada pula kempen untuk ‘mengharamkan’ budaya makan tempe dalam masyarakat kita?

Dipasaran juga terdapat pelbagai jenis soya, sama ada sebagai minuman dalam kotak ataupun ‘soy powder’. Sebagai pengguna kita seharusnya memilih dengan bijak dan tepat. Panduan memilih soya yang terbaik adalah seperti berikut:

1- Kacang soya yang ditanam dan diproses secara organik – proses penanaman soya ada secara organik tidak menggunakan bahan kimia dan racun perosak (pestisid) yang menjadikan soya itu tinggi nitrat yang boleh meningkatkan risiko penyakit barah.

2- Kacang soya dari sumber GMO atau NON-GMO – mestilah dipastikan bahawa soya yang ditanam merupakan soya yang tidak diubah secara genetik atau GMO. Soya GMO memang sangat bahaya untuk kesihatan kerana mengandungi toksin. Kenapa soya dipasaran lebih banyak yang GMO? Kerana soya GMO merupakan soya yang mudah dan murah untuk dihasilkan.

3- Mengandungi 9 asid amino penting pada tubuh – 9 asid amino ini adalah penting untuk tubuh dalam penghasilan hormon, enzim dan antibodi. Kekurangan asid amino ini menjadikan badan tidak berfungsi dengan baik.

4- Kacang soya diproses dengan alkohol atau air? – soya yang diproses menggunakan alkohol akan menyebabkan soya kehilangan isoflavone sehingga 88%!!! dimana isoflavone ini adalah bahan yang berupaya mengurangkan risiko penyakit barah. Isoflavone juga penting dalam penghasilan hormon dan jisim tulang. Disamping itu juga alkohol adalah bahan yang tidak boleh diambil oleh orang Islam.

5- Bahan anti-tiroid atau anti-pertumbuhan – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko penyakit barah.

6- Kacang soya yang dipanaskan -merosakkan kandungan nutrien dan protiennya!

7- Kacang soya yang diproses (dibuang minyaknya) – menjadikan soya itu berasid dan berbahaya kepada tulang – menyebabkan kerapuhan tulang

8- Ditambah dengan sumber kalsium untuk maksimumkan fungsinya

Soya apakah yang memenuhi kriteria dan ciri-ciri ini?

Jawapannya sudah tentu ESP Shaklee! 🙂 yang ditanam secara organik, diproses tidak menggunakan alkohol, sumber soya NON-GMO, tidak diproses mengunakan haba panas, ditambah kalsium untuk meningkatkan fungsinya yang baik, mengandungi 9 asid amino penting yang lengkap! ESP Shaklee sesuai untuk semua orang termasuk ibu mengandung dan menyusu 🙂

ESP non gmoESP ada 9asid amino

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Khasiat minyak ikan memang diakui sejak turun-temurun lagi kepada semua peringkat umur. Terdapat 10 kajian yang membuktikan kebaikkan minyak ikan untuk kesihatan kita. Menurut kajian yang terkini dijalankan oleh Harvard University, kekurangan omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan merupakan antara 10 faktor penyumbang kematian dia Amerika Syarikat.

10 fish oil benefitsomega-3 foods

Berhati-hati di dalam membuat pilihan. Memang terlalu banyak jenis ‘supplements’ minyak ikan yang dijual dipasaran. Kita sebagai pengguna yang bijak haruslah tahu cara menilai minyak ikan terbaik untuk keluarga kita. Ada sesetengah minyak ikan menggunakan sumber minyak ikan daripada “COD LIVER OIL” ataupun dihasilkan daripada hati ikan. Organ dalaman bukan sahaja tidak sesuai untuk dimakan terutamanya kanak-kanak tetapi juga organ dalaman seperti hati banyak menyimpan sisa toksik termasuklah merkuri, plumbum dan sebagainya.

#Tips 1: ‘Purity’/ ketulenan

‘Purity’ atau ketulenan minyak ikan bermaksud pil minyak ikan itu haruslah bebas daripada merkuri dan logam-logam berat seperti arsenik, kadmium dan lead, dioksin, PCB dan furan.

Berita baik adalah kebanyakkan minyak ikan diproses dengan penyulingan molekul dan proses berteknologi tinggi bagi membuang kebanyakkan logam berat. Ini menjadikan memakan minyak ikan adalah lebih baik daripada memakan ikan secara keseluruhannya.

Pil minyak ikan biasanya lebih baik diperbuat daripada ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, pollock, ikan kembung dan ikan sardin. Ikan kecil tidak hidup lama jadi peluang toksin menyerap ke dalam badan mereka menjadi lebih tipis. Ikan yang lebih besar hidup lebih lama dan biasanya mereka merupakan haiwan pemangsa. Setiap kali mereka makan ikan lain, secara tidak langsung mereka menambah merkuri ke dalam hati mereka. Semakin tinggi herarki dalam rantaian makanan mereka semakin banyak merkuri dalam hati mereka. Ikan yang lebih besar juga biasanya hidup lebih lama jadi ia meningkatkan peluang untuk toksin menyerap ke dalam badan ikan-ikan ini.

#Tips 2: ‘Buy only 3rd party tested product’

IFOS (International Fish Oil Standards) ialah sebuah organisasi ujian bebas (3rd party). Mereka menguji minyak ikan dan menerbitkan analisis terperinci keputusan di laman web mereka untuk rujukan orang ramai.

#Tips 3: ‘Buy only Pharmaceutical Grade Fish Oil’

Untuk menghasilkan minyak ikan yang mempunyai gred kualiti yang terbaik (farmaseutikal gred) memerlukan peringkat penyulingan dan penulenan yang berulang kali. Ini menjadikan minyak yang lebih kuat, lebih tulen dan ya mungkin lebih mahal. Tetapi itulah cara yang terbaik agar anda mendapat kualiti minyak ikan yang terbaik.

#Tips 4: ‘Buy only fish oil made from small fish’

Ikan kecil tidak hidup lama jadi mereka tidak menyimpan banyak toksin dalam badan mereka. Disamping itu ikan kecil tidak cenderung menjadi pemangsa di mana jika ikan yang lebih besar lebih cenderung menjadi pemangsa dengan memakan ikan-ikan yang lebih kecil. Keadaan ini akan menambah jumlah merkuri dalam badan ikan tersebut.

#Tips 5: ‘Buy fish oil for high omega-3’

Ada beberapa jenama ‘supplements’ di pasaran kandungan setiap kapsul adalam 1000mg minyak ikan tetapi kandungan omega-3 di dalam setiap kapsul hanya 30% sahaja. Jadi apakah yang lebih itu? 70% lagi adalah lemak ikan sahaja. Kita inginkan minyak ikan yang berkualiti bukan lemak ikan!

Jadi sila baca dengan teliti ‘jadual nutrisi’ setiap ‘supplements’ yang anda ingin beli supaya anda dapat menikmati nurisi yang anda perlukan semaksima mungkin dan berkualiti tinggi.

omega3-omega-guard

99% daripada minyak ikan omega guard shaklee merupakan omega-3 tulen (DHA & EPA)

omega-3 Jadi saya pilih ini sudah 3tahun… alhamdulillah sudah banyak kesan positif yang saya rasai 🙂

omega-best

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

5 Tips Hentikan ‘Ketagihan Gula’

sugar cravings

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Tips eksklusif ini adalah untuk saya terutamanya dan orang-orang yg berhadapan dengan masalah seperti saya. Saya dapati diri saya sangat sukar mengawal keinginan untuk makan/minum makanan/minuman manis terutamanya kek dan air manis. Cuba untuk mengawal tapi jadi tidak keharuan seharian. Macam ada yang tak kena.

Kenapa salah ke makanan makanan manis?apa-apa yang berlebihan mesti memudaratkan… bersederhana adalah lebih baik. Gula berlebihan boleh mengundang penyakit. Itu yang paling ditakutkan. Jom semak tips yang mungkin boleh dicuba selepas ini

Cuba mencari alternatif gula

Biasanya orang yang ketagihan manisan ini seperti saya akan terasa nak makan/minum manisan adalah selepas makan. Sangat tak sihat kan?dah nak tambah kalori dalam diet seharian demi nak melayan ‘sweet tooth’. Antara cara untuk melawan keinginan yang meluap-luap itu adalah minum secawan teh hijau dengan perahan lemon sangat membantu. Jangan letak gula dalam teh hijau anda. Cukup sekadar perahan lemon yang ada rasa masam-masam yang sangat sedap itu. Ataupun sebelum makan boleh nikmati sepotong buah-buahan segar juga mampu mengurangkan rasa keinginan kepada manisan yang tidak sihat. Cuba untuk gantikan minuman soda anda dengan jus buah-buahan segar tanpa gula (patut cuba ni daripada minum nescafe ais hehe)

diet 2

Tangguhkan keinginan makan/minum manisan

Pakar pemakanan berpendapat ketagihan kepada manisan hanya akan berlaku dalam beberapa minit. Cuba untuk mengabaikan keinginan itu sementara dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti bersenam, melayan anak-anak bermain dan sebagainya. Cuba untuk alihkan keinginan itu dengan aktiviti yang anda gemari yang boleh membuatkan anda lupa tentang keinginan kepada manisan.

Tetapkan matlamat harian dan beri ganjaran kepada diri sendiri jika matlamat tercapai

Tiada yang lebih bermakna dari seorang ‘penagih gula’ daripada dapat melalui seharian tanpa gula atau manisan. Ia bagaikan 1kejayaan yang sukar digambarkan. Cuba motivasikan diri dengan kejayaan diri anda dengan mungkin menyimpan duit sebanyak RM10 untuk hari kejayaan anda atau anda boleh beli sesuatu yang anda sukai sebagai hadiah kepada diri sendiri.

Cuba kosongkan dapur anda daripada makanan manis

Bagi saya, saya suka ke dapur jika terasa ingin menjamah makanan manis. Jika ada makanan manis seperti kek, makanan pencuci mulut yang manis memang sangat malang rasanya… Jadi perlu rasanya mengosongkan dapur anda daripada makanan-makanan ‘pemusnah’ ini sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Untuk gula saya cuba gantikan dengan gula merah bukan gula putih yang lebih baik kerana ia tidak diproses. Sebagai ganti kepada makanan pencuci mulut yang manis saya gantikan dengan buah-buahan segar seperti epal, oren, tembikai dan sebagainya.

healthy background4

Tingkatkan pengambilan nutriens

Pengambilan nutriens yang cukup seperti omega-3 fatty, bcomplex, vitamin c dan zink mampu meningkatkan penghasilan serotonin iaitu sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk menstabilkan mood, mengurangkan keradangan dan dapat mengawal keinginan yang melampau terhadap gula/manisan.

Vitamin C – berfungsi menukar makanan/karbohidrat yang anda makan kepada serotonin

B-complex – Bcomplex adalah sejenis vitamin yang sangat membantu mematobolismakan karbohidrat yang diambil kepada tenaga. Niacin terutamanya membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin

Zink – membantu insulin melakukan tugasnya terutamnya dan secara amnya membantu penghadaman

vita-c-plus

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

Harga runcit :RM144.16; 90biji

zinc-complex-nutrition

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Credited: WomanToWoman

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Rawatan minyak panas rambut (hot oil treatment) & set cadangan kecantikan rambut

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai RAWATAN MINYAK PANAS atau ‘hot oil treatment’ yg saya buat dan gunakan untuk masalah keguguran rambut yang agak kronik sejak 5tahun yang lalu. Sebenarnya ‘hot oil treatment’ tidak khusus hanya kepada masalah keguguran rambut sahaja. Ia boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai rambut… hehe 😀 yang tak ada rambut saya tak pasti pula ye… sila jangan tanya… rasanya boleh untuk menyuburkan kulit kepala… BERSINAR gitu…

RAWATAN MINYAK PANAS ni bergantung kepada masalah yang anda hadapi disesuaikan dengan bahan-bahan yg berbeza mengikut masalah yang dihadapi.

Apa itu kaedah rawatan minyak panas (hot oil treatment)?

Secara umumnya rawatan minyak panas dilakukan untuk merawat pelbagai masalah rambut dan ia juga digunakan sebelum rambut dicuci menggunakan shampoo (yang mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan rambut) jadi rawatan minyak panas ini mampu melindungi rambut. Selain itu apa yang menariknya dengan rawatan minyak panas ini ia menggunakan bahan-bahan semulajadi dan diadun semula dengan menggunakan teknik pemanasan agar khasiat dari pelbagai bahan semulajadi itu dapat diadun-sebati menjadi ramuan yang hebat untuk rambut anda~!

Pemilihan jenis minyak bersesuai dengan masalah/jenis rambut
  • Jojoba oil – Pilihan yg terbaik bg mereka yg mengalami masalah rambut berminyak. Jojoba oil akan membuatkan rambut anda lembut, ringan tetapi ia tidak kelihatan berminyak
  • Coconut oil – Sangat sesuai untuk semua jenis rambut. Boleh membuatkan rambut menjadi lembut dan bersinar. Minyak kelapa dara adalah bonus untuk menghilangkan masalah kelemumur. (saya guna sebab sesuai utk semua jenis rambut & sy ada masalah kelemumur yg boleh tahan banyak)
  • Castor oil – Castor oil memiliki 1elemen “mengeringkan” jadi ia sesuai untuk masalah rambut berminyak. Tetapi castor oil juga adalah minyak yg paling sesuai untuk memberikan kekuatan kepada rambut terutamanya kepada mereka yg mengalami masalah rambut gugur dan mudah putus. (rambut sy jenis kering dan frizzy… pada masa yg sama mengalami masalah keguguran rambut jadi sy berkira2 nk guna castor oil yg ada elemen “mengeringkan” walaupun castor oil mampu menguatkan rambut… )
  • Sesame oil – Boleh digunakan sebagai perapi rambut utk rambut kelihatan bersinar. Ia juga sesuai digunakan oleh semua jenis rambut tetapi sejarahnya minyak bijan ini digunakan untuk mengurangkan masalah rambut gugur & dengan jayanya mampu mengurangkan masalah rambut nipis.
  • Avocado oil – adalah sejenis minyak yg paling mampu memberikan kelembapan seimbang kepada rambut. Jadi avocado oil sgt sesuai bg mereka yg mengalami masalah rambut kering dan menggerebang! (sepatutnya nak guna tapi cari tak jumpa pulak)
  • Almond oil – sangat tinggi dgn kandungan vitamin E dan mengandungi asid lemak yg sihat serta kaya jg dgn kandungan vitamin D, B dan A. Minyak badam mampu memberikan kesihatan kepada folikel rambut untuk mengatasi masalah rambut gugur & akar rambut menjadi kuat. Ia juga boleh menggalakkan pertumbuhan rambut baru. (saya guna sebab ia sgt sinonim dgn masalah keguguran rambut)
  • Olive oil – olive oil senang didapati dah skrg contohnya macam skrg femes dah olive oil keluaran negara palestine yg katanya bermutu tinggi sebab berasal daripada pokok zaitun antara yg tertua di dunia dan terbaik dari bumi anbia’ seperti palestine. Salah satu kebaikkan minyak zaitun adalah ia mencegah hormon DTH (dihydrotestosterone) daripada dihasilkan oleh kulit kepala yg menjadi punca kepada masalah rambut seperti keguguran rambut, folikel rambut menjadi sempit yg mengelakkan rambut dari tumbuh dgn subur. Minyak zaitun tinggi dgn kadar antioksidan yg menghalang radikal bebas berada di atas kulit kepala agar kulit kepala menjadi subur dan sihat. Minyak zaitun jg merupakan antara agen antifungal yg baik dan boleh mencegah kelemumur, masalah kulit kepala akibat pertumbuhan kulat dan bakteria.

Herba yang sesuai untuk rambut

Parsley leaves – daun parsley kaya dgn bahan2 anti-inflammatory seperti leuteolin dan vitamin C yg mampu menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit kepala.
Peppermint leaves – dikenali sbg daun pudina. Daun pudina merupakan antiseptik yg baik untuk kulit kepala. Penggunaan yg kerap boleh menggalakkan pertumbuhan rambut.
Habatussauda’ – memiliki bahan2 anti-fungal yg mampu merawat kulit kepala yg dijangkiti fungal dan mengakibatkan rambut bermasalah dan gugur. Seperti yg kita tahu habatussaudau’ memiliki beberapa nutriens asas yg baik utk tubuh badan begitu jg dgn kesihatan rambut.
Untuk mencantikkan warna rambut – boleh gunakan teh hitam (black tea), serbuk kopi, rosemary, sage, kulit walnut tanah hitam (ground black walnut shells).
Untuk menguatkan rambut – chamomile, nettle, horsetail, arnica, burdock
Mencantikkan rambut – Rosemary, parsley, sage, nutmeg atau witch hazel
Melembabkan rambut – calendula, chamomile, catmint, kelopak mawar kering, atau daun lidah buaya
Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut – Peppermint (daun pudina), parsley, horsetail, sage, chamomile, halia dan kulit kayu manis.

Kaedah melakukan rawatan minyak panas

bahan2 hot oil treatment

Bahan-bahan DIY ‘hot oil treatment’

my version hot oil treatment

Setelah siap, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Boleh digunakan lagi untuk beberapa kali. Caranya adalah, panaskan semula minyak ini beberapa saat sebelum diletakkan pada rambut

Langkah pertama, saya ‘marinate’ minyak-minyak pilihan saya (minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak badam, bijam bijan) dengan hirisan bawang putih dan habbatussauda’ selama lebih kurang 48jam (2hari). Hari ke-3 saya mula panaskan minyak tersebut dengan beberapa herba seperti peppermint, parsley dan vitamin E Shaklee.

Kemudian, panaskan adunan tadi dengan kaedah ‘double boil’ dengan api yang sangat kecil sehingga bahan-bahan semua teradun dengan sempurna.

Kemudian, anda boleh la gunakan minyak panas ini dengan menyapu keseluruhan rambut sehingga ke kulit kepala. Pastikan betul-betul menyelaputi rambut anda hingga ke kulit kepala ye untuk kesan yang menyeluruh. Kemudian balut kepala dengan tuala panas (tuala yang diwapkan dengan wap panas). Pakai ‘shower cap’ untuk elak dari minyak terkena pada baju. Biarkan sekurang-kurangnya 30minit. Saya lakukan 1-2jam. Lagi bagus biarkan semalaman.

Gunakan pencuci rambut yang tiada bahan kimia

kemudian, saya cuci rambut menggunakan  “Revitalizing Shampoo Shaklee” bersama2 “Lightweight Conditioner”. Setelah selesai gunkan pula “Nourishing Scalp Treatment”. Baru terasa kulit kepala tersangatlah segar… hilang gatal2 n 1-2x penggunaan hot oil treatment sy boleh kata hampir 60% masalah keguguran rambut sy makin pulih! Baru 2x… kalu 10x?insya allah boleh cure dgn izin ALLAH SWT…

light-weight-conditioner

Harga runcit  = RM 70.23; 296ml Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

revitalizing-shampoo

Harga runcit = RM 70.23; 296ml Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

nourishing-scalp

Harga runcit = RM 99.38; 59ml Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Ini merupakan pengalaman peribadi saya… dan ia berkesan sangat dengan saya. Mungkin anda boleh mencuba 🙂

Cadangan ‘supplements’ Shaklee

Disamping kita mencuba pelbagai petua bagi mengatasi masalah rambut, pemakanan dan diet seharian juga memainkan peranan penting. Pastikan pemakanan yang diambil cukup nutrisi bagi memberi vitamin dan minerals secukupnya kepada rambut agar masalah seperti keguguran rambut, rambut kering dan beruban dapat di atasi.

Sebagai alternatif anda boleh mencuba vitamin Shaklee. Antara cadangan ‘supplements’ Shaklee untuk kesihatan rambut adalah:

zinc-complex-nutrition

Harga runcit = RM 35.78; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

esp-soy-protein

Harga runcit = RM 159.00; 850g Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Harga runcit = RM 94.08; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Harga runcit = RM 58.98; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat 🙂

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Set Cadangan Kesihatan Sendi & Tulang

Omega Guard Shaklee

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

Omega-3 merupakan salah satuh jenis lemak. Badan kita dapat menghasilkan omega-3 jadi omega-3 diperlukan daripada diet/pemakanan seharian. Terdapat beberapa kajian yang mempunyai bukti kukuh mengatakan omega-3 sangat membantu pesakit yang mengalami masalah sendi terutamanya rheumatoid arthritis.
Kajian terlibat membuktikan lebih daripada 500 orang bersetuju mengatakan omega-3 fatty acids banyak membantu mengatasi simptom-simptom penyakit rheumatoid arthritis. Makanan seharian yang mengandungi omega-3 yang tinggi adalah ‘cold water fish’ seperti ikan salmon, sardin dan sebagainya.

Ostematrix Shaklee

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Harga runcit (inc 6% GST) = RM64.66; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp = 019-5588082

Komprehensif, terbukti secara klinikal dan mudah ditelan. Anda bukan sekadar memerlukan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

Ostematrix menyediakan satu matrix unik nutrien kritikal termasuk kalsium,vitamin D,Magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Advanced Joint Health Tablet

Harga runcit RM131.44; 60biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Harga runcit RM131.44; 60biji
Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Cara semula jadi membantu anda kekal bergerak bebas. Ia mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.
Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat yang dapat akan memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu mengekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat