tips

Kenali Khasiat dan Jenis ‘Lettuce’ anda!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai sejenis tumbuhan hijau berdaun, mungkin boleh dikategori sebagai sejenis sayuran yang sinonim kepada penggemar salad iaitu ‘Lettuce’. Dalam bahasa melayu senang cakap sayur salad.

Salad atau ‘lettuce’ ini adalah sayuran yang popular dikalangan orang yang mementingkan kesihatan dan yang mengamalkan diet seimbang kerana sayur salad ini sangat sesuai dijadikan hidangan snek bagi menggantikan snek yang tidak sihat seperti kentang goreng, makanan segera dan sebagainya.

lettuce-leaves-on-a-white-background

Khasiat dan kebaikkan daun salad/ ‘lettuce’:

  • Snek paling kurang kalori – daun salad hanya mempunya 12kalori sahaja untuk setiap mangkuk (tanpa ‘dressing’ atau makanan lain). Jadi memang paling sihat untuk dijadikan snek.
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan – disamping mempunyai jumlah kalori yang rendah, ‘lettuce’ juga mempunyai fiber dan selulosa. Disamping memberikan rasa kenyang, fiber dan selulosa juga mampu melancarkan proses penghadaman seseorang di mana adalah proses terbaik untuk menurunkan berat badan. ‘Lettuce’ juga membantu mengurangkan garam hempedu yang berlebihan dan keadaan ini secara tidak langsung juga boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh seseorang.
  • Menyokong kesihatan jantung – ‘Lettuce’ juga membantu mengurangkan garam hempedu yang berlebihan dan keadaan ini secara tidak langsung juga boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh seseorang. ‘Lettuce’ juga kaya dengan sumber vitamin c dan ‘beta-carotene’ yang akan mengawal kolesterol dalam darah dan ini menghalang terjadinya ‘plague’ pada saluran darah. Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah serangan jantung, strok dan sebagainya.
  • Omega-3 – ‘romaine lettuce’ mempunyai ratio 2:1 omega 3 dan omega-6 di mana ia merupakan ration terbaik untuk setiap komposisi omega-3 dan 6 di dalam tubuh manusia.
  • Sumber protein – ‘romaine lettuce’ mengandungi 20% protein daripada kandungan kalorinya.
  • Membantu pesakit insomnia – di dalam ‘lettuce’ terdapat sejenis cecair yang dipanggil ‘lactuacarium’ di mana ia berfungsi seperti candu yang boleh memberikan ransangan untuk tidur dengan mudah.
  • Bersifat alkali yang meneutralkan asid dalam badan – sifat alkali semulajadinya membantu mengimbangi pH di dalam badan disamping dapat menjadi agen detoks yang baik.
  • Rendah GI (Glisemik Indeks) – ‘lettuce’ mempunyai kadar GI sebanyak 15 di mana rendah berbanding makanan lain. Makanan berindeks glisemik yang rendah adalah sangat bagus bagi mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah dan ia juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Makanan lengkap – ‘lettuce’ apabila dimakan secara mentah memberi pelbagai khasiat dan nutrisi seimbang dan semuljadi kepada badan kita. Ia bukan sahaja membekalkan nutrisi malahan tenaga kepada tubuh manusia. Oleh sebab itulah ‘lettuce’ merupakan antara snek terhebat dan sihat!
  • Sedap walau dimakan mentah! – ‘Lettuce’ adalah sejenih sayuran yang sangat enak walaupun dimakan secara mentah. Terdapat pelbagai kombinasi resepi yang sedap boleh dicuba agar rasa ‘lettuce’ lebih menyelerakan.

Jenis daun salad/ lettuce:

  • Butterhead Lettuce – ‘butterhead’ bersifat lembut, seperti mentega dan rasanya manis. ‘Butterhead’ juga terdapat pelbagai lagi jenis yang berlainan sifat dan bentuknya. Bentuk daunnya besar dan berwarna hijau pucat pada lapisan luar dan berwarna kuning pucat pada lapisan tengah
  • butter lettuce - additional image
  • Crisphead Lettuce – juga dikenali sebagai ‘head lettuce’ dan ‘iceberg lettuce’. Rasanya yang natural dan berair. Ia juga rangup dan lazat. Lapisan luar daunnya berwarna hijau gelab dan lapisan dalam daunnya pula berwarna hijau pucat keputihan.

crisphead lettuce

  • Looselead Lettuce – helaian daunnya lebih bersifat ‘individu’ atau tidak melekat dengan helaian daun yang lain. Rasanya yang lebih ‘buttery’. ‘Looselead Lettuce’ ada pelbagai bentuk dan jenis juga. Ada yang mempunyai daun yang besar, daun yang kerinting, berwarna kemerahan, ungu kehijauan dan sebagainya.

looseleaf lettuce

  • Romaine Lettuce – bentuknya yang besar, memanjang, daun yang bujur. Rasanya yang rangup dan manis. Lapisan luar daunnya berwarna hijau gelab bersaiz 8-9inci panjang. Warna lapisan dalam daunnya pula berwarna kuning kehijauan.

romaine lettuce

  • Celtuce (Chinese lettuce)- juga dikenali sebagai salad batang kerana ia tumbuh dari batangnya dan mempunyai rasa batang yang lazat dan daunnya juga enak dimakan. Rasa ‘celtuce’ juga seakan-akan daun ‘celery’ dan mentimun. celtuce

Sumber: HarvestToTable.Com

Advertisements

5 tips untuk detoks semasa penyusuan susu ibu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua terutama sekali bagi para ibu ayah, bakal ibu ayah atau dengan ibu yang sedang menyusukan anak mengenai detoks. Detoks adalah 1proses nyahtoksin dari badan. Toksin merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh badan malah berbahaya jika dibiar tersimpan dalam badan dalam tempoh waktu yang lama. Proses detoks menjadikan seseorang itu lebih sihat, sembuh dari penyakit-penyakit yang dideritai dan terhindar dari risiko penyakit berbahaya yang lain.

Walaubagaimanapun masih terdapat pelbagai pendapat mengenai proses detoksifikasi dikalangan ibu menyusu. Ada yang mengatakan ia tidak memberi kesan negatif kepada ibu dan bayi dan ada pendapat yang tidak menggalakkan proses detoksifikasi dikalangan ibu menyusu. Apa-apa pun kita boleh mengamalkan cara detoksifikasi secara alami, selamat tanpa menggunakan sebarang ubatan yang mungkin memberi kesan negatif atau kesan detoks yang keterlaluan kepada ibu yang memudaratkan bayi/anak sekaligus.

Credit: MomJuction

5 Tips Detoks Ibu Menyusu

1- Banyak minum air kosong – badan kita akan mengalami kehilangan cecair setiap masa terutamanya bagi ibu menyusu. Minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Air membantu anda menyingkir toksin melalui buah pinggang. Jadi ambil air yang cukup secara kerap bagi melancarkan proses detoks sekaligus mengelakkan dehidrasi.

Minum air kosong secukupnya

2- Mengambil jus buah-buahan – pengambilan jus buah-buahan segar (‘homemade’ jus) adalah bagus bagi memastikan pengeluaran susu ibu menjadi lancar. Gabungan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat membantu anda terhidrat dan dapat membantu pergerakkan usus dan fungsi buah pinggang menjadi baik.

3- Rehat yang cukup walaupun seketika – menjadi seorang ibu adalah mustahil untuk mendapatkan tidur yang cukup selama 8jam. Jadi bijak merancang waktu dengan anak-anak anda dengan tidur sebentar bersama anak-anak boleh membantu badan anda mendapat rehat. Menurut kajian, otak anda membantu proses detoks semasa anda tidur.

Rehat dan tidur yang sebentar

4- Ambil makanan tinggi serat – fiber sangat membantu sistem penghadaman anda menyingkirkan toksin dengan baik kerana fiber mampu mengawal pergerakkan usus anda. Fiber juga dapat mengelakkan dari masalah sembelit dan anda dapat membuang air besar dengan mudah dan lancar.

Makanan tinggi serat

5- Katakan ‘YA’ kepada makanan ‘homemade’ – elakkan makanan segera, makanan proses yang sudah tentu mengandungi banyak bahan kimia, pengawet. Bahan kimia dan pengawet tiruan di dalam makanan segera dan proses boleh menjadi toksin berbahaya di dalam badan kita. Jadi lebih elok untuk menikmati makanan yg dimasak secara segar dari rumah.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti cara pemakanan yg seimbang dan senaman rutin yang sederhana boleh membantu badan anda untuk melakukan proses detoks secara semulajadi dan alami. Semasa menyusukan sebaiknya elakkan sebarang ubatan dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan sebelum membuat sebarang keputusan. Tempoh penyusuan adalah tempoh kritikal antara ibu dan anak untuk menjalinkan ikatan kasih sayang dan memberikan susu ibu semaksima mungkin demi kesihatan anak dan anak dapat membesar dengan baik.