tips sihat

Nutrisi penting yang mempengaruhi perkembangan otak!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua

Sudah beberapa hari blog ini sunyi daripada sebarang coretan dan perkongsian. Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan kesihatan otak. Bunyi macam agak pelik sebab kita selalunya lebih mementingkan kesihatan luaran sahaja tetapi kita lupa untuk menitikberatkan kesihatan ‘pusat pemprosesan data’ terpenting dalam tubuh kita yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa ini. Kehebatannya adalah bukti kekuasan Tuhan Yang Maha Esa.

image

Adakah anda terfikir bahawa pemakanan/diet seharian kita mempengaruhi perkembangan/kesihatan otak kita?Adakah kita menitikberatkan soal pemakanan seharian agar perkembangan/kesihatan otak berada pada tahap yang baik? Perkongsian saya kali ini memberi jawapannya berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh golongan yang diiktiraf. Klik pada ‘Reference Source’ untuk maklumat lanjut.

Otak kita mengandungi berbillion neuron (sel-sel saraf). Untuk berfungsi dengan baik dan sempurna nutriens yang lengkap perlu diambil kira dalam diet seharian supaya sel-sel otak ini dapat berkerja/berfungsi dengan sebaik mungkin. Kekurangan khasiat penting untuk otak boleh mempengaruhi kecerdasan otak terganggu serta kemerosotan perkembagan otak. Masalah kecerdasan otak ini dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kemurungan, ADHD, autisme dan sebagainya. Beberapa kajian telah dilakukan oleh golongan penyelidik dan mereka berpendapat rawatan secara mengambil makanan tambahan dalam diet seharian boleh membantu menangani masalah kekurangan nutriens yang sihat untuk perkembangan otak.

Makanan otak

Otak sangat memerlukan semua nutriens untuk berfungsi dengan baik tetapi ada beberapa nutriens dan mineral telah menjadi lebih penting diperlukan oleh otak kita lebih daripada nutriens dan minerals yang lain. Nutriens itu adalah asid lemak (fatty-acids), protein, karbohidrat, sesetengah vitamin dan minerals seperti zat besi.

Asid lemak (fatty-acids)

Otak kita terdiri daripada banyak lemak yang dipanggil ‘lipid’. 50% jirim kelabu merupakan bahagian gelab yang dijumpai terutamanya di bahagian pemikiran (thinking part) dan saraf tunjang terdiri daripada asid lemak (polyunsaturated). Sebahagian besar lemak tersebut adalah omega-3, jadi keperluan asid lemak omega-3 adalah tersangat penting. Asid lemak omega-3 terdiri daripada beberapa jenis. Sesetengah asid lemak omega-3 boleh dijana sendiri oleh tubuh kita, dan sesetengah lagi dijana daripada pemakanan/diet seharian kita. Asid lemak omega-3 sangat kaya dan banyak ditemui daripada sumber ikan terutamanya ikan yang berminyak. Kajian telah membuktikan orang yang kerap mengambil/makan ikan akan lebih kurang berhadapan dengan masalah mental/otak. Ikan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 adalah meckerel, tuna, salmon, herrings, dan sardin.

Salah satu jenis asid lemak yang dihasilkan oleh badan manusia dan boleh dihasilkan daripada makanan adalah asid lemak DHA yang boleh didadapi dalam susu ibu. Asid lemak DHA yang sangat diperlukan oleh bayi terutamanya bayi baru lahir boleh didapati daripada susu ibu. Jumlah omega-3 yang diambil oleh ibu mempengaruhi jumlah omega-3 yang didapati oleh bayi yang disusukan.

Susu ibu adalah sangat penting kepada perkembangan dan kesihatan otak bayi. Satu kajian mengenai kaitan susu ibu dan perkembangan otak kanak-kanak ke atas 300orang kanak-kanak telah membuktikan, kanak-kanak yang menyusu dengan susu ibu mempunyai skor IQ yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak minum susu ibu pada awal kelahirannya. Ini sangat bertepatan dengan saranan yang telah dilakukan oleh ALLAH SWT seperti firmanNYA yang bermaksud: “Ibu-ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan mereka mestilah menyusukan anak-anak dalam tempoh 2tahun” (Al-baqarah:233)

Zat besi (iron)

Zat besi adalah nutriens yang sangat penting dalam proses pengoksigenan (menjana oksigen/generating oxygen) di dalam otak. Wanita hamil dan kanak-kanak sangat berisiko berhadapan dengan masalah anemia yang merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan badan gagal menghasilkan sel darah merah yang sihat. Sel-sel darah merah ini bertanggungjawab mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuklah otak. Ibu mengandung perlu menitikberatkan pengambilan zat besi yang mencukupi demi memastikan bayi dalam kandungan mendapat bekalan zat besi yang mencukupi untuk perkembangan otak mereka dengan sempurna. Kekurangan zat besi dalam diet seharin mempengaruhi perkembangan otak dan intelektual mereka dalam jangka masa panjang. Kajian telah menunjukkan, kanak-kanak yang mengalami masalah perkembagan otak boleh dirawat dengan pengambilan zat besi secara intensif selama 10tahun. Jadi para ibu ayah sila pastikan pengambilan zat besi yang optimum dalam diet seharian anak-anak anda. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah kemurungan. Wanita yang mengandung dan melahirkan anak lebih cenderung menghadapi masalah tekanan berbanding dengan wanita sebaya umur mereka yang tidak mengandung dan melahirkan anak. Hal ini menyatakan bahawa pengambilan zat besi dikalangan wanita hamil adalah sangat penting kerana disamping keperluan zat besi kepada anak dalam kandungan, zat besi juga sangat penting untuk mengelakkan wanita mengandung mengalami masalah tumpah darah ketika proses melahirkan anak. Sumber zat besi boleh didapati daripada sumber haiwan, tumbuh-tumbuhan serta sayur-sayuran hijau. Contoh makanan yang kaya dengan sumber zat besi adalah ayam, daging lembu, ayam belanda dan tuna. Alternatif bagi vegetarian adalah seperti kacang soya, bayam, bijirin, gandum dan sebagainya.

Tips:

1- Makana 2hidangan ikan setiap minggu. Salah satu hidangan mestilah ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3

2- Jika anda adalah seorang wanita hamil, ambil sekurang-kurang 27mg zat besi sehari. Ini adalah disyorkan oleh RDA (Recommended Daily Allowance) bagi wanita hamil yang memerlukan 2kali ganda nutriens dalam diet seharian berbanding mereka yang tidak hamil bagi membantu perkembagan bayi dalam kandungan yang sihat. “The center of Disease” telah menasihatkan para ibu hamil untuk mengambil zat besi sekurang-kurangnya 30mg sehari dan sila berbincang dengan doktor anda!

3- Jika anak anda berhadapan dengan masalah ‘hiperaktif’, perlukan perhatian yang lebih, mengalami masalah perkembangan dalam pembelajaran, sila periksa diet dan pemakanan seharian mereka. Adakah mereka mengambil cukup zat besi dan omega-3 dalam diet seharian. Diet yang seimbang kaya dengan zat besi dan omega-3 akan membantu memperbaiki tahap perkembangan otak dan pembelajaran anak-anak anda.

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

Harga runcit :RM144.16; 90biji, kaya dengan sumber asid lemak omega-3

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Harga runcit: RM94.08; 120biji. Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi. Vitalea ini khas untuk orang dewasa

vitalea for kids

Harga runcit: RM117.66; 60biji. Mengandungi 100% vitamin bcomplex, C, D. Mengandungi kalsium, zink, magnesium dan banyak lagi. Mengandung xylitol yang melindungi gigi. Tiada pemanis, perasa dan pewarna tiruan. Bebas gluten. Berperisa anggur asli.

chewable-vita-c-plus

Harga runcit: RM38.75 90biji. Vitamin c ini boleh diambil oleh kanak-kanak (2tahun ke atas) dan rasa masam manis membuatkan kanak-kanak suka menikmatinya. Vitamin c membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada pemakanan seharian serta meningkatkan kekuatan sistem imun badan

meal-shakes

Harga runcit: RM120.58; 544g. Mealshake merupakan sejenis minuman berprotein tinggi (serbuk soya non-GMO) yang mengandungi 19jenis minerals (termasuk zat besi) & 9jenis asid amino yang penting untuk tubuh badan. Mealshake juga tinggi fiber yang melancarkan sistem penghadaman

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Advertisements

13 kaedah menurunkan berat badan yang menyeronokkan!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

happy dieting

Apabila seseorang yang mempunyai masalah berlebihan berat badan seperti saya ingin membuat keputusan untuk menurunkan berat badan ia bukanlah 1keputusan yang mudah. Biasanya golongan ini merasa gusar, bimbang kerana terpaksa menyusun rutin jadual makan harian meraka, memikirkan kesengsaraan terpaksa berlapa, terpaksa melupakan semua makanan kegemaran yang biasa dinikmati saban hari.

Tetapi sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan! Proses mengurangkan berat badan sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan andai kita tahu cara dan teknik yang betul. Adalah perlu untuk menentukan teknik yang betul dan berkesan dalam jangka panjang dan yang penting tidak memberi kesan buruk pada kesihatan kita secara keseluruhannya malah memperbaiki lagi tahap kesihatan kita.

Kajian menunjukkan, bagaimana kita fikirkan tentang kebolehan kita untuk menurunkan berat badan sama ada berjaya ataupun tidak bergantung kepada keyakinan kita terhadap diri sendiri. Minda yang positif selalu mendorong kepada kejayaan pada masa akan datang. Jadi mulakan langkah ber’diet dengan cara yang betul dan menyeronokkan. Buang semua idea-idea lama dan lapuk mengenai cara menurunkan berat badan. Nikmati proses menurunkan berat badan anda bukanlah semata-mata untuk mencapai ‘taget’ sahaja.

Makan dengan lebih kerap

Menarik kan?cara nak diet adalah dengan makan lebih kerap bukan tahan perut jangan makan… hehe 😀 kajian menunjukkan jika anda menahan kelaparan anda, anda mungkin akan terlebih makan bila sampai waktu makan. Apabila anda menahan lapar dan perut anda kosong dalam 1jangka masa yang panjang, gula dalam darah anda akan menurun dengan mendadak menyebabkan mood anda merosot dan anda cenderung untuk makan apa sahaja makanan yang senang dan mudah anda dapati. Makan sikit demi sedikit dengan kadar yang kerap

Layankan selera anda

Jika anda seorang penggemar kek sibaldu merah bersama krim keju yang kuning dan lemak berkrim, jangan terus membuang makanan kegemaran anda terus dari kamus hidup! Hal ini akan menyebabkan mood anda merosot dan fokus anda untuk menurunkan berat badan mungkin terganggu. Anda cenderung untuk terfikir-fikir makanan yang anda suka makan sebelum ini dan jika anda gagal mengawal perasaan terlalu inginkan kek itu, MUNGKIN anda akan makan dengan kadar yang lebih banyak dari hari-hari yang anda ‘tahan’ diri anda untuk tidak langsung menjamah kek tersebut. Layankan selera anda! Makan setengah potong sebagai habuan merasa dan ia akan membuatkan anda rasa lega 🙂

Behenti mencari teknik bersenam yang berkesan

Pilihlah kaedan senaman yang paling anda sukai dan anda rasa seronok melakukannya. Bukan pilih kaedah senaman yang orang lain suka. Siapa peduli berapa banyak kalori yang anda bakar jika bersenam begitu apa yang penting anda suka dan anda akan lakukannya setiap hari secara konsisten!

active mom2

Jatuh cinta dengan apa yang anda makan!

Nikmati makanan yang anda ambil. Makan secara perlahan-lahan kerana dengan cara makan perlahan-lahan memberi peluang kepada diri anda untuk berhenti sebelum terasa kenyang dengan mudah.

Dapatkan tidur yang cukup

Dapatkan purata tidur yang sihat sekitar 6-7jam sehari. Berjaga sehingga lewat malam meningkatkan potensi anda untuk makan secara berlebihan pada waktu yang tidak sesuai. Secara tidak langsung tidur juga boleh menyebabkan seseorang menjadi cantik!

Jangan lupa sarapan pagi!

Sarapan pagi merupakan permulaan bagi menjana metabolisma anda sepanjang hari. Selepas anda bangun dari tidur dan perut anda kosong lebih kurang 6-7jam, sarapan adalah makanan pertama yang penting untuk anda ambil. Kajian menunjukkan orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk makan dengan berlebihan pada waktu tengah hari. Jika anda kesuntukan masa, ambil sarapan yang ringkas tetapi sihat yang dapat menjana tenaga anda sepanjang hari.

breakfast

Ambil karbohidrat anda

Mengambil makanan berkarbohidrat secara sederhana setiap hari adalah lebih baik daripada anda makanan makanan segera, manisan atau makanan yang diproses dan mengandungi banyak bahan pengawet. Ambil karbohidrat dalam ‘portion’ yang sederhana disamping buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh diambil lebih banyak daripada karbohidrat. Jangan terlalu ‘melarang’ diri anda daripada menikmati makanan berkarbohidrat tetapi bersederhana saja 🙂

healthy-carbs

Boleh makan di luar

Sekali-sekala berhiburlah bersama rakan dan orang tersayang dengan makan di luar. Pilihlah menu dengan jumlah kalori yang minuman serta sihat lagi mengenyangkan. Sekarang sudah banyak restoran yang menyediakan menu sihat seperti ikan salmon bakar, salad buah-buahan, ayam dan daging panggang serta banyak menu lagi yang kurang berminyak, kurang garam dan kurang gula. Anda boleh buat sedikit pencarian di ‘internet’ berkaitan restoran yang menyediakan makanan sihat.

friends-picnic

Nikmati makanan kegemaran anda!

Jika anda menikmati makanan yang anda tidak suka, anda akan dapati anda merasa tidak puas dan mula berfikir untuk mencari-cari makanan lain supaya anda merasa puas. Anda boleh mendapatkan jenis makanan mewah yang sihat tetapi sihat walaupun dengan kuantiti yang kecil. Contohnya daging lembu wagyu atau daging lembu matsusaka yang dijual ribuan ringgit tetapi sangat tinggi kualiti dagingnya. Sekali-sekala apa kata anda nikmati daging lembu yang sihat ini dengan cara masakan yang juga sihat. Daging lembu tinggi dengan sumber protein yang dapat membina otot anda.

Pendekkan masa setiap sesi senaman anda

Anda tidak perlu untuk menghabiskan masa selama 1jam untuk melakukan senaman. Cukuplah sekadar 10minit sahaja untuk 1sesi tetapi lakukan sebanyak beberapa kali dalam 1hari. Kaedah ini mengelakkan diri anda merasa bosan dengan senaman dan menyebabkan anda mungkin akan terasa  malas untuk melakukan senaman pada keesokkan harinya. Bercakap diri anda yang anda akan hanya bersenam selama 10-15minit sahaja.

Keluar bersama rakan

Dapatkan sokongan daripada rakan-rakan anda mengenai niat anda untuk mengubah cara hidup yang lebih sihat. Ajak rakan-rakan untuk masak masakan sihat bersama dan nikmatinya bersama. Sertai beberapa forum kesihatan dan cara-cara menurunkan berat badan yang lebih sihat.

friends-picnic

Shopping!

Buat sedikit persediaan yang menyeronokkan dengan cara membeli barang dan bahan masakan yang sihat seperti salad, oat, chia seeds dan pelbagai makanan tinggi fiber untuk dijadikan stok di dalam dapur anda. Anda juga boleh menyediakan pakaian bersenam yang lengkap bersama kasut sukan, ‘dumbell’ contohnya dan pelbagai alatan yang mungkin memberikan anda semangat baru untuk merubah gaya hidup anda!

Jangan ‘diet’!

Jangan terlalu fokus pada jumlah kalori yang perlu anda ambil setiap hari. Mengira jumlah kalori adalah sangat merimaskan. Fokus kepada cara dan jenis makanan yang lebih sihat. Rancang jenis makanan yang perlu anda ambil daripada sentiasa mengira jumlah kalori yang perlu anda ambil.

10 cara sihat untuk mulakan hari anda!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Apabila anda memulakan pagi anda dengan tabiat yang baik dan positif, anda telah memilih untuk berada dalam keceriaan dan kejayaan sepanjang hari. Cuba tips ini hari ini dan lihat perubahan yang anda rasakan !! 🙂

Bangun awal pagi (solat sunat – qiamullail dan baca al-quran bagi muslim)

Sebagai seorang yang positif, dia mestilah mulakan harinya seawal mungkin. Sebagai seorang muslim bangun  sebelum solat fadhu subuh adalah sangat digalakkan. Setelah bangun dan sucikan diri, mereka digalakkan untuk melakukan ‘qiamullail’ atau yang membawa maksud ‘bangun 2/3malam’ bagi menunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat. Ia merupakan aktiviti kerohanian bagi orang Islam yang ingin mendekatkan diri dengan Tuhan seterusnya menjadi tenang sepanjang hari.

Setelah itu, lazimi diri dengan bacaan al-quran selepas selesai solat sunat juga merupakan rutin yang baik bagi seorang Muslim kerana bacaan al-quran (kitab suci) merupakan 1doa dan ‘azimat’ Tuhan kepada hambaNYA. Jika seorang muslim sentiasa melazimi aktiviti ini, keseluruhan harinya akan bertambah tenang dan baik.

alquran tasbih

Solat sunat dhuha dan zikir

Dalam agama Islam, mereka digalakkan menunaikan solat sunat dhuha dan berzikir tanda sentiasa mengingati Tuhan dan berdoa agar rezeki dimurahkan, urusan dipermudahkan. Memulakan hari dengan doa dan zikir (ingatan kepada Tuhan) memberikan semangat dan aura positif dalam diri seorang muslim.

motivasi kerja dalam islam 2

Jangan tinggalkan sarapan pagi

Anda telahpun tidur secara purata selama 6-7jam jadi, sarapan pagi merupakan ‘bahan api’ untuk mengaktifkan semula sistem badan anda. Sarapan pagi juga menghalang anda merasa lapar dan makan secara berlebihan sepanjang hari.

diet 4

Amalkan pemakanan yang sihat (sayuran dan buah-buahan)

Sebaiknya, sarapan anda haruslah seimbang lengkap dengan protein, bijirin, lemak sihat. Roti ‘wholegrain’, mentega rendah lemak berserta pisang adalah salah 1contoh sarapan sihat. Anda juga boleh mencuba sarapan yang kaya dengan sayur-sayuran sihat seperti salad dimakan bersama ayam/daging panggang adalah lebih sihat dan menyelerakan. Boleh juga campurkan cendawan dan tomato ke dalam telur dadar anda untuk sarapan.

Ambil ‘vitamin’ anda setiap awal pagi

Walaupun anda sudah memastikan pemakanan anda seimbang dan cukup nutriens, pengambilan vitamin atau pemakanan tambahan dapat menampung mana-mana nutriens yang masih tidak mencukupi akibat daripada pelbagai faktor seperti cara memasak yang memusnahkan sejumlah nutriens di dalam makanan segar anda. Vitamin seperti multivitamin adalah antara vitamin yang perlu diambil di awal pagi disamping vitamin c dan bcomplex bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum serta sebagai permulaan untuk menjana tenaga sepanjang hari tanpa tekanan!

Capsule bursting with natural ingredients

Minum air secukupnya

Mengambil air kosong yang cukup pada waktu pagi mempunyai pelbagai kebaikan antaranya melancarkan sistem penghadaman anda serta mempersiapkan tubuh anda untuk menyerap dan mengangkut nutriens ke seluruh tubuh badan dengan lebih efektif. Air kosong yang diambil seawal pagi dapat meningkatkan kadar metabolisma dan menyingkirkan toksin dari badan agar hari anda dapat dimulakan dengan lebih baik.

water intake must beBersenam awal pagi

Memulakan hari dengan senaman memang memberikan ‘1kejutan’ sepanjang hari. Anda akan tidak percaya dengan diri sendiri apabila anda merasa bertenaga apabila anda mulakan hari dengan senaman. Bersenam pada awal pagi dapat meningkatkan kadar metabolisma seterusnya dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.

Man runningLakukan pergerakkan regangan

Jika anda kesuntukkan masa untuk melakukan senaman, aktiviti regangan ringkas sudah memadai. Lakukan aktiviti regangan bagi memberikan rasa segar kerana aktiviti regangan pada waktu pagi boleh melancarkan peredaran darah dan Endorphin anda!

Buat catatan aktiviti anda

Ambil beberapa minit untuk menulis keseluruhan aktiviti anda pada hari itu termasuklah perkara-perkara yang perlu anda lakukan dan selesaikan. Membuat catatan awal mengelakkan dari anda terlupa perkara-perkara penting yang perlu anda lakukan disamping anda dapat merangka aktiviti lain dengan lebih efisen. Menulis dan merangka aktiviti harian menjadikan anda lebih bersistematik dan setiap kerja yang dilakukan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mengelakkan diri anda menjadi kelam kabut, tertekan dan lebih berkeyakinan.

to do listBerdoa supaya hari anda akan lebih baik daripada semalam

Sebagai seorang muslim, aktiviti berdoa kepada Tuhan merupakan aktiviti kerohanian yang menjadikan diri lebih bersemangat dan tenang dalam melakukan aktiviti harian. Rasa kebergantungan kepadaNYA memainkan peranan dalam memastikan hari-hari yang dilalui menjadi lebih lancar.