tips menyusu

Set Cadangan Penyusuan Shaklee & testimoni

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai 1perkongsian daripada rakan sekolah saya dahulu yang dipertemukan oleh ALLAH SWT kerana ingin berkongsi kebaikkan ‘supplements’ yang dicintai rakyat Malaysia kini iaitu Shaklee… Saya rasa sangat teruja jika dapat membantu sedikit sebanyak ibu-ibu yang menyusukan anak kerana saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Boleh dikatakan saya sangat memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu terutamanya bagi bayi yang berusia bawah 6bulan kerana sistem penghadaman mereka masih lagi belum matang. Apa yang sesuai untuk masuk ke dalam perut mereka pada ketika itu hanyalah susu ibu. Struktur susu ibu yang tersangat halus (tiada tandingan dengan susu haiwan mahupun apa jenis susu lain) sangat lembut dan ‘ngam’ dengan keadaan usus bayi ketika itu.

Menyedari hakikat kepentingan susu ibu kepada bayi dan banyak manfaat yang diperolehi jika menyusu hanya dengan susu ibu selama 2tahun usia anak kita, ramai ibu-ibu yang gigih berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Perkara baik mesti ada cabaran dan dugaan yang mesti ditempuhi oleh semua ibu. Tidak terkecuali termasuklah masalah ‘production’ susu yang merudum (terutamanya diwaktu datang bulan, tekanan ditempat kerja dan sebagainya) mempengaruhi pengeluaran susu ibu, badan ibu yang keletihan, kerap jatuh sakit, tubuh badan yang lesu akibat tidak sempat makan sepanjang hari (tuntutan kerja dan kesibukkan di tempat kerja) dan sebagainya. Sepanjang pengalaman saya menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu (lebih kurang 5tahun dan sekarang tengah menyusukan anak yang ke-3) saya dapati ‘supplements’ Shaklee merupakan makanan tambahan yang terbaik untuk ibu-ibu menyusu yang menghadapi masalah-masalah seperti yang saya nyatakan tadi. Tetapi dengan syarat, ibu-ibu menyusu faham dengan sefaham-fahamnya KONSEP ASAS menyusu ataupun meng’konsisten’kan pengeluaran susu ibu iaitu 1) ‘supple’ vs ‘demand’. Jika ada permintaan, pengeluaran juga mesti ada. 2) Mengambil air yang mencukupi (fluid intake) 3) Mesti positif dan yakin dengan rezeki yang ALLAH SWT berikan untuk setiap anak. Tiga perkara ini merupakan KONSEP ASAS untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

Bagaimana Shaklee boleh membantu ibu-ibu menyusu? Shaklee bukanlah ubat tambah susu, bukanlah pil ajaib tiba-tiba susu mencurah-curah macam air pili ye ibu-ibu. Shaklee membantu dengan cara memberikan sumber nutriens asas kepada tubuh badan ibu terutamanya bagi mereka yang tidak sempat makan makanan berkhasiat, tidak sempat mengamalkan diet seimbang. Hal ini menyebabkan tubuh badan menjadi lesu dan tidak bermaya. Apabila badan tidak cukup nutrisi ibu-ibu mudah jatuh sakit, letih dan tertekan. Ketiga-tiga faktor ini menjadi penyumbang kepada masalah pengeluaran susu ibu menjadi tidak lancar. Tiga KONSEP ASAS tadi ibarat TIANG rumah jika tiang tiada, maka bagaimana rumah boleh berdiri kukuh? Shaklee pula ibarat hiasan dalam rumah, ia boleh mencantikkan rumah dan membuatkan penghuninya selesa tinggal dalam rumah tersebut. Boleh faham tak analogi saya ini? 🙂

Jadi ‘supplements’ Shaklee membantu dari segi itu… Membantu tubuh badan ibu-ibu untuk kekal cergas, cukup nutrisi, kuat sistem imunisasi bagi melancarikan pengeluaran susu ibu. Saya juga seorang ibu jadi saya faham bagaimana tugas seorang ibu yang tidak pernah habis dan menuntut komitmen yang tinggi sama ada dari segi tenaga, kudrat dan mental. Jadi ibu-ibu mesti perlu kekal sihat dan bertenaga untuk menguruskan rumah tangga disamping dapat menyusukan dengan susu ibu. Badan letih bukan lagi alasan untuk tidak menyusukan!

testi bf and lost weight

testi bf

testi set basic bf combine

testi set basic bf

testi set menyusu+set pregnancy+set berpantang shaklee

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Advertisements

Kepentingan protin untuk penyusuan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Selamat berkerja buat yang berkerja pada hari pertama minggu ini. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai pengambilan protin dikalangan ibu menyusu. Kenapakah ibu menyusu disarankan mengambil protin yang mencukupi? Menurut RDA (Recommended Dietary Allowance) menyarankan pengambilan protin dikalangan ibu menyusu dan hamil adalah 71gram setiap hari berbanding wanita yang tidak menyusu dan mengandung iaitu 46gram protin sahaja setiap hari. RDA juga berpendapat jika ibu menyusu kekurangan protin dalam diet seharian, berkemungkinan komposisi protin dalam susu badan mereka juga mungkin akan kurang sedikit jumlahnya berbanding wanita yang mengambil cukup jumlah protin yang disarankan setiap hari.

1kajian telah dilakukan pada tahun 2009 bertajuk “Nursing and Health Sciences” menyatakan bahawa jumlah/komposisi protin dalam susu ibu bergantung pada jumlah pengambilan karbohidrat, lemak dan protin yang diambil oleh ibu setiap hari. Oleh sebab itu “Institute of Medicine” menyarankan ibu yang menyusu mengambil 20-35 peratus lebih jumlah kalori; iaitu lebih kurang 2500kalori setiap hari berbanding dengan wanita yang tidak menyusukan anak. Menurut University of Illionois juga wanita yang menyusukan sepatutnya makan apabila mereka merasa lapar walaupun mereka sangat kerap merasa lapar. Menarik bukan? Sebenarnya proses menyusukan anak adalah 1proses yang memerlukan jumlah kalori yang banyak berbanding mereka yang tidak menyusukan.

Wanita yang menyusukan memerlukan 2kali ganda jumlah protin yang diperlukan oleh badan berbanding wanita yang tidak menyusukan kerana protin merupakan salah satu komposisi utama dalam susu ibu. Mengambil jumlah protin yang mencukupi boleh membantu si ibu meningkatkan pengeluaran susu bagi memenuhi keperluan bayi dan anak anda. Jadi susu adalah mencukupi untuk membantu tumbesaran anak anda. Memilih sumber protin yang sihat setiap hari adalah membantu memenuhi keperluan protin bagi setiap sesi penyusuan anak anda.

kandungan-asi

Bagi memastikan pengambilan jumlah protin yang mencukupi setiap hari, ibu-ibu yang menyusu semua boleh dapatkan ESP Shaklee kerana ianya mudah dan cepat disediakan. ESP juga merupakan sejenis serbuk soya yang yang kaya protin dan menggunakan soya ‘non-gmo’ yang tinggi kualiti dan selamat untuk diminum oleh semua. ESP diproses secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia dan alkohol sepanjang proses menghasilkan ESP bagi menjaga kualiti dan mutu soya yang asli.

promo sept2015_ESPBUY6GET7_RP

Promosi ESP bulan september 2015

esp-soy-protein

Terdapat 3kg soya berkualiti tinggi (non-gmo) untuk setiap canister ESP yang seberat 850g ini. Berharga RM159.00 (harga runcit)

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

5 Tips Menyusu dan PMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Beberapa hari sepi daripada sebarang entri di blog ini. Kekangan waktu dengan komitmen yang pelbagai hari ini dapat menulis kembali. Harap saya terus istiqomah untuk melakarkan 1entri sekurang-kurangnya setiap hari hehe 😀

Hari ini nak bercerita mengenai PMS dikalangan wanita. Memang tidak dapat dielakkan setiap bulan insya allah akan menghadapi PMS. PMS adalah ‘pre-menstrual syndrome’ merupakan sindrom biasa yang dialami wanita sebelum kedatangan haid setiap bulan. Ia melibatkan perubahan emosi, hormon, kesihatan dan sebagainya. Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan antara hormon estrogen dan progesteron. Antara simptom-simptom lain yang dihadapi adalah rasa letih, sakit perut, mual, muntah, sakit kepala, pening dan jika wanita itu menyusu proses penghasilan susu mungkin sedikit terganggu kerana fasa PMS ini.

Keadaan inilah yang membimbangkan para ibu yang menyusukan bayi mereka. Tetapi keadaan ini tidak berlarutan. PMS mungkin akan berlaku seminggu sebelum anda datang bulan dan mungkin akan berlarutan seminggu selepas anda datang bulan. Terpulang pada keadaan individu. Antara tips yang mungkin boleh dicuba adalah:

Ambil sumber kalsium

Semasa kedatangan haid badan akan kehilangan darah maka kalsium dan cecair dalam badan juga akn berkurangan. Kalsium tidak dihasilkan dengan sendirinya di dalam tubuh badan kita. Kita yang harus mencari dan membekalkan tubuh badan kita dengan kalsium yang secukupnya. Seiring dengan kadar penyusuan untuk anak anda dan juga penggunaan kalsium yang turut sama penting untuk kekuatan tulang

Kalsium juga merupakan komponen terbesar yang terkandung di dalam susu ibu. Jadi, disebabkan kalsium semakin berkurang kerana banyak darah yang keluar, maka kalsium yang sedia ada juga semakin berkurang bagi penghasilan susu ibu. Sebab itulah ibu-ibu akan perasan susu sedikit merudum ketika datang bulan.

Tapi ibu-ibu jangan risau. Apa yang penting, ibu perlulah dapatkan semula kalsium yang secukupnya bagi menggantikan semula kalsium yang telah hilang. Ini juga bagi melancarkan semula penghasilan susu ibu. Di sinilah pentingnya penjagaan pemakanan ibu-ibu demi melancarkan proses penyusuan buat si kecil. Pengambilan kalsium dari susu juga seharusnya tidak boleh dipandang remeh. Ibu yang menyusukan anak disarankan untuk mendapatkan bekalan kalsium sekurang-kurangnya 1000-1500 mg sehari. Boleh anda bayangkan bagaimana nak dapatkan 1000mg kalsium sehari? Segelas susu saja sehari belum tentu membekalkan 1000mg kalsium kan?

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Harga runcit RM64.66; 120biji

ESP

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee juga dapat membantu. ESP mengandungi kandungan kalsium yang tinggi dan mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan lama kerana indeks glisemiknya yang rendah. ESP juga berperanan sebagai ‘milk-booster’ dan boleh menstabilkan hormon.

esp-soy-protein

Harga runcit: RM159.00; 850gram

Tingkatkan ‘demand’ (menyusu dan memerah dengan lebih kerap)

Tingkatkan permintaan atau ‘demand’ dengan cara kerapkan jumlah sesi memerah susu dan menyusukan bayi anda. Jika bayi tidur, peram/pam susu agar payudara anda dapat dikosongkan. Dengan cara ini ‘supply’ atau pengeluaran dapat ditingkatkan kerana isyarat telah dihantar kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu kerana permintaan telah meningkat.

baby and pump

Tingkatkan pengambilan air/cecair dalam diet seharian

Minum air masak sekurang-kurangnya 2-3liter sehari. Disamping itu anda juga boleh menambah makanan bersup ke dalam diet seharian anda seperti sup ayam, sup sayur dan sebagainya.

Ambil ‘milk-booster’ anda!

Setiap orang memiliki ‘milk-booster’ yang tidak sama jadi tidak salah bagi anda untuk ‘try-and-error’ setiap ‘milk-booster’. Anda boleh mencuba halba (fenugreek) kerana halba terkenal dengan fungsinya yang boleh merangsang penghasilan susu ibu. Habbatussauda’ (jintan hitam atau dalam bahasa inggeris ‘black-seeds’) juga begitu disamping khasiatnya untuk kesihatan badan manusia, ia juga boleh menjadi penggalak susu ibu.

black-cumin-seeds_small fenugreek-seedsSemua tips yang diberikan ini merupakan ikhtiar yang boleh diusahakan. Sebaik-baiknya cuba untuk berfikiran positif dan jangan lupa berdoa kepada Yang Maha Berkuasa kerana DIA yang berkuasa memberikan rezeki 🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.