penyusuan susu ibu

Komposisi utama susu ibu…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Jom semak apakah komposisi utama susu ibu?

Air (Water)

Lemak (fat)

Kaya dengan DHA, AHA, EPA yang sangat penting dalam perkembangan sel-sel otak anak. Secara semulajadi, kandungan minerals termasuk lemak berubah-ubah mengikut umur bayi, keadaan bayi dan kesihatan bayi. Hampir semua bahan-bahan yang terkandung dalam susu ibu adalah bahan yg mudah diserap oleh tubuh bayi.

Protein

Di dalam susu ibu, terkandung protein yang dinamakan ‘whey’. Sejenis protein yang sangat lembut dan mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Susu ibu juga mengandungi ‘lactoferrin’ adalah baik untuk kesihatan usus bayi serta mengandungi lysozyme, bahan-bahan anti-mikrob. Susu ibu kaya dengan protein yang membantu perkembangan mental dan fizikal bayi serta beberapa bahan lain yang merangsang perkembangan bayi secara keseluruhannya.

Karbohidrat

  • tinggi dengan kandungan lactose yang sesuai untuk perkembangan bayi. Lactose merupakan sejenis gula baik
  • kaya juga dengan kandungan oligasakarida yang berfungsi menjaga usus kecil bayi

Anti-bodi

  • susu ibu sangat tinggi dengan sel darah putih hidup. Bayi mendapat bermillion sel darah putih hidup setiap kali dia menyusu dengan ibunya.
  • kaya dengan kandungan immunoglobulin (juga dikenali sebagai gamma globulin atau globulin imun) yang merupakan bahan yang berasal dari plasma darah manusia yang berfungsi melindungi penyakit dan mengandungi antibodi

Vitamin dan minerals

  • mengandungi vitamins dan minerals penting dan mudah diserab ke dalam tubuh bayi seperti zat besi, zink, kalsium
  • kandungan zat besi yang boleh diserab sehingga 75%
  • tinggi dengan kandungan selenium yang merupakan antioksidan

Enzim dan hormon

  • tinggi dengan enzim yang membantu penghadaman bayi seperti lipase dan amylase
  • tinggi dengan beberapa jenis hormon seperti tiroid, oxytocin dan kira-kira lebih 15jenis enzim dan hormon lain

Rasa yang enak

Rasa berubah-ubah mengikut makanan dan minuman yang dinikmati si ibu. Itu antara kelebihan bayi yang menyusu dengan susu ibu kerana boleh merasa pelbagai jenis rasa yang semulajadi.

Apa ada dalam susu ibu?

Apa ada dalam susu ibu? (klik untuk besarkan gambar)

Advertisements

Alfalfa dan meningkatkan pengeluaran susu ibu

Bismillah wal hamdulillah…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai ALFALFA. Apa itu alfalfa? Alfalfa adalah sejenis tumbuhan. Alfalfa atau dalam bahasa saintifiknya Medicago Sativa merupakan antara tumbuhan yang tertua di dunia dan sering ditaman dan dituai sehingga kini kerana khasiatnya yang terlalu banyak. Alfalfa digunakan secara meluas sejak dahulu lagi di Greek, Rom dan Cina.

sb10068684j-001

Alfalfa digunakan secara meluas pada dekad dan abad yang lalu sebagai ubatan herba dalam dunia perubahtan tradisional. Alfalfa dipercayai mampu merawat masalah penghadaman, arthritis dan masalah buah pinggang. Ia juga merupakan makanan utama bagi haiwan ternakan seperti kuda, lembu tenusu dan kambing kerana alfalfa mampu menjadi galactagogue (adalah sesuatu yang boleh menjadi penggalak kepada penghasilan susu atau peningkatan dalam jumlah susu yang dihasilkan)

Faedah kesihatan dan kegunaan alfalfa

  • Alfalfa adalah sangat berkhasiat. Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral dan ianya kaya dengan antioksidan. Ia adalah rendah dalam lemak tepu dan kolesterol dan sumber protein dan fiber yang baik.
  • Ia adalah sumber utama makanan untuk haiwan tenusu jadi ia adalah satu bahagian penting dalam penghasilan susu, keju, aiskrim dan lain-lain produk tenusu.
  • Alfalfa digunakan oleh ibu menyusu sebagai “milk booster”.
  • Alfalfa juga digunakan untuk memperbaiki fungsi penghadaman
  • Alfalfa dipercayai mampu mengurangkan masalah keradangan
  • Merawat masalah tekanan darah tinggi
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Mengawal paras kolesterol
  • Digunakan sebagai diuretics
  • Kandungan klorofil yang tinggi di dalam alfalfa dipercayai mampu untuk membersihkan, menyembuhkan serta mendetoksifikasi tubuh manusia dari toksin dan penyakit.

Alfalfa, wanita dan penyusuan

Wanita menggunakan Alfalfa secara menyeluruh sejak zaman dahulu lagi untuk kesihatan mereka. Ia juga diambil oleh wanita yang menyusukan bayi sejak berkurun yang lampau bagi menambah produksi susu badan. Alfalfa adalah sangat bernutrisi tinggi apabila diambil secara sederhana

Bagaimana alfalfa diambil?

Alfalfa boleh didapati dalam bentuk makanan (salad atau ulaman), bentuk teh (minuman) serta telah diproses menjadi kapsul yang lebih mudah untuk diambil.

Alfalfa Shaklee

Shaklee salah sebuah syarikat pengeluar makanan kesihatan terbesar di dunia yang telah beroperasi lebih 50tahun serta telah menjalankan pelbagai ‘clinical test’ ke atas setiap produk mereka dengan teliti dan melibatkan ramai saintis/pakar. Shaklee juga telah mengeluarkan produk kesihatan berasaskan alfalfa yang sangat berkualiti tinggi. Shaklee menggunakan alfalfa yang ditanam secara organik dan matang (mengambil masa selama lebih kurang 2tahun) sebelum ia dituai dan diproses ke dalam bentuk kapsul. Tujuannya adalah alfalfa yang digunakan Shaklee adalah alfalfa yang betul-betul matang serta sangat kaya dengan nutriens (kerana akar pokok alfalfa telah tumbuh jauh ke dasar bumi serta menyerap lebih banyak nutriens/garam galian) & tinggi kandungan klorofil. Shaklee hanya menggunakan bahagian daun alfalfa sahaja.

alfafa-complex-s

Sumber: Breastfeeding.about.com

Ingin mendapatkan Alfalfa Complex secara online daripada pihak Shaklee menggunakan debit atau kredit kad sila klik gambar dibawah ini ya…

BuyNowfaizah-vert

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone/Whatsapp/Telegram: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook