ostematrix shaklee

Tips bangun pagi segar walaupun tidur lewat malam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ni merupakan hari ke-3 saya dapat bangun pagi awal dan yang penting segar, rasa cergas bertenaga dan tidak mengantuk! Saya mengalami masalah tidur yang tidak cukup sejak melahirkan anak ke-3 si ammar yaser. Ammar merupakan seorang bayi yang tidak suka tidur sama ada siang atau malam. Selepas saya melahirkan ammar, bermulalah episod kehidupan saya yang meletihkan dan mengantuk kerana tidak dapat tidur dengan mencukupi. Ammar bangun dengan sangat kerap menyusu diwaktu malam secara purata 5-6kali. Kadang-kadang tidak terkira banyaknya dia bangun menyusu sehingga satu tahap, ammar kembali bangun apabila saya baru hendak mula terlelap selepas sesi menyusu sebelumnya. Keadaan kekal begitu sehingga hari menjelang subuh. Kini usia Ammar 1tahun 9bulan. Bayangkanlah selama itu saya tidak dapat tidur lena yang mencukupi…

Hari ini merupakan hari ke-3 saya aplikasikan tips yang boleh saya anggap berjaya sebab saya boleh bangun awal (sebelum subuh), dan rasa segar tanpa rasa mengantuk (terpaksa bangun). Rasa aktif dan dapat masak sarapan, menyediakan keperluan anak ke tadika serta kelengkapan suami ke tempat kerja.

Antara tips hebat yang saya amalkan sepanjang tempoh 3hari kejayaan bangun pagi segar ini adalah:

‘Short nap’

Saya akan ambil ‘short nap’ pada waktu tengah hari sebelum ambil anak sulung dari tadika (sebelum waktu solat zuhur). Sebagai surirumah memang agak sukar untuk tidur seketika di siang hari kerana ada anak-anak kecil. Apa yang saya buat, saya bawa kedua-dua anak masuk bilik dan ajar mereka untuk tidur bersama-sama dengan erti kata lain berehat. Masa yang diambil sekejap sahaja dalam linkungan 10-15minit. Saya selalu amalkan ‘short nap’ ini ketika berkerja dulu. Sewaktu makan tengah hari, saya akan lelapkan mata sekadar tempoh 10-15minit sahaja untuk tampil cergas pada sesi berkerja sebelah petang.

Berdasarkan kajian ‘short-nap-time’ dapat meningkatkan prestasi kerja secara berterusan. Waktu terbaik mengambil sesi ‘short-nap’ ini adalah diantara 10-20minit 1sesi. Disamping itu ia juga berupaya meningkatkan kemahiran kognitif, daya ingatan dan kecergasan minda seseorang.

‘Alarm-clock’

Saya menggunakan ‘alarm-clock’ telefon bimbit ataupun anak saya yang menyusu sebagai penggera semulajadi saya. Ammar akan biasa bangun menyusu 1jam sekali dan saya memang terbiasa bangun pukul 5-6pagi sebab ammar memang akan bangun menyusu pada waktu itu. Apabila sudah bangun dan ammar selesai menyusu saya akan terus bingkas bangun, mandi, dan bersiap untuk solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa ‘alarm-clock’ yang sudah saya set (sama ada jam telefon ataupun jam si ammar)

Amalkan sebelum tidur tanpa gagal

Saya akan mengambil 2biji vitalea dan 4biji ostematrix tanpa gagal setiap kali hendak tidur. Kadang-kadang saya selesai melakukan tugasan harian (uruskan pesanan pelanggan untuk tujuan pos esok harinya) pada pukul 1-2pagi. Jadi saya akan ambil vitalea dan ostematrix bersama air masak secukupnya.

wpid-20151028081202.jpg

wpid-20151028075732.jpg

Berdoa

Sebelum tidur jika berkelapangan, tunaikan solat sunat witir dan bacaan surah al-mulk. Berdoa kepada ALLAH SWT agar dia kejutkan kita pada waktu sepatutnya agar dapat melakukan ibadat kepadaNYA. Insya ALLAH dengan izin ALLAH SWT kita boleh bangun tepat pada waktunya dan dengan semangat!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

5 Langkah Mengatasi PMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca terutamanya kaum wanita mengenai PMS. PMS atau pun ‘pre-menstrual syndrome’ yang dideritai oleh hampir 75% wanita di dunia ini dengan tanda-tanda seperti sakit kepala, emosi tidak stabil, kembing perut, kekejangan dan beberapa simptom lain. Kadang-kadang masalah ini mengganggu aktiviti harian kebanyakkan wanita dan mereka tidak dapat fokus kepada kerjaya, pasangan dan keluarga.

Apakah punca terjadinya PMS?

PMS sebenarnya terjadi akibat ketidakstabilan hormon antara hormon estrogen dan progesteron. Sama ada hormon estrogen berlebihan atau kekurangan begitu juga dengan hormon progesteron sama ada kekurangan atau berlebihan. Kenapa pula hormon ini menjadi tidak stabil?

Antara beberapa faktor telah dikenalpasti akibat terjadinya ketidakstabilan hormon ini adalah kerana kandungan gula yang tinggi di dalam darah, diet yang tidak seimbang dan tidak sihat seperti pengambilan kafein dan alkohol secara berlebihan, hormon yang terdapat di dalam produk tenusu dan daging (ayam dan lembu), hormon dan toksik yang terdapat pada racun serangga pada sayur-sayuran yang kita beli. Haih…banyak betul zaman sekarang ni penyumbang kepada masalah kesihatan tanpa kita sedari.

Harus diingatkan masalah sembelit (kesukaran membuang air besar) jangan dipandang enteng! Hasil kajian juga membuktikan bahaya masalah sembelit dan ketidakseimbangan bakteria di dalam usus akan memburukkan lagi masalah ketidakstabilan hormon. Ini kerana najis yang tidak dapat dibuang dengan baik akan membuatkan bahan kumuh itu diserap semula ke dalam darah. Kejadian ini juga menjadi antara faktor kepada masalah hormon yang tidak stabil dan menyumbang kepada pelbagai lagi masalah kesihatan.

Badan juga memerlukan senaman dan gaya hidup aktif agar hormon di dalam tubuh kembali stabil seperti sedia kala. Beberapa kajian telah dilakukan bagi mengkaji beberapa langkah yang boleh diambil untuk menstabilkan kembali hormon. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan badan masing-masing. Kesan mungkin berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi tidak salah untuk mencuba:

Pemakanan seimbang dan sihat

  • Berhenti atau kurangkan makanan yang diproses, makanan segera, gula putih, serta gandum/beras yang telah diproses. Bertukar kepada beras perang atau gandum penuh.
  • Kurangkan kafein
  • Elakkan minuman beralkohol
  • Seimbangkan kandungan gula dalam darah dengan cara banyakkan makanan protein daripada karbohidrat dan lemak contohnya ‘protein shake’, telur, kekacang sebagai hidangan sarapan pagi anda
  • Makan secara sedikit dan kerap setiap hari. Jangan ‘skip’ makan anda
  • Jangan makan 3jam sebelum waktu tidur malam
  • Kurangkan pengambilan hasil tenusu terutamanya yang mempunyai kandungan gluten yang tinggi
  • Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian seperti sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang
  • Tingkatkan pengambilan sumber omega-3 seperti memakan ikan tinggi omega-3 seperti ikan sardin segar, ikan salmon, telur dan kacang walnuts
  • Makanan makanan organik dan elakkan makanan yang diproses melibatkan banyak bahan kimia seperti rancun serangga kerana ia membahayakan kesihatan kita

Ambil makanan tambahan

Beberapa jenis makanan tambahan dikatakan sangat membantu dalam proses menstabilkan hormon serta meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan. Antara ‘superstars’ yang penting adalah:

  • Magnesium citrate atau glycinate – ambil antara 400 – 600mg sehari
  • Kalsium citrate – ambil 600mg sehari
  • Vitamin B6 – ambil 50 – 100mg sepanjang hari bersama-sama folate 800mcg dan 1,000mcg vitamin B12
  • Evening primrose oil – ambil 2kapsul 500mg; 2kali sehari
  • EPA/DHA (omega-3 fats) – ambil 1,000mg sehari atau 2kali sehari
  • Multivitamin yang terbaik – pelbagai nutriens yang boleh berkerjasama menstabilkan hormon dan masalah kesihatan seseorang

Aktif!

Senaman adalah sangat penting untuk keseimbangan hormon. Lakukan 20-30minit untuk 1sesi, 4-5kali dalam seminggu!

Ketahui punca tekanan

Elakkan tekanan dengan cara mengenalpasti punca terjadinya tekanan. Pelajari teknik pernafasan yang baik bagi memberikan rasa ‘releks’ dan tenang. Boleh juga bercakap dengan rakan baik, keluar dan lupakan seketika masalah dan tekanan.

Cuba rawatan alternatif

Antara rawatan/terapi alternatif yang mungkin boleh anda cuba ada akupuntur ataupun rawatan homeopathy. Ada kajian klinikal membuktikan rawatan homeopathy mampu untuk mengatasi masalah PMS dikalangan wanita.

Tubuh badan kita tidak memerlukan bahan kimia dan dadah untuk bertahan hidup dengan sihat. Tumpu perhatian kepada beberapa kaedah ‘natural laws of biology’ untuk memperbaiki taraf kesihatan anda!

Credited: Dr. Mark Hyman

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Promo Februari 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers…

Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga dan insan tersayang… saya nak kongsikan dengan semua pembaca mengenai promosi yang sedang dijalankan oleh pihak Shaklee bulan ini iaitu Februari 2015… 3produk sekaligus tau! Berbaloi-baloi boleh simpan stok atau boleh dijadikan hadiah istimewa kepada orang tersayang…

promo feb2015_5%off_RP promo feb2015_buy6free1_RPpromo feb2015_buy3free1_RP

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone/Whatsapp/Telegram: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook