healthy slimming

13 Kebaikkan Senaman kepada Kesihatan Mental

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

active mom2

Senaman selalu dikaitkan dengan aktiviti untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan atau kegemukkan kerana secara umumnya ramai beranggapan senaman adalah perlu untuk membakar jumlah kalori yang berlebihan dalam badan.

Jika kita teliti sebenarnya senaman adalah aktiviti ‘wajib’ diamalkan oleh semua orang, disetiap lapisan umur dan masyarakat kerana kebaikkannya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal malah juga kepada kesihatan mental jika kita konsisten melakukan aktiviti senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan 20minit setiap sesi.

Diharapkan entri ini menambah pengetahuan semua dan saya terutamanya dalam mempersiapkan diri untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat walaupun hanya bergelar suri rumah 🙂

Menurut 1kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis beberapa dekad yang lalu aktiviti senaman yang dilakukan oleh seseorang boleh meningkatkan ‘kuasa’ mental seseorang dan menjadikan kehidupan seseorang lebih bersemangat, sihat, gembira dan bertenaga.

Antara kebaikkan senaman secara khusus kepada kesihatan mental manusia adalah:

1- Mengurangkan stress

Mengalami hari-hari yang mencabar di pejabat? Merasa tertekan dengan kerja dan majikan? Selepas waktu berkerja cuba untuk berjalan-jalan di taman seketika dan akan merasa lebih lega dan menyenangkan. Senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh boleh meredakan tekanan fizikal dan mental seseorang. Senaman boleh meningkatkan sejenis bahan semulajadi dalam badan iaitu ‘norepinephrine’ yang boleh menstabilkan tekanan emosi dan fizikal seseorang.

2- Merangsang hormon ‘gembira’

Aktiviti senaman mampu melepaskan sejenis hormon ‘gembira’ iaitu ‘Endorfin’ yang boleh mewujudkan perasaan bahagia dan keghairahan. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa aktivit senaman boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan masalah kehidupan. Doktor akan menyarankan kepada pesakit yang mengalami masalah tekanan untuk melakukan beberapa aktiviti kecergasan di gimnasium. Malahan aktiviti senaman dan kecergasan ini adalah lebih baik daripada mengambil pil untuk mengurangkan tekanan. Jangan risau jika anda tidak suka ke gimnasium kerana aktiviti kecergasan bebas dilakukan di mana-mana dan dalam bentuk apa sekalipun. Cukup sekadar berjalan dipersisiran pantai, berjalan di taman dan mengelilingi tasik asalkan anda merasa selesa dengan aktiviti tersebut 🙂

3- Meningkatkan keyakinan diri

Secara umumnya, aktiviti fizikal ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang tanpa mengambil kira saiz dan bentuk badan, jantina, umur, latarbelakang, gaya hidup aktif dapat meningkat daya tarikan seseorang.

4- Membentuk aktiviti luar yang menyeronokkan

Untuk membentuk aktiviti kecergasan yang lebih menyeronokkan, lakukan aktiviti luar dan lebih bebas. Anda boleh mencuba beberapa aktiviti luar yang menyeronokkan seperti ‘rock-climbing’, memanah, berkayak, atau sekurang-kurangnya berlari-lari anak di taman sambil menikmati keindahan alam.

5- Meningkatkan keupayaan kognitif manusia

Apabila umur kita semakin meningkat, secara umumnya keupayaan daya kognitif dan otak kita akan semakin menyusut. Antara penyakit akibat penuaan adalah Alzheimer akan membunuh banyak sel-sel otak dan hal ini akan mengurangkan fungsi otak apabila umur semakin meningkat. Aktiviti kecergasan dan senaman sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana aktiviti kecergasan ini dapat membantu daya kognitif seseorang apabila tahap dan daya kognitif ini akan semakin merosot dengan mendadak menjelang umur 45tahun. Senaman dan aktiviti kecergasan antara umur 25-45tahun akan merangsang bahan kimia semulajadi dalam otak yang akan menyokong keupayaan kognitif untuk jangka masa panjang.

6- Mengurangkan kemurungan

Seperti yang diperkatakan tadi, aktiviti kecergasan boleh merembeskan hormon dan bahan kimia semulajadi di dalam badan dan otak untuk mengurangkan tekanan manusia sama ada fizikal ataupun mental. Jadi secara umumnya ia mampu mengurangkan masalah kemurungan ini.

7- Meningkatkan keupayaan otak

Beberapa kajian telah dijalankan ke atas tikus dan seorang lelaki yang telah membuktikan bahawa senaman kardivaskular boleh menjana sel-sel otak baru (neurogenesis) dan mampu meningkatkan prestasi otak secara keseluruhannya. Kajian juga telah membuktikan senaman juga mampu meningkatka tahap protein sintesis otak (dikenali sebagai BDNF) di dalam badan dipercayai boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat keputusan dengan bijak, lebih tinggi daya pemikiran dan pembelajaran

8- Meningkatkan daya ingatan

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten dapat meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran seseorang. Apabila seseorang itu semakin kerap mengeluarkan peluh, sel-sel otak juga semakin dijana untuk meningkatkan daya ingatannya. Satu kajian telah dijalankan membuktikan kanak-kanak yang memiliki perkembangan otak yang baik adalah kanak-kanak yang kerap melakukan aktiviti fizikal berupaya meningkat keupayaan pembelajaran dan daya ingatan mereka.

9- Membantu mengawal ketagihan

Sesetengah manusia mengalami masalah kebergantungan kepada yang boleh merangsang dopamine (sejenis hormon yang memberi rasa khayal dan menyeronokkan) seperti alkohol dan dadah. Aktiviti fizikal boleh membantu penagih ini untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada dadah atau alkohol secara berkala kerana senaman boleh ‘reboot’ semula sistem badan manusia yang telah rosak akibat daripada ketagihan kepada dadah dan alkohol!

10- Meningkatkan rasa tenang dan relaks

Aktiviti fizikal merupakan seperti pil tidur kepada seseorang yang mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur malam. Bergerak aktif sebelum 5-6jam sebelum waktu tidur akan meningkatkan suhu badan dan apabila suhu badan kembali kepada normal, ia akan memberi isyarat kepada badan untuk berehat dan tidur.

11- Meningkatkan daya kreativiti

Orang yang melakukan aktiviti kecergasan dengan kadar degupan jantung akan lebih berdaya kreatif sehingga 2jam selepas itu. Aktiviti kecergasan yang dilakukan diluar, berinteraksi dengan alam semulajadi akan lebih meningkatkan kreativiti seseorang juga.

12- Meningkatkan produktiviti

Banyak kerja sukar dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan? Terasa sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi? Anda kekurangan produktiviti! Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kajian menunjukkan pekerja yang mengambil masa untuk bersenam secara teratur akan lebih produktif dan mempunyai lebih banyak tenaga daripada mereka yang sebaya.

13- Memberi inspirasi kepada orang lain

Apabila seseorang itu melakukan rutin senaman yang teratur, ia mampu meningkatkan keyakinan seseorang malah dia mampu melakukan tugasan lain juga dengan sempurna. Hal ini mampu memberikan inspirasi kepada orang sekeliling dan merasa kagum dengan keyakinan diri tidak mengira umur, pangkat dan latar belakang.

 Sumber: Shape.Com

Advertisements

7 Nutriens penting (selain fiber dan protein) yang membantu menurunkan berat badan…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Kali ini saya nak berkongsi dengan semua mengenai 7 nutriens penting yang perlu dititikberatkan oleh semua terutamanya yang dalam proses menurunkan berat badan (seperti saya hehe 😛). Kebanyakkan kita hanya fokus pada bentuk badan luaran sahaja tanpa menitikberatkan isu SIHAT… Asal nampak kurus sahaja! Sihat tolak tepi… Badan juga perlu kekal sihat walaupun dalam proses mengurangkan pengambilan makanan seharian terutamanya bg makanan tinggi kalori, lemak, gula dan minyak.

Untuk menurunkan berat badan dengan cara sihat, badan anda memerlukan nutrien tertentu untuk membantu keinginan untuk makan, mengawal metabolisme anda, dan memastikan sistem penghadaman anda berfungsi dengan baik. Di sini saya kongsikan vitamin dan nutrien yang boleh membantu meningkatkan usaha penurunan berat badan anda:
Zat Besi (iron)
Berita baik buat penggemar daging segar! Daging merupakan makanan yang tinggi dengan sumber zat besi. Apa yang pentingnya zat besi? Zat besi penting bagi mereka yang selalu bersenam untuk mengelakkan diri dari cepat letih, pening-pening, pitam akibat kehilangan zat besi sepanjang tempoh bersenam tersebut. Jika anda tidak berminat dengan daging, anda boleh memilih untuk menikmati makanan lain yang tinggi zat besi seperti sayur bayam (sayur-sayuran berdaun hijau gelab), kacang pis dan sebagainya.
Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Vitamin C
Bagi mengoptimumkan zat besi dalam badan anda, vitamin c merupakan nutriens yang penting diambil bersama-sama kerana vitamin c sangat membantu dalam penyerapan nutriens lain terutamanya zat besi. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang baik dalam membantu sel-sel anda berfungsi secara optimum seperti menguatkan sistem imun, penyembuhan luka. Apabila sel-sel anda berkerja dengan baik, otot-otot anda juga dapat berkerja keras dalam proses menurunkan kadar lemak dalam badan dan otot-otot akan mengambil tempat lemak berlebihan.
500mg vitamin c Shaklee yang dilengkapi dengan teknologi perlepasan secara perlahan-lahan

500mg vitamin c Shaklee yang dilengkapi dengan teknologi perlepasan secara perlahan-lahan

Kalsium
Kajin menunjukkan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari mampu membantu proses menurunkan berat badan. Para penyelidik berpendapat, kalsium mampu memberikan tenaga yang optimum kepada sel-sel tubuh termasuklah otot-otot dan tulang. Jadi badan boleh berkerja keras untuk bersenam dan bergerak cergas kerana kalsium melembutkan otot-otot tubuh serta memberikan kekuatan kepada tulang. Disamping itu, kalsium juga membantu mencerna makanan dengan baik kerana kalsium yg mencukupi membantu otot-otot usus untuk mejadi lembut. Secara keseluruhannya kalsium juga dapat membantu metabolisme badan untuk menjadi lebih efisen!
Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Lemak (fatty acids)
Lemak ‘monounsaturated’ merendahkan kolesterol buruk anda dan meningkatkan kolesterol baik. Selain itu badan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk memecahkan nutrien ini kerana rantai kimianya yang panjang dan lengkap. Antara sumber makanan lemak ‘monounsaturated’ adalah seperti minyak zaitun, minyak ikan (fatty acid, omega 3) dan kekacang.
Fatty acids source!

Fatty acids source!

Vitamin B6
Vitamin B6 merupakan vitamin yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat. Apabila anda mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi serta makanan manis, serotonin (sejenis bahan kimia yang bertanggungjawab mengimbangkan mood bagi mengelakkan kemurungan) berlebihan yang terhasil daripada makanan tidak sihat masih berbaki dalam badan anda akan menyebabkan anda sangat inginkan makanan seperti roti dan biskut untuk dikunyah disebabkan masalah berlebihan serotonin tadi. Jadi fungsi vitamin B6 ini akan mengimbangi jumlah serotonin dalam badan anda.
Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Zink
Zink adalah sejenis minerals yang dijumpai di dalam tisu badan kita dan merupakan sahabat baik kepada metaboslime anda. Zink membantu kelenjar tiroid anda menghasilkan hormon yang meningkatkan kadar metabolisme anda. Kita disarankan mengambil sekurangkan-kurangnya 8mg zink setiap hari.
zinc-complex-nutrition
Magnesium
Magnesium juga sejenis minerals yang membantu melancarkan sistem penghadaman anda. Disamping itu ia juga membantu pembentukan otot-otot anda. Pembentukan otot-otot dalam badan anda penting bagi mengelakkan badan anda menjadi geleber kerana kehilangan lemak yang membuatkan anda kelihatan gemuk. Otot-otot yang terbentuk akan membakar lemak berlebihan. Pengambilan magenesium yang mencukupi juga boleh mengawal keinginan anda untuk menikmati coklat secara berlebihan! Pilih untuk menikmati ‘dark chocolate’ asli tanpa gula/pemanis tambahan kerana ia tinggi dengan nutriens semulajadi.
Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Set Cadangan Kurus Sihat Shaklee mempunyai 3fasa asas... tinggi dengan sumber protein dan fiber... :)

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook