healthy life

13 Kebaikkan Senaman kepada Kesihatan Mental

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

active mom2

Senaman selalu dikaitkan dengan aktiviti untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan atau kegemukkan kerana secara umumnya ramai beranggapan senaman adalah perlu untuk membakar jumlah kalori yang berlebihan dalam badan.

Jika kita teliti sebenarnya senaman adalah aktiviti ‘wajib’ diamalkan oleh semua orang, disetiap lapisan umur dan masyarakat kerana kebaikkannya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal malah juga kepada kesihatan mental jika kita konsisten melakukan aktiviti senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan 20minit setiap sesi.

Diharapkan entri ini menambah pengetahuan semua dan saya terutamanya dalam mempersiapkan diri untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat walaupun hanya bergelar suri rumah 🙂

Menurut 1kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis beberapa dekad yang lalu aktiviti senaman yang dilakukan oleh seseorang boleh meningkatkan ‘kuasa’ mental seseorang dan menjadikan kehidupan seseorang lebih bersemangat, sihat, gembira dan bertenaga.

Antara kebaikkan senaman secara khusus kepada kesihatan mental manusia adalah:

1- Mengurangkan stress

Mengalami hari-hari yang mencabar di pejabat? Merasa tertekan dengan kerja dan majikan? Selepas waktu berkerja cuba untuk berjalan-jalan di taman seketika dan akan merasa lebih lega dan menyenangkan. Senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh boleh meredakan tekanan fizikal dan mental seseorang. Senaman boleh meningkatkan sejenis bahan semulajadi dalam badan iaitu ‘norepinephrine’ yang boleh menstabilkan tekanan emosi dan fizikal seseorang.

2- Merangsang hormon ‘gembira’

Aktiviti senaman mampu melepaskan sejenis hormon ‘gembira’ iaitu ‘Endorfin’ yang boleh mewujudkan perasaan bahagia dan keghairahan. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa aktivit senaman boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan masalah kehidupan. Doktor akan menyarankan kepada pesakit yang mengalami masalah tekanan untuk melakukan beberapa aktiviti kecergasan di gimnasium. Malahan aktiviti senaman dan kecergasan ini adalah lebih baik daripada mengambil pil untuk mengurangkan tekanan. Jangan risau jika anda tidak suka ke gimnasium kerana aktiviti kecergasan bebas dilakukan di mana-mana dan dalam bentuk apa sekalipun. Cukup sekadar berjalan dipersisiran pantai, berjalan di taman dan mengelilingi tasik asalkan anda merasa selesa dengan aktiviti tersebut 🙂

3- Meningkatkan keyakinan diri

Secara umumnya, aktiviti fizikal ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang tanpa mengambil kira saiz dan bentuk badan, jantina, umur, latarbelakang, gaya hidup aktif dapat meningkat daya tarikan seseorang.

4- Membentuk aktiviti luar yang menyeronokkan

Untuk membentuk aktiviti kecergasan yang lebih menyeronokkan, lakukan aktiviti luar dan lebih bebas. Anda boleh mencuba beberapa aktiviti luar yang menyeronokkan seperti ‘rock-climbing’, memanah, berkayak, atau sekurang-kurangnya berlari-lari anak di taman sambil menikmati keindahan alam.

5- Meningkatkan keupayaan kognitif manusia

Apabila umur kita semakin meningkat, secara umumnya keupayaan daya kognitif dan otak kita akan semakin menyusut. Antara penyakit akibat penuaan adalah Alzheimer akan membunuh banyak sel-sel otak dan hal ini akan mengurangkan fungsi otak apabila umur semakin meningkat. Aktiviti kecergasan dan senaman sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana aktiviti kecergasan ini dapat membantu daya kognitif seseorang apabila tahap dan daya kognitif ini akan semakin merosot dengan mendadak menjelang umur 45tahun. Senaman dan aktiviti kecergasan antara umur 25-45tahun akan merangsang bahan kimia semulajadi dalam otak yang akan menyokong keupayaan kognitif untuk jangka masa panjang.

6- Mengurangkan kemurungan

Seperti yang diperkatakan tadi, aktiviti kecergasan boleh merembeskan hormon dan bahan kimia semulajadi di dalam badan dan otak untuk mengurangkan tekanan manusia sama ada fizikal ataupun mental. Jadi secara umumnya ia mampu mengurangkan masalah kemurungan ini.

7- Meningkatkan keupayaan otak

Beberapa kajian telah dijalankan ke atas tikus dan seorang lelaki yang telah membuktikan bahawa senaman kardivaskular boleh menjana sel-sel otak baru (neurogenesis) dan mampu meningkatkan prestasi otak secara keseluruhannya. Kajian juga telah membuktikan senaman juga mampu meningkatka tahap protein sintesis otak (dikenali sebagai BDNF) di dalam badan dipercayai boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat keputusan dengan bijak, lebih tinggi daya pemikiran dan pembelajaran

8- Meningkatkan daya ingatan

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten dapat meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran seseorang. Apabila seseorang itu semakin kerap mengeluarkan peluh, sel-sel otak juga semakin dijana untuk meningkatkan daya ingatannya. Satu kajian telah dijalankan membuktikan kanak-kanak yang memiliki perkembangan otak yang baik adalah kanak-kanak yang kerap melakukan aktiviti fizikal berupaya meningkat keupayaan pembelajaran dan daya ingatan mereka.

9- Membantu mengawal ketagihan

Sesetengah manusia mengalami masalah kebergantungan kepada yang boleh merangsang dopamine (sejenis hormon yang memberi rasa khayal dan menyeronokkan) seperti alkohol dan dadah. Aktiviti fizikal boleh membantu penagih ini untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada dadah atau alkohol secara berkala kerana senaman boleh ‘reboot’ semula sistem badan manusia yang telah rosak akibat daripada ketagihan kepada dadah dan alkohol!

10- Meningkatkan rasa tenang dan relaks

Aktiviti fizikal merupakan seperti pil tidur kepada seseorang yang mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur malam. Bergerak aktif sebelum 5-6jam sebelum waktu tidur akan meningkatkan suhu badan dan apabila suhu badan kembali kepada normal, ia akan memberi isyarat kepada badan untuk berehat dan tidur.

11- Meningkatkan daya kreativiti

Orang yang melakukan aktiviti kecergasan dengan kadar degupan jantung akan lebih berdaya kreatif sehingga 2jam selepas itu. Aktiviti kecergasan yang dilakukan diluar, berinteraksi dengan alam semulajadi akan lebih meningkatkan kreativiti seseorang juga.

12- Meningkatkan produktiviti

Banyak kerja sukar dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan? Terasa sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi? Anda kekurangan produktiviti! Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kajian menunjukkan pekerja yang mengambil masa untuk bersenam secara teratur akan lebih produktif dan mempunyai lebih banyak tenaga daripada mereka yang sebaya.

13- Memberi inspirasi kepada orang lain

Apabila seseorang itu melakukan rutin senaman yang teratur, ia mampu meningkatkan keyakinan seseorang malah dia mampu melakukan tugasan lain juga dengan sempurna. Hal ini mampu memberikan inspirasi kepada orang sekeliling dan merasa kagum dengan keyakinan diri tidak mengira umur, pangkat dan latar belakang.

 Sumber: Shape.Com