about shaklee

The best of vivix (testimoni terbaik vivix)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Salam isnin buat semua terutamanya buat mereka yang berkerja… kerja bersungguh-sungguh dan ikhlaskan niat berkerja untuk mencari redha ALLAH SWT serta mencari rezeki yang halal dan berkat buat keluarga tercinta 🙂

Pagi ini saya terbaca mengenai 1testimonial yang cukup menyentuh hati mengenai vivix. Jadi saya rasa nak berkongsi dengan pembaca semua semoga beroleh manfaat daripadanya. Baca sampai habis tau! Rugi tak baca 🙂

Kisahnya bermula begini…

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah…

Credited:
FB: Hawatif Ali
Pages: Duniaraha 011-32742845 Pengedar Shaklee Seremban

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service)

Promo Disember 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Lama rasanya tidak bersiaran di sini… 🙂 Maaf kepada pembaca-pembaca yang setia melawat di sini. Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2015, dan Shaklee masih lagi memberikan peminat-peminat Shaklee dengan tawaran-tawaran yang hebat.

Apa yang menarik bulan ini ya?

 

Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini 🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Promo Februari 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers…

Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga dan insan tersayang… saya nak kongsikan dengan semua pembaca mengenai promosi yang sedang dijalankan oleh pihak Shaklee bulan ini iaitu Februari 2015… 3produk sekaligus tau! Berbaloi-baloi boleh simpan stok atau boleh dijadikan hadiah istimewa kepada orang tersayang…

promo feb2015_5%off_RP promo feb2015_buy6free1_RPpromo feb2015_buy3free1_RP

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone/Whatsapp/Telegram: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Alfalfa dan meningkatkan pengeluaran susu ibu

Bismillah wal hamdulillah…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai ALFALFA. Apa itu alfalfa? Alfalfa adalah sejenis tumbuhan. Alfalfa atau dalam bahasa saintifiknya Medicago Sativa merupakan antara tumbuhan yang tertua di dunia dan sering ditaman dan dituai sehingga kini kerana khasiatnya yang terlalu banyak. Alfalfa digunakan secara meluas sejak dahulu lagi di Greek, Rom dan Cina.

sb10068684j-001

Alfalfa digunakan secara meluas pada dekad dan abad yang lalu sebagai ubatan herba dalam dunia perubahtan tradisional. Alfalfa dipercayai mampu merawat masalah penghadaman, arthritis dan masalah buah pinggang. Ia juga merupakan makanan utama bagi haiwan ternakan seperti kuda, lembu tenusu dan kambing kerana alfalfa mampu menjadi galactagogue (adalah sesuatu yang boleh menjadi penggalak kepada penghasilan susu atau peningkatan dalam jumlah susu yang dihasilkan)

Faedah kesihatan dan kegunaan alfalfa

  • Alfalfa adalah sangat berkhasiat. Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral dan ianya kaya dengan antioksidan. Ia adalah rendah dalam lemak tepu dan kolesterol dan sumber protein dan fiber yang baik.
  • Ia adalah sumber utama makanan untuk haiwan tenusu jadi ia adalah satu bahagian penting dalam penghasilan susu, keju, aiskrim dan lain-lain produk tenusu.
  • Alfalfa digunakan oleh ibu menyusu sebagai “milk booster”.
  • Alfalfa juga digunakan untuk memperbaiki fungsi penghadaman
  • Alfalfa dipercayai mampu mengurangkan masalah keradangan
  • Merawat masalah tekanan darah tinggi
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Mengawal paras kolesterol
  • Digunakan sebagai diuretics
  • Kandungan klorofil yang tinggi di dalam alfalfa dipercayai mampu untuk membersihkan, menyembuhkan serta mendetoksifikasi tubuh manusia dari toksin dan penyakit.

Alfalfa, wanita dan penyusuan

Wanita menggunakan Alfalfa secara menyeluruh sejak zaman dahulu lagi untuk kesihatan mereka. Ia juga diambil oleh wanita yang menyusukan bayi sejak berkurun yang lampau bagi menambah produksi susu badan. Alfalfa adalah sangat bernutrisi tinggi apabila diambil secara sederhana

Bagaimana alfalfa diambil?

Alfalfa boleh didapati dalam bentuk makanan (salad atau ulaman), bentuk teh (minuman) serta telah diproses menjadi kapsul yang lebih mudah untuk diambil.

Alfalfa Shaklee

Shaklee salah sebuah syarikat pengeluar makanan kesihatan terbesar di dunia yang telah beroperasi lebih 50tahun serta telah menjalankan pelbagai ‘clinical test’ ke atas setiap produk mereka dengan teliti dan melibatkan ramai saintis/pakar. Shaklee juga telah mengeluarkan produk kesihatan berasaskan alfalfa yang sangat berkualiti tinggi. Shaklee menggunakan alfalfa yang ditanam secara organik dan matang (mengambil masa selama lebih kurang 2tahun) sebelum ia dituai dan diproses ke dalam bentuk kapsul. Tujuannya adalah alfalfa yang digunakan Shaklee adalah alfalfa yang betul-betul matang serta sangat kaya dengan nutriens (kerana akar pokok alfalfa telah tumbuh jauh ke dasar bumi serta menyerap lebih banyak nutriens/garam galian) & tinggi kandungan klorofil. Shaklee hanya menggunakan bahagian daun alfalfa sahaja.

alfafa-complex-s

Sumber: Breastfeeding.about.com

Ingin mendapatkan Alfalfa Complex secara online daripada pihak Shaklee menggunakan debit atau kredit kad sila klik gambar dibawah ini ya…

BuyNowfaizah-vert

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone/Whatsapp/Telegram: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Tips mengatasi masalah jaundis/kuning untuk bayi baru lahir

Bismillah wal hamdulillah…

Jaundis ni sebenarnya common terjadi kepada bayi baru lahir… lebih kurang 90% bayi yg baru lahir akan mengalami jaundis tetapi jaundis ni normally akan berkurangan dan mula menunjukkan tanda-tanda berkurangan apabila usia bayi semakin meningkat dan lebih kurang usia 1-2minggu insya allah jaundis akan hilang… bagi kes jaundis melebihi 2minggu, ia dianggap sebagai ‘prolonged jaundice’.

Apa itu jaundis/kuning?

Menurut seorang seorang pakar kanak-kanak di Kajang Plaza Medical Center (KPMC) & Pakar Kanak-Kanak di Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Saiful di Sg. Chua Kajang iaitu Dr. Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMED (Paed) UKM.

Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:

  1. Jaundis fisiologikal – Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.
  2. Jaundis patologikal- Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice) – Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis

Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Tips mengelak terkena jaundis/kuning bayi baru lahir

Sebenarnya secara jujurnya saya kurang percaya dengan petua-petua memberi bayi minum susu kambing, anggur hitam la etc… memberi makan/minum selain susu ibu diawal kelahiran boleh memudaratkan. Sekiranya petua secara mandikan bayi dengan air daun kucai atau apa-apa air boleh dicuba sebab ia tak melibatkan bayi perlu makan/minum. Tapi hati-hati kepada bayi yang mengalami kekurangan enzim G6PD… Mereka alah kepada sesetengah bahan/makanan. 2orang anak perempuan saya (aisya & amira) mengalami masalah jaundis yg agak tinggi sehingga perlu warded untuk rawatan fototerapi.

Jadi saya ada melakukan beberapa pembacaan dan tanya orang-orang yg lebih berpengalaman. Ada yang cakap faktor jenis kumpulan darah jika O memang tak dapat elak masalah jaundis. Saya agak kecewa di situ sebab saya memang memiliki kumpulan darah jenis O namun saya tak putus asa… saya cuba je la kan selebihnya saya berdoa dan tawakkal je la kepada ALLAH SWT… Apa yang saya amalkan:

1)  Jaga pemakanan sejak dari awal kehamilan 

Tidak boleh nak ikut sangat anak tekak, nak makan fast-food je sokmo, nak makan makanan dalam tin/processed food, jeruk meruk semua tuh kalau boleh tak payah la makan sangat… saya dulu makanan-makanan ni jadi makanan ruji… menyesal tak sudah anak kena jaundis tinggi siap prolonged lagi…salah ummi T_T. Kalau mampu masak, masak je elakkan atau kurangkan makanan luar… fresh, sihat, halal semua lah kita boleh make sure… kalau teringin tuh boleh la sekali-sekala diamalkan… tapi KALAU BOLEH elakkan 🙂 saya ada 2-3kali jugak jamah sebab memang setiap kali pregnant menda2 merepek la yg teringin sangat… tapi bila teringat anak memang tahan je la teringin tuh dari dok makan selalu

2) Amalkan makanan berkhasiat, ambil supplements bersifat organik/natural

Ramai rasanya yang dah alert mengenai kepentingan makanan berkhasiat bila mengandung… sebab ia mempengaruhi perkembangan janin… Tapi jangan pula makan melantak makanan yang tinggi kolesterol, lemak dan manis… nak makan buah-buahan dan sayuran banyak2 dibenarkan… Istilah makan untuk 2orang adalah tidak benar ya… bukan makan untuk 2orang tapi make sure nutrients dan zat cukup untuk ibu mengandung.

Makanan yang diambil setiap hari mestilah dipastikan cukup dari segi karbohidrat, protein, vitamin-vitamin dan sebagainya. Sekiranya para ibu mengalami masalah alahan diawal kehamilan & tidak dapat makan dengan baik, di sinilah peranan supplements. Tapi… ada tapi jugak pastikan supplements yg diambil merupakan supplements yg diluluskan KKM, halal dan semulajadi. Bukan supplements sintetik ye… apa beza vitamin semulajadi dan sintetik?? Ok boleh baca SINI

Insya ALLAH supplements khas untuk ibu mengandung semulajadi dan selamat 🙂 Saya amalkan supplements ini sepanjang mengandungkan ammar…alhamdulillah ammar lahir dengan sihat dan dia hampir tiada jaundis. Berbeza keadaan dengan kakak-kakaknya yg alami jaundis sehingga kena rawatan fototerapi

 

 

3) Amalkan pemakanan sunnah

Seperti yang kita tahu, pemakanan sunnah adalah sangat baik serta BERKAT… makanan-makanan sunnah ni adalah makanan yg diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan secara keseluruhannya.

Saya amalkan minum susu kambing segar (bukan yg diproses jadi serbuk/tepung ye) hampir setiap hari. Tak boleh nak minum hari-hari sebab kekurangan bajet… hehe… tapi alhamdulillah dapat juga amalkan sampai bersalin. Saya minum bersama kurma. Kadang-kadang dengan madu. Setiap minggu saya beli bauh delima dari pasar tani… memang gemar sangat makan buah delima sepanjang pregnant ammar… alhamdulillah

4) Elakkan sebarang ubatan (drugs/chemicals) jika mampu

Jika para ibu mengalami masalah kesihatan ketika mengandung (demam, selesema, batuk, sakit kepala, pening etc) kalau mampu tahan je daripada makan ubat, nak2 ubat tahan sakit… KALAU BOLEH… saya tak mahu la cakap TAK BOLEH makan… apa-apa pun dapatkan nasihat doktor… jangan pula beli ubat sendiri… elok jumpa doktor dahulu dan doktor selalu prescribe ubatan yg paling rendah dos untuk ibu mengandung dan insya allah selamat (kes tak boleh elak sakitnya ibu kan) tapi kalau sakitnya sedang2 dapat ditahan saya memang akan memilih untuk tahan atau cuba ‘natural remedy’ contohnya if batuk saya memang amalkan minum madu bersama perahan lemon. Jika selesema/demam saya amalkan vitamin c dan jus oren. Tingkatkan pengambilan vitamin C ketika keadaan badan dah mula rasa tak sihat… Jika mual-mual diawal kehamilan elakkan ambil ubat tahan muntah, minum air bancuhan madu+lemon… Insya ALLAH kurang sikit mual tuh… saya amalkan sekali dengan air kelapa…

5) Berdoa, bertawakkal dan berfikiran positif

Selepas dah berusaha dengan gigih kita haruslah menyandarkan segalanya kepada ALLAH SWT… Jangan berhenti berdoa dan bertawakkal kepadanya semoga anak yg dikandung sihat, sempurna bila dilahirkan… berfikiran positif dan tenang sentiasa ya… 🙂

Sumber: Dr. Saiful 

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH…

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

Phone: 019-5588082

YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Masalah kulit & kurang keyakinan diri?

Bismillah wal hamdulillah…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers & visitors…

Kulit wajah merupakan cerminan peribadi & keyakinan seseorang. Saya sendiri pernah mengalaminya semasa zaman remaja. Waktu itu saya berada di tahun akhir semester di pusat pengajian tinggi. Kulit wajah saya berjerawat, berminyak dan merah-merah. Saya sudah mencuba pelbagai produk pencuci muka moden dan tradisional tetapi tidak langsung memberi kesan positif. Keadaan akan menjadi semakin serius apabila datang bulan (mungkin masalah hormon tidak stabil)

Setelah tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan keadaan kulit muka saya masih tidak berubah. Keyakinan diri jadi kurang apabila terpaksa berinteraksi dengan ramai orang. Pernah seorang rakan sekerja bertanya “Faizah ada masalah apa-apa ka kulit jadi macam ni?” masa tuh hanya TUHAN sahaja yg tahu betapa sedihnya hati. Nampak saya ada masalah pula bila kulit muka berjerawat, berminyak dan merah-merah macam tuh

Setahun selepas berkerja saya mendirikan rumahtangga. 3bulan selepas berkahwin, saya disahkan mengandung dan pada mei 2010 saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Maka bermulalah kisah saya bersama SHAKLEE… Pada mulanya saya mula mengamalkan Shaklee utk set cadangan berpantang secara pembedahan dan set cadangan breastfeeding kerana saya masih gagal menyusukan anak sulung kerna kekurangan ilmu. ALHAMDULILLAH, set cadangan berpantang SHAKLEE banyak membantu saya dari segi memberi tenaga segera dan berpanjangan (baby jenis tidak tidur malam). Nanti saya kupaskan lagi mengenai SET CADANGAN BERPANTANG SHAKLEE… Apa yang lebih ketara adalah perubahan pada kulit saya terutamanya muka saya…

Jadi saya mendapat kesan 2in1 dengan SHAKLEE… kulit wajah saya tidak lagi berminyak, jerawat langsung tiada, kulit halus, stretchmark semakin pudar dan yang lagi bagus saya tak perlu memakai sebarang produk pencuci muka lagi… Apa yang saya amalkan adalah seperti berikut:

set cadangan kulit poster moldiv

testi set menyusu+set kecantikan kulit

Sebelah kiri wajah saya sewaktu ditahun akhir pengajian (2007) & sebelah kanan wajah saya pada tahun 2012 (ada 2orang anak dan masih setia dengan SHAKLEE)

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH…

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Pernah dengar/baca mengenai Shaklee?

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

shaklee logo cop SHAKLEE-id-962622