10 Tips Keibubapaan & Kebahagian Anak – Prof. Muhaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua

 Pagi ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua mengenai 10tips yang saya baca daripada satu blog iaitu blog ILUVISLAM mengenai 10tips asas dan mudah mengenai keibubapaan dan menjamin kebahagiaan anak-anak. Sebagai ibu ayah sudah tentu kita ingin menjadi ibu ayah yang terbaik buat anak-anak kita. Agar anak-anak kita dapat membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

image

1- Khas buat ibu ayah yang kerap berjauhan dengan anak, kerap tinggalkan anak dengan pengasuh atau taksa atas urusan pekerjaan, jika tiba-tiba teringat kat anak, baca surah al-fatihah, sampai ayat “Iyyakana’budu waiyyakanastai’in” yang membawa maksud “Hanya kepada MU kami sembah dan hanya kepadaMU kami mohon pertolongan”. Berdoa dan mohon hajat apa yang berkaitan dengan anak dan kemudian habiskan bacaan al-fatihah seperti biasa. Doakan anak kita beroleh kefahaman sebenar, beroleh ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan menjaga anak kepada ALLAH SWT.

2- Pandang wajah anak sewaktu dia tidur. Ucapkan bahawa “ummi nak (sebut nama anak) jadi anak yang soleh/solehah. Cuba amalkan seolah-olah kita sedang merangsang minda separuh sedar anak dan kita sedang berkomunikasi dengan rohnya. Dan ucapan yang baik-baik dari seorang ibu merupakan doa buat anak

3- Bangun solat malam, bersolatlah disebelah anak-anak. Ataupun anak-anak dekat dengan kita. Jika kita selalu buat dan kita bagitahu anak yang kita selalu doakan dia akan terbina satu ikatan kasih sayang yang akrab antara ibu dan anak. Walaupun anak kita masih kecil lama-kelamaan dia boleh faham yang kita selalu doakan dia, nak dia jadi anak yang baik dan soleh.

4- Minta dikasihani. Fahamkan anak-anak yang ibu ayah berada di dunia ni sudah tidak lama. Jika anak tidak menjadi anak yang soleh, anak yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik, anak yang tidak mahu solat, nanti ibu ayah meninggal ALLAH SWT akan marah.

5- Peluk dan ciumlah anak walaupun dia sudah besar kerana belaian dan sentuhan seorang ibu memberi impak positif kepada rohaninya. Pelakuan peluk cium itu melambangkan rasa kasih seorang ibu yang tidak berbelah bagi. Walaupun dia dah ada adik, dah besar ibu masih lagi sayang padanya seperti biasa

6- Maafkan anak walaupun dia kerap melukakan hati kita. Muhasabah diri semula, mungkin kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak adalah bayangan kesilapan dan dosa-dosa kita yang telah lalu. Muhasabah dan perbetulkan jika mampu.

7- Yang penting tutur kata kita. Jangan ucapkan perkataan yang tidak disukai anak ataupun membuatkan perasaan anak terluka. Jika terbuat silap, jangan segan silu untuk minta maaf kepada anak. Cerita dan terangkan kepada anak yang kita marah kerana sayang bukan benci.

8- Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40 supaya anak, keluarga serta zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendirikan solat. (Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga dengan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku! Perkenankanlah doa dan permintaaku)

9- Selalu berpesan dengan anak-anak untuk memiliki budi pekerti dan akhlak yang baik walau dengan siapa pun. Tidak guna belajar tinggi-tinggi, ada pangkat besar tetapi tidak tahu menghormati orang lain. Kita perlu jaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan juga hubungan kita dengan manusia.

10- Masa basuh beras, masa memasak makanan untuk anak-anak dan keluarga niatkan dalam hati “Ya ALLAH, KAU lembutkanlah hati anak-anak aku sepertimana ENGKAU lembutkan beras ini menjadi nasi. Jadikan anak-anak ku orang yang faham dan mengamalkan agamanya yakni Islam” Kenapa kita nak anak-anak kita faham agama? Jika agamanya A, agamanya baik insya allah kita tak perlu risau banyak perkara. Dia boleh menjaga diri sendiri. Basuh beras arah lawan jam (pusing tangan dalam basuhan beras) seperti orang sedang bertawaf sambil berselawat ke atas Nabi

  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s