Set Cadangan Penyusuan Shaklee & testimoni

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai 1perkongsian daripada rakan sekolah saya dahulu yang dipertemukan oleh ALLAH SWT kerana ingin berkongsi kebaikkan ‘supplements’ yang dicintai rakyat Malaysia kini iaitu Shaklee… Saya rasa sangat teruja jika dapat membantu sedikit sebanyak ibu-ibu yang menyusukan anak kerana saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Boleh dikatakan saya sangat memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu terutamanya bagi bayi yang berusia bawah 6bulan kerana sistem penghadaman mereka masih lagi belum matang. Apa yang sesuai untuk masuk ke dalam perut mereka pada ketika itu hanyalah susu ibu. Struktur susu ibu yang tersangat halus (tiada tandingan dengan susu haiwan mahupun apa jenis susu lain) sangat lembut dan ‘ngam’ dengan keadaan usus bayi ketika itu.

Menyedari hakikat kepentingan susu ibu kepada bayi dan banyak manfaat yang diperolehi jika menyusu hanya dengan susu ibu selama 2tahun usia anak kita, ramai ibu-ibu yang gigih berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Perkara baik mesti ada cabaran dan dugaan yang mesti ditempuhi oleh semua ibu. Tidak terkecuali termasuklah masalah ‘production’ susu yang merudum (terutamanya diwaktu datang bulan, tekanan ditempat kerja dan sebagainya) mempengaruhi pengeluaran susu ibu, badan ibu yang keletihan, kerap jatuh sakit, tubuh badan yang lesu akibat tidak sempat makan sepanjang hari (tuntutan kerja dan kesibukkan di tempat kerja) dan sebagainya. Sepanjang pengalaman saya menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu (lebih kurang 5tahun dan sekarang tengah menyusukan anak yang ke-3) saya dapati ‘supplements’ Shaklee merupakan makanan tambahan yang terbaik untuk ibu-ibu menyusu yang menghadapi masalah-masalah seperti yang saya nyatakan tadi. Tetapi dengan syarat, ibu-ibu menyusu faham dengan sefaham-fahamnya KONSEP ASAS menyusu ataupun meng’konsisten’kan pengeluaran susu ibu iaitu 1) ‘supple’ vs ‘demand’. Jika ada permintaan, pengeluaran juga mesti ada. 2) Mengambil air yang mencukupi (fluid intake) 3) Mesti positif dan yakin dengan rezeki yang ALLAH SWT berikan untuk setiap anak. Tiga perkara ini merupakan KONSEP ASAS untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

Bagaimana Shaklee boleh membantu ibu-ibu menyusu? Shaklee bukanlah ubat tambah susu, bukanlah pil ajaib tiba-tiba susu mencurah-curah macam air pili ye ibu-ibu. Shaklee membantu dengan cara memberikan sumber nutriens asas kepada tubuh badan ibu terutamanya bagi mereka yang tidak sempat makan makanan berkhasiat, tidak sempat mengamalkan diet seimbang. Hal ini menyebabkan tubuh badan menjadi lesu dan tidak bermaya. Apabila badan tidak cukup nutrisi ibu-ibu mudah jatuh sakit, letih dan tertekan. Ketiga-tiga faktor ini menjadi penyumbang kepada masalah pengeluaran susu ibu menjadi tidak lancar. Tiga KONSEP ASAS tadi ibarat TIANG rumah jika tiang tiada, maka bagaimana rumah boleh berdiri kukuh? Shaklee pula ibarat hiasan dalam rumah, ia boleh mencantikkan rumah dan membuatkan penghuninya selesa tinggal dalam rumah tersebut. Boleh faham tak analogi saya ini? 🙂

Jadi ‘supplements’ Shaklee membantu dari segi itu… Membantu tubuh badan ibu-ibu untuk kekal cergas, cukup nutrisi, kuat sistem imunisasi bagi melancarikan pengeluaran susu ibu. Saya juga seorang ibu jadi saya faham bagaimana tugas seorang ibu yang tidak pernah habis dan menuntut komitmen yang tinggi sama ada dari segi tenaga, kudrat dan mental. Jadi ibu-ibu mesti perlu kekal sihat dan bertenaga untuk menguruskan rumah tangga disamping dapat menyusukan dengan susu ibu. Badan letih bukan lagi alasan untuk tidak menyusukan!

testi bf and lost weight

testi bf

testi set basic bf combine

testi set basic bf

testi set menyusu+set pregnancy+set berpantang shaklee

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s