5 Langkah Mengatasi PMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca terutamanya kaum wanita mengenai PMS. PMS atau pun ‘pre-menstrual syndrome’ yang dideritai oleh hampir 75% wanita di dunia ini dengan tanda-tanda seperti sakit kepala, emosi tidak stabil, kembing perut, kekejangan dan beberapa simptom lain. Kadang-kadang masalah ini mengganggu aktiviti harian kebanyakkan wanita dan mereka tidak dapat fokus kepada kerjaya, pasangan dan keluarga.

Apakah punca terjadinya PMS?

PMS sebenarnya terjadi akibat ketidakstabilan hormon antara hormon estrogen dan progesteron. Sama ada hormon estrogen berlebihan atau kekurangan begitu juga dengan hormon progesteron sama ada kekurangan atau berlebihan. Kenapa pula hormon ini menjadi tidak stabil?

Antara beberapa faktor telah dikenalpasti akibat terjadinya ketidakstabilan hormon ini adalah kerana kandungan gula yang tinggi di dalam darah, diet yang tidak seimbang dan tidak sihat seperti pengambilan kafein dan alkohol secara berlebihan, hormon yang terdapat di dalam produk tenusu dan daging (ayam dan lembu), hormon dan toksik yang terdapat pada racun serangga pada sayur-sayuran yang kita beli. Haih…banyak betul zaman sekarang ni penyumbang kepada masalah kesihatan tanpa kita sedari.

Harus diingatkan masalah sembelit (kesukaran membuang air besar) jangan dipandang enteng! Hasil kajian juga membuktikan bahaya masalah sembelit dan ketidakseimbangan bakteria di dalam usus akan memburukkan lagi masalah ketidakstabilan hormon. Ini kerana najis yang tidak dapat dibuang dengan baik akan membuatkan bahan kumuh itu diserap semula ke dalam darah. Kejadian ini juga menjadi antara faktor kepada masalah hormon yang tidak stabil dan menyumbang kepada pelbagai lagi masalah kesihatan.

Badan juga memerlukan senaman dan gaya hidup aktif agar hormon di dalam tubuh kembali stabil seperti sedia kala. Beberapa kajian telah dilakukan bagi mengkaji beberapa langkah yang boleh diambil untuk menstabilkan kembali hormon. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan badan masing-masing. Kesan mungkin berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi tidak salah untuk mencuba:

Pemakanan seimbang dan sihat

  • Berhenti atau kurangkan makanan yang diproses, makanan segera, gula putih, serta gandum/beras yang telah diproses. Bertukar kepada beras perang atau gandum penuh.
  • Kurangkan kafein
  • Elakkan minuman beralkohol
  • Seimbangkan kandungan gula dalam darah dengan cara banyakkan makanan protein daripada karbohidrat dan lemak contohnya ‘protein shake’, telur, kekacang sebagai hidangan sarapan pagi anda
  • Makan secara sedikit dan kerap setiap hari. Jangan ‘skip’ makan anda
  • Jangan makan 3jam sebelum waktu tidur malam
  • Kurangkan pengambilan hasil tenusu terutamanya yang mempunyai kandungan gluten yang tinggi
  • Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian seperti sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang
  • Tingkatkan pengambilan sumber omega-3 seperti memakan ikan tinggi omega-3 seperti ikan sardin segar, ikan salmon, telur dan kacang walnuts
  • Makanan makanan organik dan elakkan makanan yang diproses melibatkan banyak bahan kimia seperti rancun serangga kerana ia membahayakan kesihatan kita

Ambil makanan tambahan

Beberapa jenis makanan tambahan dikatakan sangat membantu dalam proses menstabilkan hormon serta meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan. Antara ‘superstars’ yang penting adalah:

  • Magnesium citrate atau glycinate – ambil antara 400 – 600mg sehari
  • Kalsium citrate – ambil 600mg sehari
  • Vitamin B6 – ambil 50 – 100mg sepanjang hari bersama-sama folate 800mcg dan 1,000mcg vitamin B12
  • Evening primrose oil – ambil 2kapsul 500mg; 2kali sehari
  • EPA/DHA (omega-3 fats) – ambil 1,000mg sehari atau 2kali sehari
  • Multivitamin yang terbaik – pelbagai nutriens yang boleh berkerjasama menstabilkan hormon dan masalah kesihatan seseorang

Aktif!

Senaman adalah sangat penting untuk keseimbangan hormon. Lakukan 20-30minit untuk 1sesi, 4-5kali dalam seminggu!

Ketahui punca tekanan

Elakkan tekanan dengan cara mengenalpasti punca terjadinya tekanan. Pelajari teknik pernafasan yang baik bagi memberikan rasa ‘releks’ dan tenang. Boleh juga bercakap dengan rakan baik, keluar dan lupakan seketika masalah dan tekanan.

Cuba rawatan alternatif

Antara rawatan/terapi alternatif yang mungkin boleh anda cuba ada akupuntur ataupun rawatan homeopathy. Ada kajian klinikal membuktikan rawatan homeopathy mampu untuk mengatasi masalah PMS dikalangan wanita.

Tubuh badan kita tidak memerlukan bahan kimia dan dadah untuk bertahan hidup dengan sihat. Tumpu perhatian kepada beberapa kaedah ‘natural laws of biology’ untuk memperbaiki taraf kesihatan anda!

Credited: Dr. Mark Hyman

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Advertisements

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s