‘Supplements’ dan ‘Superfood’ PCOS!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Pernah dengar tak satu istilah yang dipanggil PCOS dikalangan wanita? PCOS atau dengan terma penuhnya “Polycystic Ovarian Syndrome” atau juga dikenali sebagai “‘Stein-Levanthal syndrome”. Dianggarkan 5-10peratus wanita yang berada di dalam likungan umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan di mana terdapat hormon lelaki yang berlebihan dan insulin di dalam pengidap PCOS. Ia disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur yang disebabkan oleh tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, metabolisma gula dan kolesterol yang terganggu.

Apakah gejala-gejala PCOS?

  • Kitaran haid yang tidak teratur. Jika haid datang kerap kali menjadi banyak dan berpanjangan
  • Kegemukkan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolesterol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki.

Bagaimana PCOS dikenalpasti/dianogsis?

Doktor akan mengesahkan pesakit menghidap PCOS apabila 2 daripada kriteria tersebut dibawah dipenuhi iaitu:

  • Kitaran haid tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang seperti berlebihan hormon lelaki dan/atau ujian klinikal menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Ujian scan/imbasan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovari’

Apakah ‘polycystic ovary’?

‘Polycyctic ovary’ dikenalpasti melalui ujian scan/imbasan pada pelvis pesakit dan didapati terdapat ‘cyst’ kecil-kecil pada bahagian ovari pesakit yang selalu terdapat dalam 12cyst atau lebih. Setiap satu cyst anggaran saiz diantara 2-8mm dibahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘String of pearls’. Cyst kecil ini dikatakan TIDAK akan membesar hingga menyebabkan pembedahan. Sebanyak 20% dikalangan wanita yang normal apabila dilakukan ujian imbasan pelvis menunjukkan terdapat ‘polycyctic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita sahaja dikalangan mereka yang menghidap PCOS.

Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan oleh masalah ovuasi dikalangan pesakit PCOS. Disebabkan pesakit PCOS mengalami masalah hormon tidak seimbang, ia menganggu proses kematangan dan perkembangan telur di kilang ovari. Hal ini menyebabkan ovulasi sukar berlaku dan kitaran haid terganggu. Disebabkan ovulasi yang sukar terjadi, peluang untuk hamil juga menjadi tipis.

Apakah risiko kesan jangka panjang pesakit PCOS?

  • 10-20% pesakit PCOS berisiko tinggi menghidap kencing manis terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis
  • Masalah kolesterol tinggi
  • Masalah tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Barah rahim terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur
  • Masalah tidur
  • Kemurungan

Apakah cara-cara untuk mengatasi masalah pesakit PCOS?

  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Amalkan gaya hidup sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat antara 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan positif dan penyakit PCOS semakin dapat diatasi
  • Pil perancang perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid
  • Ubat kencing manis. Contohnya metformin bagi pesakit yang mempunyai masalah hormon insulin insulin yang tinggi, berat badan berlebihan dan menghidap kencing manis
  • Ubat fertiliti untuk merangsang kesuburan/ovulasi.
  • Pembedahan ‘ovarian-drilling’.

Walaubagaimana PCOS juga dapat diatasi secara semuljadi dengan menjaga pemakan dan mengambil makanan dan diet seimbang serta sihat.

‘Supplements; dan ‘Superfood’ untuk PCOS

Antara makanan yang dianggap sebagai ‘superfood’ yang memberi banyak manfaat terutamanya kepada penghidap PCOS adalah seperti berikut:

Avocados

Walaupun avocados dikatakan mempunyai tahap lemak yang tinggi tetapi lemak yang terkandung dalam buah avocados adalah lemak baik dan mampu menjadi anti-keradangan secara semulajadi. Sifat anti-keradangan yang terdapat dalam avacados sangat sesuai untuk pesakit PCOS yang menghadapi masalah keradangan. Satu kajian telah membuktikan masalah keradangan ini akan menyebabkan dan merangsang masalah ‘ovary polycyctic’ dengan menghasilkan androgen. Masalah keradangan yang dihadapi pesakit PCOS meningkatkan hormon insulin dan ia menjadikan pesakit PCOS menjadi semakin kritikal. Antara kelebihan avocados yang lain adalah ia mampu menyerap nutriens yang berasaskan minyak/lemak dan nutriens karotanoid khususnya.

avos

Kekacang

Kekacang mempunyai indeks glisemik indeks yang rendah di mana ia ditukarkan kepada tenaga/gula dan dilepaskan secara perlaha-lahan ke dalam badan kita. Keadaan ini menyebabkan kekacang adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis dan pesakit PCOS yang menghadapi masalah dengan hormon insulin.

1kajian telah dilakukan ke atas 31orang wanita penghidap PCOS. Kumpulan wanita berkenaan dibahagikan kepada 2kumpulan. 1kumpulan diberikan kacang walnuts dan 1kumpulan lagi diberikan kacang badam (almonds). Mereka diarahkan untuk mengambil kekacang ini secara konsisten setiap hari selama 6minggu berturut-turut. Dan keputusan yang diperolehi sangat mengujakan!

Para pengkaji tersebut telah mendapat wanita yang mengambil kacang walnuts setiap hari secara konsisten “sex hormone-binding globulin” mereka menjadi meningkat. Ini adalah penting kerana SHBG berperanan menjadi pengikat dengan hormon testosterone dan menurunkan kadar hormon testosterone yang berlebihan. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan secara total simptom-simptom yang dialami oleh pesakit PCOS.

Manakala bagi kumpulan wanita yang mengambil kacang badam (almonds) secara konsisten setiap hari, para pengkaji ini mendapati memberi keseimbangan kepada hormon androgen dan testosterone dalam badan mereka.

Nuts

Kulit kayu manis

Kulit kayu manis bukan sahaja sangat penting digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan tetapi ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Satu kajian telah membuktikan kulit kayu manis mampu menurunkan paras glukos dalam darah kepada pesakit kencing manis jenis 2. Kulit kayu manis menstabilkan hormon insulin dalam badan penghidap kencing manis. Insulin sangat penting bagi ovari untuk menghasilkan hormon testosterone. Jadi pengambilan kulit kayu manis juga mampu mengawal paras hormon testosterone.

Satu kajian juga telah dijalankan ke atas 45orang wanita penghidap PCOS. Wanita ini diarahkan untuk mengambil kulit kayu manis secara konsisten setiap hari sebanyak 2kali. Dan didapati mereka boleh hamil secara semulajadi selepas beberapa ketika. Sebanyak manakah para penghidap PCOS boleh mengambil kulit kayu manis setiap hari? Secara purata mereka boleh mengambil sebanyak 3g kulit kayu manis setiap hari secara konsisten.

cinnamon

Cuka epal

Tiada kajian khusus telah dilakukan ke atas cuka epal terhadap penghidap PCOS tetapi kebolehan cuka epal mengawal insulin dalam badan adalah diakui. Cuka epal juga mampu mengawal paras gula dalam darah dan cuka epal boleh mengawal ‘carb cravings’.

apples-and-vinegar

Ikan salmon

Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang tinggi dengan vitamin D dan omega-3. Setiap 4oz ikan salmon membekalkan 127% vitamin D yang diperlukan oleh badan manusia. Kekurangan vitamin D dalam badan akan mengakibatkan:

  • masalah hormon insulin
  • kitaran haid tidak stabil
  • mengurangkan peluang untuk hamil secara semulajadi
  • obesiti
  • penyakit kardivaskular

Ikan salmon juga tinggi dengan omega-3. Omega-3 penting di dalam tubuh kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan penghidap PCOS.

salmon fish

‘Supplements’ untuk PCOS

pcos supplementsShaklee juga ada menyediakan beberapa ‘supplements’ untuk pesakit PCOS yang bersesuaian. Antaranya:

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

Harga runcit (inc 6% GST):RM144.16; 90biji

vita-e-complex

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

zinc-complex-nutrition

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

vivix-bottle

Tinggi dengan resvesterol

esp-soy-protein

Soy isoflavens dan mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai dengan penghidap PCOS dan kencing manis

gla-complex

EPO dan omega-6

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook

Sumber: DrNatashaNor, PCOSDietSupport

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s