5 Tips Menyusu dan PMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Beberapa hari sepi daripada sebarang entri di blog ini. Kekangan waktu dengan komitmen yang pelbagai hari ini dapat menulis kembali. Harap saya terus istiqomah untuk melakarkan 1entri sekurang-kurangnya setiap hari hehe πŸ˜€

Hari ini nak bercerita mengenai PMS dikalangan wanita. Memang tidak dapat dielakkan setiap bulan insya allah akan menghadapi PMS. PMS adalah ‘pre-menstrual syndrome’ merupakan sindrom biasa yang dialami wanita sebelum kedatangan haid setiap bulan. Ia melibatkan perubahan emosi, hormon, kesihatan dan sebagainya. Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan antara hormon estrogen dan progesteron. Antara simptom-simptom lain yang dihadapi adalah rasa letih, sakit perut, mual, muntah, sakit kepala, pening dan jika wanita itu menyusu proses penghasilan susu mungkin sedikit terganggu kerana fasa PMS ini.

Keadaan inilah yang membimbangkan para ibu yang menyusukan bayi mereka. Tetapi keadaan ini tidak berlarutan. PMS mungkin akan berlaku seminggu sebelum anda datang bulan dan mungkin akan berlarutan seminggu selepas anda datang bulan. Terpulang pada keadaan individu. Antara tips yang mungkin boleh dicuba adalah:

Ambil sumber kalsium

Semasa kedatangan haid badan akan kehilangan darah maka kalsium dan cecair dalam badan juga akn berkurangan. Kalsium tidak dihasilkan dengan sendirinya di dalam tubuh badan kita. Kita yang harus mencari dan membekalkan tubuh badan kita dengan kalsium yang secukupnya. Seiring dengan kadar penyusuan untuk anak anda dan juga penggunaan kalsium yang turut sama penting untuk kekuatan tulang

Kalsium juga merupakan komponen terbesar yang terkandung di dalam susu ibu. Jadi, disebabkan kalsium semakin berkurang kerana banyak darah yang keluar, maka kalsium yang sedia ada juga semakin berkurang bagi penghasilan susu ibu. Sebab itulah ibu-ibu akan perasan susu sedikit merudum ketika datang bulan.

Tapi ibu-ibu jangan risau. Apa yang penting, ibu perlulah dapatkan semula kalsium yang secukupnya bagi menggantikan semula kalsium yang telah hilang. Ini juga bagi melancarkan semula penghasilan susu ibu. Di sinilah pentingnya penjagaan pemakanan ibu-ibu demi melancarkan proses penyusuan buat si kecil. Pengambilan kalsium dari susu juga seharusnya tidak boleh dipandang remeh. Ibu yang menyusukan anak disarankan untuk mendapatkan bekalan kalsium sekurang-kurangnya 1000-1500 mg sehari. Boleh anda bayangkan bagaimana nak dapatkan 1000mg kalsium sehari? Segelas susu saja sehari belum tentu membekalkan 1000mg kalsium kan?

Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus!

Harga runcit RM64.66; 120biji

ESP

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee juga dapat membantu. ESP mengandungi kandungan kalsium yang tinggi dan mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan lama kerana indeks glisemiknya yang rendah. ESP juga berperanan sebagai ‘milk-booster’ dan boleh menstabilkan hormon.

esp-soy-protein

Harga runcit: RM159.00; 850gram

Tingkatkan ‘demand’ (menyusu dan memerah dengan lebih kerap)

Tingkatkan permintaan atau ‘demand’ dengan cara kerapkan jumlah sesi memerah susu dan menyusukan bayi anda. Jika bayi tidur, peram/pam susu agar payudara anda dapat dikosongkan. Dengan cara ini ‘supply’ atau pengeluaran dapat ditingkatkan kerana isyarat telah dihantar kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu kerana permintaan telah meningkat.

baby and pump

Tingkatkan pengambilan air/cecair dalam diet seharian

Minum air masak sekurang-kurangnya 2-3liter sehari. Disamping itu anda juga boleh menambah makanan bersup ke dalam diet seharian anda seperti sup ayam, sup sayur dan sebagainya.

Ambil ‘milk-booster’ anda!

Setiap orang memiliki ‘milk-booster’ yang tidak sama jadi tidak salah bagi anda untuk ‘try-and-error’ setiap ‘milk-booster’. Anda boleh mencuba halba (fenugreek) kerana halba terkenal dengan fungsinya yang boleh merangsang penghasilan susu ibu. Habbatussauda’ (jintan hitam atau dalam bahasa inggeris ‘black-seeds’) juga begitu disamping khasiatnya untuk kesihatan badan manusia, ia juga boleh menjadi penggalak susu ibu.

black-cumin-seeds_small fenugreek-seedsSemua tips yang diberikan ini merupakan ikhtiar yang boleh diusahakan. Sebaik-baiknya cuba untuk berfikiran positif dan jangan lupa berdoa kepada Yang Maha Berkuasa kerana DIA yang berkuasa memberikan rezeki πŸ™‚

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke β€˜group’ eksklusif tertutup di facebook.

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s