20 Tips keibubapaan muslim

image

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Saya nak kongsi bersama-sama pembaca semua mengenai tips asas dalam keibubapaan yang diajar oleh Islam dalam membesarkan anak-anak. Semoga saya dan semua ibu ayah diluar sana mengambil iktibar dan menjadikan ia sebagai panduan bersama.

Sabda Rasulullah SAW, “Berguraulah dengan anak kamu dikala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan jadi rapat. Lepas tujuh hingga 14tahun didik dan ajar anak kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul? Tapak kakinya… bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu sudah menjadi salah.

  1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah sangat digalakkan
  2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan IQ yang tinggi berbanding anak yang jarang sekali dipeluk)
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan menyebabkan anak anda lebih berkeyakinan dengan persekitarannya
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda buat kebaikan. Berikan hadiah, pujuan, ciuman ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan
  5. Janganlah mengharap anak anda yang belum matang akan melakukan kebaikan secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang belajar dan membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerjaya dan keluarga, pilihlah keluarga kerana anak-anak yang membesar akan terus membesar dan masa tidak akan dapat diulang lagi
  7. Dalam membesarkan anak-anak, jangalah kita sebagai ibu ayah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasa diri mereka adalah beban.
  8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu mungkin tidak dapat anda dengar lagi selepas ini. Tunggu giliran anda untuk bercakap ini mengajar anak anda untuk mengetahui giliran untuk bersuara
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukan
  10. Tunjukkan kepada anak anda cara untuk menenangkan diri supaya mereka akan menirunya
  11. Buatkan persediaan sedikit untuk anak anda untuk menyambut harijadinya. Sediakan hadiah harijadi yang unik walaupun murah. Memberi hadiah yang unik akan membuatkan anak anda belajar untuk menghargainya. Anak yang belajar menghargai akan mudah menghargai orang lain disekelilingnya
  12. Kemungkinan seorang anak tidak menerima pengajaran bukan kali pertama dia belajar. Dia memerlukan masa untuk terus belajar memahami pengajaran itu.
  13. Luangkan masa bersama anak anda apabila diluar rumah. Peganglah tangan anak anda jika berjalan bersama. Keadaan ini menunjukkan kita sangat menghargai mereka dan mereka penting dalam hidup kita suami isteri
  14. Dengarlah cerita mimpi ngeri mereka. Mimpi ngeri bagi anak-anak kecil adalah seolah-olah nyata dalam dunia mereka
  15. Hargailah barang kesayangan anak-anak anda. Mereka juga dalam fasa belajar menyayangi dan menghargai sesuatu. Elakkan membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran jika ingin berbuat demikian
  16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
  17. Terimalah keadaan kita bukanlah ibu bapa yang sempurna dan cuba memperbaiki kelemahan diri
  18. Jangan membawa bebanan kerja di pejabat ke rumah. Di rumah adalah masa sepenuhnya bersama keluarga dan anak-anak yang sedang membesar.
  19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
    20. Cara memukul anak dengan tujuan memberi pengajaran: Jangan pukul anak dari lutut ke atas. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak (nanti mereka semakin sukar ditegur dan menjadi degil). Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita nanti anak semakin degil dan sukar dikawal. Rotan/pukul ditelapak kakinya. Secara saintifik kaedah memukul ini ada kaitan dengan refleksologi dan ransangan ke otak anak.
Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s