13 kaedah menurunkan berat badan yang menyeronokkan!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

happy dieting

Apabila seseorang yang mempunyai masalah berlebihan berat badan seperti saya ingin membuat keputusan untuk menurunkan berat badan ia bukanlah 1keputusan yang mudah. Biasanya golongan ini merasa gusar, bimbang kerana terpaksa menyusun rutin jadual makan harian meraka, memikirkan kesengsaraan terpaksa berlapa, terpaksa melupakan semua makanan kegemaran yang biasa dinikmati saban hari.

Tetapi sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan! Proses mengurangkan berat badan sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan andai kita tahu cara dan teknik yang betul. Adalah perlu untuk menentukan teknik yang betul dan berkesan dalam jangka panjang dan yang penting tidak memberi kesan buruk pada kesihatan kita secara keseluruhannya malah memperbaiki lagi tahap kesihatan kita.

Kajian menunjukkan, bagaimana kita fikirkan tentang kebolehan kita untuk menurunkan berat badan sama ada berjaya ataupun tidak bergantung kepada keyakinan kita terhadap diri sendiri. Minda yang positif selalu mendorong kepada kejayaan pada masa akan datang. Jadi mulakan langkah ber’diet dengan cara yang betul dan menyeronokkan. Buang semua idea-idea lama dan lapuk mengenai cara menurunkan berat badan. Nikmati proses menurunkan berat badan anda bukanlah semata-mata untuk mencapai ‘taget’ sahaja.

Makan dengan lebih kerap

Menarik kan?cara nak diet adalah dengan makan lebih kerap bukan tahan perut jangan makan… hehe ๐Ÿ˜€ kajian menunjukkan jika anda menahan kelaparan anda, anda mungkin akan terlebih makan bila sampai waktu makan. Apabila anda menahan lapar dan perut anda kosong dalam 1jangka masa yang panjang, gula dalam darah anda akan menurun dengan mendadak menyebabkan mood anda merosot dan anda cenderung untuk makan apa sahaja makanan yang senang dan mudah anda dapati. Makan sikit demi sedikit dengan kadar yang kerap

Layankan selera anda

Jika anda seorang penggemar kek sibaldu merah bersama krim keju yang kuning dan lemak berkrim, jangan terus membuang makanan kegemaran anda terus dari kamus hidup! Hal ini akan menyebabkan mood anda merosot dan fokus anda untuk menurunkan berat badan mungkin terganggu. Anda cenderung untuk terfikir-fikir makanan yang anda suka makan sebelum ini dan jika anda gagal mengawal perasaan terlalu inginkan kek itu, MUNGKIN anda akan makan dengan kadar yang lebih banyak dari hari-hari yang anda ‘tahan’ diri anda untuk tidak langsung menjamah kek tersebut. Layankan selera anda! Makan setengah potong sebagai habuan merasa dan ia akan membuatkan anda rasa lega ๐Ÿ™‚

Behenti mencari teknik bersenam yang berkesan

Pilihlah kaedan senaman yang paling anda sukai dan anda rasa seronok melakukannya. Bukan pilih kaedah senaman yang orang lain suka. Siapa peduli berapa banyak kalori yang anda bakar jika bersenam begitu apa yang penting anda suka dan anda akan lakukannya setiap hari secara konsisten!

active mom2

Jatuh cinta dengan apa yang anda makan!

Nikmati makanan yang anda ambil. Makan secara perlahan-lahan kerana dengan cara makan perlahan-lahan memberi peluang kepada diri anda untuk berhenti sebelum terasa kenyang dengan mudah.

Dapatkan tidur yang cukup

Dapatkan purata tidur yang sihat sekitar 6-7jam sehari. Berjaga sehingga lewat malam meningkatkan potensi anda untuk makan secara berlebihan pada waktu yang tidak sesuai. Secara tidak langsung tidur juga boleh menyebabkan seseorang menjadi cantik!

Jangan lupa sarapan pagi!

Sarapan pagi merupakan permulaan bagi menjana metabolisma anda sepanjang hari. Selepas anda bangun dari tidur dan perut anda kosong lebih kurang 6-7jam, sarapan adalah makanan pertama yang penting untuk anda ambil. Kajian menunjukkan orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk makan dengan berlebihan pada waktu tengah hari. Jika anda kesuntukan masa, ambil sarapan yang ringkas tetapi sihat yang dapat menjana tenaga anda sepanjang hari.

breakfast

Ambil karbohidrat anda

Mengambil makanan berkarbohidrat secara sederhana setiap hari adalah lebih baik daripada anda makanan makanan segera, manisan atau makanan yang diproses dan mengandungi banyak bahan pengawet. Ambil karbohidrat dalam ‘portion’ yang sederhana disamping buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh diambil lebih banyak daripada karbohidrat. Jangan terlalu ‘melarang’ diri anda daripada menikmati makanan berkarbohidrat tetapi bersederhana saja ๐Ÿ™‚

healthy-carbs

Boleh makan di luar

Sekali-sekala berhiburlah bersama rakan dan orang tersayang dengan makan di luar. Pilihlah menu dengan jumlah kalori yang minuman serta sihat lagi mengenyangkan. Sekarang sudah banyak restoran yang menyediakan menu sihat seperti ikan salmon bakar, salad buah-buahan, ayam dan daging panggang serta banyak menu lagi yang kurang berminyak, kurang garam dan kurang gula. Anda boleh buat sedikit pencarian di ‘internet’ berkaitan restoran yang menyediakan makanan sihat.

friends-picnic

Nikmati makanan kegemaran anda!

Jika anda menikmati makanan yang anda tidak suka, anda akan dapati anda merasa tidak puas dan mula berfikir untuk mencari-cari makanan lain supaya anda merasa puas. Anda boleh mendapatkan jenis makanan mewah yang sihat tetapi sihat walaupun dengan kuantiti yang kecil. Contohnya daging lembu wagyu atau daging lembu matsusaka yang dijual ribuan ringgit tetapi sangat tinggi kualiti dagingnya. Sekali-sekala apa kata anda nikmati daging lembu yang sihat ini dengan cara masakan yang juga sihat. Daging lembu tinggi dengan sumber protein yang dapat membina otot anda.

Pendekkan masa setiap sesi senaman anda

Anda tidak perlu untuk menghabiskan masa selama 1jam untuk melakukan senaman. Cukuplah sekadar 10minit sahaja untuk 1sesi tetapi lakukan sebanyak beberapa kali dalam 1hari. Kaedah ini mengelakkan diri anda merasa bosan dengan senaman dan menyebabkan anda mungkin akan terasaย  malas untuk melakukan senaman pada keesokkan harinya. Bercakap diri anda yang anda akan hanya bersenam selama 10-15minit sahaja.

Keluar bersama rakan

Dapatkan sokongan daripada rakan-rakan anda mengenai niat anda untuk mengubah cara hidup yang lebih sihat. Ajak rakan-rakan untuk masak masakan sihat bersama dan nikmatinya bersama. Sertai beberapa forum kesihatan dan cara-cara menurunkan berat badan yang lebih sihat.

friends-picnic

Shopping!

Buat sedikit persediaan yang menyeronokkan dengan cara membeli barang dan bahan masakan yang sihat seperti salad, oat, chia seeds dan pelbagai makanan tinggi fiber untuk dijadikan stok di dalam dapur anda. Anda juga boleh menyediakan pakaian bersenam yang lengkap bersama kasut sukan, ‘dumbell’ contohnya dan pelbagai alatan yang mungkin memberikan anda semangat baru untuk merubah gaya hidup anda!

Jangan ‘diet’!

Jangan terlalu fokus pada jumlah kalori yang perlu anda ambil setiap hari. Mengira jumlah kalori adalah sangat merimaskan. Fokus kepada cara dan jenis makanan yang lebih sihat. Rancang jenis makanan yang perlu anda ambil daripada sentiasa mengira jumlah kalori yang perlu anda ambil.

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s