Adakah ibu menyusu memerlukan vitamin/’supplements’/makanan tambahan?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua…

Entri ini merupakan perkongsian saya kepada beberapa pencarian & pembacaan saya mengenai “penyusuan susu ibu” serta pengalaman peribadi saya yang tidak seberapa ini dalam menyusukan 3orang permata hati dengan pelbagia ujian dan cabaran yang sudah menjadi sesuatu yang ‘wajib’ bagi ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Secara jujurnya saya merasakan keperluan mengambil vitamin/supplements/makanan tambahan ni merupakan bukan suatu keperluan asas kerana di negara miskin, negara yang mengalami masalah kebuluran pun ibu-ibu di sana mampu menyusukan bayi mereka. Tetapi kenapakah di Malaysia yang disifatkan sebagai salah sebuah negara maju yang cukup serba serbi makan, pakai dan sebagainya beranggapan vitamin dan makanan tambahan ini perlu untuk diambil terutamanya bagi ibu-ibu menyusu? Setelah diteliti pelbagai fakta, info dan maklumat yang akan saya kongsikan, anda sendiri yang akan buat keputusan sama ada anda perlukan makanan tambahan ataupun tidak 🙂

benefits bf

“If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers” By Kelly Bonyata, IBCLC; kellymom.com

“Jika kamu (ibu menyusu) mampu untuk makan dengan diet yang sempurna keseimbangannya, vitamin dan makanan tambahan adalah tidak diperlukan”

Ramai ibu-ibu yang menyusu lebih bimbang tentang ‘production’ susu mereka berbanding kualiti susu yang mereka hasilkan untuk anak-anak. Maksudnya apa yang dimakan oleh ibu-ibu (termasuk zat dan nutriens) akan memberi kesan secara tidak langsung kepada anak-anak yang disusukan. Jika kita tidak mampu mengambil makanan yang seimbang setiap hari contohnya setiap hari kita makan makanan segera, makanan yang diproses tanpa menitikberatkan makanan segar kerana kesibukkan dengan jadual dan tugasan harian. Terlupakah kita bayi/anak kita yang bergantung pada susu badan kita yang sedang membesar dengan pesat memerlukan susu yang tinggi kualitinya kerana apa yang ibu-ibu makan secara tidak langsung memberi kesan kepada susu badan yang dihasilkan. Jika ibu kerap jatuh sakit akibat daripada makanan yang kurang sihat produksi susu juga mungkin terjejas.

Menurut kellymom.com (breastfeeding & parenting specialist) – jika para ibu tidak mematuhi RI (recommended intake) dalam diet seharian tidaklah bermakna ibu itu sangat kekurangan zat. Jika ibu tersebut tidak dapat mengamalkan diet seimbang (seperti pengambilan vitamin B6, B12, iron dan sebagainya) ia mampu mengurangkan tahap nutriens di dalam susu badan bukan jumlah penghasilan susu badan. Solusi atau jalan penyelesaian terbaik untuk meningkatkan kualiti susu badan (akibat diet yang tidak seimbang) adalah dengan cara mengambil beberapa makanan tambahan.

Ibu menyusu perlulah mengambil jumlah kalori antara 2700cal setiap hari dengan pengambilan kalsium dan zinc yang optimum. Walaubagaimanapun ia tidak mempengaruhi kadar nutrien dalam susu badan cuma keperluan tubuh ibu yang menyusu juga perlu untuk diambil kira untuk lebih sihat, gigi dan tulang yang kuat dan bertenaga (Hamosh, 1991; Lawrence & Lawrence 2005).

Kepada ibu yg mengurangkan/terkurang calories dalam diet harian apa yg perlu dilakukan: 

  • Ibu yang hanya mendapat 2200 calories setiap hari perlu mengambil ‘extra’ kalsium, zinc, magnesium, thiamin (vitamin B1), vitamin B6 & vitamin E
  • Ibu yang mendapat 1,800 calories setiap hari perlu mengambil extra calcium, zinc, magnesium, thiamin, vitamin B6, vitamin E, folic acid, riboflavin (vitamin B2), phosphorus dan iron
  • Level vitamin B di dalam susu badan sgt berkait-rapat dgn pengambilan jumlah vitamin B yg mencukupi oleh ibu. Jadi ibu mestilah memastikan vitamin B yg diambil daripada diet seharian adalah mencukupi
  • Kalsium, magnesium, phosphorus, zinc, iron dan folic acid adalah sgt penting kepada keperluan tubuh badan seorang ibu. Ibu yg menyusu perlu memastikan tubuh badan mereka cukup nutriens agar mereka bertenaga dan dapat menyusukan bayi dengan sebaik mungkin. Jika ibu kerap merasa letih, kerap tidak sihat akibat demam, flu, batuk dan sebagainya sedikit sebanyak bakal menjejaskan production susu badan akibat ibu merasa stress dan terlalu penat.
  • Ibu yang tidak mengambil produk berasaskan haiwan (vegetarian mom) adalah berisiko kekurangan vitamin B12 dan sangat perlu untuk mengambil supplement vitamin B12.
  • Ibu yg tidak mendapat pendedahan kepada cahaya matahari yg mencukupi, perlukan supplements vitamin D yg mencukupi.
  • Ibu yg merokok adalah sgt berisiko kepada kekurangan nutriens terutamanya iodine

Infos mengenai vitamin/zat/nutriens kepada ibu menyusu:

  • Kebanyakkan mineral supplements (contoh: iron, kalsium, copper, zinc) yg diambil oleh ibu menyusu tidak akan memberi kesan kepada level production susu badan anda tetapi mineral supplements ini memberi kesan kepada kualiti kesihatan anda secara keseluruhannya. Ibu yang sihat mesti ceria dan boleh meningkatkan production insya allah maintain dan bertambah secara tidak langsung.
  • Vitamin yg bersifat “water solube” (contoh: vitamin B, vitamin C) yg diambil oleh ibu secara amnya mampu meningkatkan production susu badan dengan syarat ibu juga memastikan pengambilan air yg mencukupi agar vitamin yg diambil dapat menyerap dan berfungsi dengan baik.
  • Vitamin bersifat “fat soluble” (vitamin A & E) yg diambil oleh ibu boleh memberi kesan kepada susu badan dan jika berlebihan boleh membahayakan bayi yg disusukan. Jadi perlulah diambil dlm kuantiti yg kecil atau perlu mendapatkan nasihat daripada doktor dan pharmacist
  • Sesetengah jenis herba jg boleh dan sgt baik utk ibu menyusukan seperti alfalfa, fenugreek, black seeds dan sebagainya. Sesetgh herba boleh memberi kesan kepada production susu badan atau bersifat “panas” yg boleh menyebabkan bayi sakit perut, kembung dan cirit-birit contohnya oregano dan peppermint – boleh menyebabkan production drop sikit. Tapi sy ada ambil peppermint seminggu sekali alhamdulillah setakat ini tiada kesan buruk pada produksi susu badan saya… peppermint adalah herba yag sangat baik dalam merawat masalah gastrik, pedih ulu hati, perut sebu  dan sebagainya

PERINGATAN!

Haruslah diingatkan kepada semua vitamin/supplements/makanan tambahan semata-mata TIDAK MENJAMIN penghasilan susu yang banyak selagi anda tidak mengamalkan apa yang lebih UTAMA dalam penyusuan iaitu:

pumping

  • Permintaan & penghasilan (supply vs demand) adalah konsep asas penyusuan. Jika tiada permintaan maka penghasilan juga akan berkurangan. Penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada setinggi mana permintaan. Jadi anda haruslah meningkatkan kekerapan mengosongkan payudara dengan cara menyusukan bayi sekerapnya serta memerah susu badan andai bayi anda tidur atau sudah tidak mahu menyusu. Jangan biarkan payudara anda membengkak akibat daripada susu yang tidak dikosongkan daripada payudara kerana jika hal ini kerap terjadi penghasilan susu anda mungkin akan berkurangan pada masa akan datang (hantar signal pada otak sama ada susu yang diperlukan lebih atau sedikit)
  • Minum air kosong (kalau boleh air suam) sekurang-kurangnya 2-3L sehari tidak boleh kurang. Minum secara sedikit demi sedikit tetapi kerap.
  • Berfikiran positif dan elak stress. Yakin dengan seyakin-yakinnya susu badan anda cukup untuk menampung keperluan bayi anda
  • Berdoa dan mintalah kepada Yang Maha Esa kerana DIA lah yang menentukan rezeki kepada kita.

Set Cadangan Penyusuan Sihat Shaklee

set cadangan menyusu complete

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s