Rawatan minyak panas rambut (hot oil treatment) & set cadangan kecantikan rambut

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai RAWATAN MINYAK PANAS atau ‘hot oil treatment’ yg saya buat dan gunakan untuk masalah keguguran rambut yang agak kronik sejak 5tahun yang lalu. Sebenarnya ‘hot oil treatment’ tidak khusus hanya kepada masalah keguguran rambut sahaja. Ia boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai rambut… hehe 😀 yang tak ada rambut saya tak pasti pula ye… sila jangan tanya… rasanya boleh untuk menyuburkan kulit kepala… BERSINAR gitu…

RAWATAN MINYAK PANAS ni bergantung kepada masalah yang anda hadapi disesuaikan dengan bahan-bahan yg berbeza mengikut masalah yang dihadapi.

Apa itu kaedah rawatan minyak panas (hot oil treatment)?

Secara umumnya rawatan minyak panas dilakukan untuk merawat pelbagai masalah rambut dan ia juga digunakan sebelum rambut dicuci menggunakan shampoo (yang mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan rambut) jadi rawatan minyak panas ini mampu melindungi rambut. Selain itu apa yang menariknya dengan rawatan minyak panas ini ia menggunakan bahan-bahan semulajadi dan diadun semula dengan menggunakan teknik pemanasan agar khasiat dari pelbagai bahan semulajadi itu dapat diadun-sebati menjadi ramuan yang hebat untuk rambut anda~!

Pemilihan jenis minyak bersesuai dengan masalah/jenis rambut
  • Jojoba oil – Pilihan yg terbaik bg mereka yg mengalami masalah rambut berminyak. Jojoba oil akan membuatkan rambut anda lembut, ringan tetapi ia tidak kelihatan berminyak
  • Coconut oil – Sangat sesuai untuk semua jenis rambut. Boleh membuatkan rambut menjadi lembut dan bersinar. Minyak kelapa dara adalah bonus untuk menghilangkan masalah kelemumur. (saya guna sebab sesuai utk semua jenis rambut & sy ada masalah kelemumur yg boleh tahan banyak)
  • Castor oil – Castor oil memiliki 1elemen “mengeringkan” jadi ia sesuai untuk masalah rambut berminyak. Tetapi castor oil juga adalah minyak yg paling sesuai untuk memberikan kekuatan kepada rambut terutamanya kepada mereka yg mengalami masalah rambut gugur dan mudah putus. (rambut sy jenis kering dan frizzy… pada masa yg sama mengalami masalah keguguran rambut jadi sy berkira2 nk guna castor oil yg ada elemen “mengeringkan” walaupun castor oil mampu menguatkan rambut… )
  • Sesame oil – Boleh digunakan sebagai perapi rambut utk rambut kelihatan bersinar. Ia juga sesuai digunakan oleh semua jenis rambut tetapi sejarahnya minyak bijan ini digunakan untuk mengurangkan masalah rambut gugur & dengan jayanya mampu mengurangkan masalah rambut nipis.
  • Avocado oil – adalah sejenis minyak yg paling mampu memberikan kelembapan seimbang kepada rambut. Jadi avocado oil sgt sesuai bg mereka yg mengalami masalah rambut kering dan menggerebang! (sepatutnya nak guna tapi cari tak jumpa pulak)
  • Almond oil – sangat tinggi dgn kandungan vitamin E dan mengandungi asid lemak yg sihat serta kaya jg dgn kandungan vitamin D, B dan A. Minyak badam mampu memberikan kesihatan kepada folikel rambut untuk mengatasi masalah rambut gugur & akar rambut menjadi kuat. Ia juga boleh menggalakkan pertumbuhan rambut baru. (saya guna sebab ia sgt sinonim dgn masalah keguguran rambut)
  • Olive oil – olive oil senang didapati dah skrg contohnya macam skrg femes dah olive oil keluaran negara palestine yg katanya bermutu tinggi sebab berasal daripada pokok zaitun antara yg tertua di dunia dan terbaik dari bumi anbia’ seperti palestine. Salah satu kebaikkan minyak zaitun adalah ia mencegah hormon DTH (dihydrotestosterone) daripada dihasilkan oleh kulit kepala yg menjadi punca kepada masalah rambut seperti keguguran rambut, folikel rambut menjadi sempit yg mengelakkan rambut dari tumbuh dgn subur. Minyak zaitun tinggi dgn kadar antioksidan yg menghalang radikal bebas berada di atas kulit kepala agar kulit kepala menjadi subur dan sihat. Minyak zaitun jg merupakan antara agen antifungal yg baik dan boleh mencegah kelemumur, masalah kulit kepala akibat pertumbuhan kulat dan bakteria.

Herba yang sesuai untuk rambut

Parsley leaves – daun parsley kaya dgn bahan2 anti-inflammatory seperti leuteolin dan vitamin C yg mampu menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit kepala.
Peppermint leaves – dikenali sbg daun pudina. Daun pudina merupakan antiseptik yg baik untuk kulit kepala. Penggunaan yg kerap boleh menggalakkan pertumbuhan rambut.
Habatussauda’ – memiliki bahan2 anti-fungal yg mampu merawat kulit kepala yg dijangkiti fungal dan mengakibatkan rambut bermasalah dan gugur. Seperti yg kita tahu habatussaudau’ memiliki beberapa nutriens asas yg baik utk tubuh badan begitu jg dgn kesihatan rambut.
Untuk mencantikkan warna rambut – boleh gunakan teh hitam (black tea), serbuk kopi, rosemary, sage, kulit walnut tanah hitam (ground black walnut shells).
Untuk menguatkan rambut – chamomile, nettle, horsetail, arnica, burdock
Mencantikkan rambut – Rosemary, parsley, sage, nutmeg atau witch hazel
Melembabkan rambut – calendula, chamomile, catmint, kelopak mawar kering, atau daun lidah buaya
Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut – Peppermint (daun pudina), parsley, horsetail, sage, chamomile, halia dan kulit kayu manis.

Kaedah melakukan rawatan minyak panas

bahan2 hot oil treatment

Bahan-bahan DIY ‘hot oil treatment’

my version hot oil treatment

Setelah siap, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Boleh digunakan lagi untuk beberapa kali. Caranya adalah, panaskan semula minyak ini beberapa saat sebelum diletakkan pada rambut

Langkah pertama, saya ‘marinate’ minyak-minyak pilihan saya (minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak badam, bijam bijan) dengan hirisan bawang putih dan habbatussauda’ selama lebih kurang 48jam (2hari). Hari ke-3 saya mula panaskan minyak tersebut dengan beberapa herba seperti peppermint, parsley dan vitamin E Shaklee.

Kemudian, panaskan adunan tadi dengan kaedah ‘double boil’ dengan api yang sangat kecil sehingga bahan-bahan semua teradun dengan sempurna.

Kemudian, anda boleh la gunakan minyak panas ini dengan menyapu keseluruhan rambut sehingga ke kulit kepala. Pastikan betul-betul menyelaputi rambut anda hingga ke kulit kepala ye untuk kesan yang menyeluruh. Kemudian balut kepala dengan tuala panas (tuala yang diwapkan dengan wap panas). Pakai ‘shower cap’ untuk elak dari minyak terkena pada baju. Biarkan sekurang-kurangnya 30minit. Saya lakukan 1-2jam. Lagi bagus biarkan semalaman.

Gunakan pencuci rambut yang tiada bahan kimia

kemudian, saya cuci rambut menggunakan  “Revitalizing Shampoo Shaklee” bersama2 “Lightweight Conditioner”. Setelah selesai gunkan pula “Nourishing Scalp Treatment”. Baru terasa kulit kepala tersangatlah segar… hilang gatal2 n 1-2x penggunaan hot oil treatment sy boleh kata hampir 60% masalah keguguran rambut sy makin pulih! Baru 2x… kalu 10x?insya allah boleh cure dgn izin ALLAH SWT…

light-weight-conditioner

Harga runcit  = RM 70.23; 296ml Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

revitalizing-shampoo

Harga runcit = RM 70.23; 296ml Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

nourishing-scalp

Harga runcit = RM 99.38; 59ml Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Ini merupakan pengalaman peribadi saya… dan ia berkesan sangat dengan saya. Mungkin anda boleh mencuba 🙂

Cadangan ‘supplements’ Shaklee

Disamping kita mencuba pelbagai petua bagi mengatasi masalah rambut, pemakanan dan diet seharian juga memainkan peranan penting. Pastikan pemakanan yang diambil cukup nutrisi bagi memberi vitamin dan minerals secukupnya kepada rambut agar masalah seperti keguguran rambut, rambut kering dan beruban dapat di atasi.

Sebagai alternatif anda boleh mencuba vitamin Shaklee. Antara cadangan ‘supplements’ Shaklee untuk kesihatan rambut adalah:

zinc-complex-nutrition

Harga runcit = RM 35.78; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

esp-soy-protein

Harga runcit = RM 159.00; 850g Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi

Harga runcit = RM 94.08; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6

Harga runcit = RM 58.98; 120biji Untuk maklumat lanjut sms/whatsapp 019-5588082

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat 🙂

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s