Komposisi utama susu ibu…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Jom semak apakah komposisi utama susu ibu?

Air (Water)

Lemak (fat)

Kaya dengan DHA, AHA, EPA yang sangat penting dalam perkembangan sel-sel otak anak. Secara semulajadi, kandungan minerals termasuk lemak berubah-ubah mengikut umur bayi, keadaan bayi dan kesihatan bayi. Hampir semua bahan-bahan yang terkandung dalam susu ibu adalah bahan yg mudah diserap oleh tubuh bayi.

Protein

Di dalam susu ibu, terkandung protein yang dinamakan ‘whey’. Sejenis protein yang sangat lembut dan mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Susu ibu juga mengandungi ‘lactoferrin’ adalah baik untuk kesihatan usus bayi serta mengandungi lysozyme, bahan-bahan anti-mikrob. Susu ibu kaya dengan protein yang membantu perkembangan mental dan fizikal bayi serta beberapa bahan lain yang merangsang perkembangan bayi secara keseluruhannya.

Karbohidrat

  • tinggi dengan kandungan lactose yang sesuai untuk perkembangan bayi. Lactose merupakan sejenis gula baik
  • kaya juga dengan kandungan oligasakarida yang berfungsi menjaga usus kecil bayi

Anti-bodi

  • susu ibu sangat tinggi dengan sel darah putih hidup. Bayi mendapat bermillion sel darah putih hidup setiap kali dia menyusu dengan ibunya.
  • kaya dengan kandungan immunoglobulin (juga dikenali sebagai gamma globulin atau globulin imun) yang merupakan bahan yang berasal dari plasma darah manusia yang berfungsi melindungi penyakit dan mengandungi antibodi

Vitamin dan minerals

  • mengandungi vitamins dan minerals penting dan mudah diserab ke dalam tubuh bayi seperti zat besi, zink, kalsium
  • kandungan zat besi yang boleh diserab sehingga 75%
  • tinggi dengan kandungan selenium yang merupakan antioksidan

Enzim dan hormon

  • tinggi dengan enzim yang membantu penghadaman bayi seperti lipase dan amylase
  • tinggi dengan beberapa jenis hormon seperti tiroid, oxytocin dan kira-kira lebih 15jenis enzim dan hormon lain

Rasa yang enak

Rasa berubah-ubah mengikut makanan dan minuman yang dinikmati si ibu. Itu antara kelebihan bayi yang menyusu dengan susu ibu kerana boleh merasa pelbagai jenis rasa yang semulajadi.

Apa ada dalam susu ibu?

Apa ada dalam susu ibu? (klik untuk besarkan gambar)

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s