11 Tips memerah susu ibu…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Breast pump with bottles

Breast pump with bottles

Kali ini saya ingin kongsikan bersama semua pembaca terutamanya bagi ibu-ibu, bakal ibu, ayah-ayah, bakal ayah mengenai kemahiran memerah susu… kenapa sampai kena ada kemahiran? cuma ingin memerah susu sahaja 🙂 ada beberapa orang ibu muda mengadu kepada saya, kenapa setiap kali memerah susu, susu seolah-olah tidak cukup, keluar sikit, tiada LDR (let-down reflex) dan sebagainya. Bila kita berilmu, sesuatu itu insya allah dapat dilakukan dengan lebih efisen… 🙂

pumping_4

Memerah (mengepam) susu mengikut rutin kebiasaan anda

Tempat (port) mengepam/memerah susu mestilah tersedia dengan rapi seperti air minuman, alatan mengepam. Pastikan semuanya tersedia pada kedudukan yang sama setiap hari. Lakukan aktiviti memerah susu pada masa lebih kurang sama setiap hari. Contohnya jika anda biasa melakukan rutin memerah pada pukul 9pagi (sesi pertama), jadi pastikan esoknya dan hari-hari berikutnya sesi pertama adalah seawal jam 9pagi. Jika terlewat dalam 30minit boleh dimaafkan. Tetapi sebolehnya lakukan pada rutin yang sama setiap hari.

a) Latihan mengepam susu sewaktu berpantang bagi ibu berkerja

Rutin mengepam/memerah susu haruslah dilakukan seawal dalam pantang lagi terutamanya bagi ibu berkerja. Pengalaman peribadi saya, saya mulakan rutin mengepam sebulan selepas melahirkan (walaupun saya tidak berkerja) tetapi rutin memerah susu sangat penting bagi memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan lebih banyak susu. Antara sebab-sebab mengepam susu sewaktu berpantang adalah:

  • memerah susu kerana payudara yang membengkak
  • bekalan sementara – mungkin kita terpaksa keluar seketika atas urusan penting seperti pergi ke klinik pergi mengurut dan sebagainya jadi ibu perlu membuat bekalan EBM sementara
  • Stok EBM – penting bagi ibu berkerja untuk membuat stok EBM sebelum mula berkerja. Mula mengumpul stok sikit-sikit agar tidak terkejar-kejar apabila habis cuti bersalin nanti

Cara-cara memerah susu sewaktu dalam pantang adalah:

  • Tandem pumping – sebelah payudara menyusukan bayi dan sebelah lagi memerah/mengepam. Teknik ini juga bagus untuk menghasilkan susu yang banyak kerana mendapat rangsangan dari bayi serentak
  • Mengepam selepas menyusukan bayi – tujuan mengepam selepas menyusukan bayi adalah untuk mengosongkan payudara dan memberikan isyarat kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu

Tips: cuba latih memerah susu seperti rutin anda di tempat kerja agar mudah apabila anda masuk kerja nanti contohnya, anda akan memerah susu sesi pertama (seperti pukul 8pg), sesi kedua sewaktu ‘lunch hour’ (pukul 12.30tengah hari – 1 petang), sesi ketiga sebelum anda pulang ke rumah (pukul 5petang – 5.30petang). Jadi cuba latih untuk memerah susu pada waktu seperti itu agar anda dapat memberikan isyarat kepada badan untuk menghasilkan lebih susu pada waktu-waktu lebih kurang sama.

b) Jadual mengepam susu (terutamanya bagi ibu berkerja)

Contoh jadual pam susu. Sumber: duniasusuibu.com

Contoh jadual pam susu. Sumber: duniasusuibu.com

Mulakan sesi mengepam dengan urutan

Bermula dari bahagian ketiak, gunakan jari dari tangan yg bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara buat berulang-ulang kali. Buat urutan dari dada ke areola juga. Setelah itu lakukan urutan yg sama pada payudara yg di sebelah lagi. Jangan lupa memulakan sesi dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Minum air masak

Minumlah air masak beberapa gelas sebelum sesi memerah susu dan juga beberapa gelas selepas sesi.

Bawa bersama gambar/video anak anda

Sambil mengepam lihatlah gambar-gambar anak atau videonya anda juga boleh membawa baju atau selimut yg ada bau anak anda supaya anda dapat rasakan seperti dia berada dekat dengan anda seperti waktu menyusukannya. Anda juga boleh mengepam sambil menelefon pengasuh apa yg sedang anak anda lakukan waktu itu. Sepanjang mengepam, berzikirlah sebanyak mungkin contohnya zikir “YA MATIN”. Jika tiada video dan gambar anak gantikan dengan membaca Al-Quran agar fikiran kita tenang dan yakin dengan rezeki pemberian dariNYA (bagi ibu yang beragama Islam)

doa menyusudoa banyakkan susu

Minimumkan kesakitan/ketidakselesaan

Jika pam membuatkan puting anda merasa sakit, mulakan sesi mengepam dengan ‘level’ yang rendah dahulu (bagi pam elektrik) sebelum menambah ke level yang lebih kuat. Gunakan krim seperti BEPANTHEN jika anda merasa tidak selesa selepas memerah susu.

Memerah sekerap anak menyusu (2-3jam sekali)

Lakukan aktiviti memerah susu sekurang-kurangnya 2-3jam sekali kerana mirip waktu anda menyusu di rumah. Jika anda ingin menambah produksi susu, aktiviti memerah susu haruslah lebih kerap lagi kerana konsep penyusuan adalah berdasarkan ‘supply vs deman’ jika banyak permintaan maka banyaklah juga hasilnya. Jadi anda boleh tambah sesi mengepam kepada 1-2jam sekali.

Mulakan sesi memerah susu diawal pagi

Ini kerana waktu pagi (sama ada sebelum atau selepas subuh), payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam. Ini sangat membantu terutama untuk ibu yang sedang berusaha menambah stok susu. Jika anda tidak sempat memerah susu sebelum atau selepas waktu subuh, anda mestilah segera memerah susu setelah sampai ditempat kerja.

Jika hasil susu perahan tidak seperti hasil yang biasa diperolehi, periksa pam anda!

Periksa sama ada semua bahagian pam anda telah dipasang betul dan dalam keadaan baik. Perkara tersebut boleh menyebabkan ‘suction’ akan bermasalah dan susu tidak dapat dikeluarkan dengan lebih lancar menyebabkan payudara tidak dapat dikosongkan dengan betul.

Lakukan ‘tandem pumping’

Pamlah ketika anak sedang menyusu di sebelah. Anak anda merupakan penghantar/pencipta signal paling hebat pada otak melalui gaya hisapannya. Kebiasaannya ibu akan mudah merasa let down reflex apabila menyusukan anak berbanding sewaktu sisi mengepam susu. Ini membantu ibu mendapat susu sewaktu anak sedang menyusu melalui payudara sebelah lagi. Pastikan juga anak hanya minum dari sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu dan utk sesi penyusuan seterusnya beri anak payudara yang sebelah lagi.

‘Double pumping’ – ada sesetengah ibu menghasilkan lebih banyak susu dengan teknik ini!

Secara logic dan teorinya, sememangnya paras hormon prolaktin dalam darah akan meningkat apabila susu dikeluarkan serentak dari kedua-dua payudara. Terdapat banyak jenis pam payudara yg berkualiti dan mudah dikendalikan. Bagaimanapun untuk pengguna pam manual, anda boleh menggunakan 2 unit pam manual untuk melakukan double pumping.

Jika sesi memerah susu membuatkan anda tidak selesa atau menyakitkan, tukar jenis pam anda

Pemilihan pam amat penting. Sebaiknya pilihlah pam yang mepunyai gred horpital dan tidak menyakitkan. Terdapat banyak jenis pam yang berprestasi tinggi dengan harga mampu milik. Ini kerana, ‘suction’ yg baik, tidak menyakitkan membolehkan ibu mendapat keselesaan seterusnya susu yg dapat dipam juga lumayan hasilnya. Sebelum membeli pam, anda boleh meminta konsultasi daripada pakar laktasi atau membaca review daripada ibu-ibu yang berpengalaman menggunakan pam dari pelbagai jenama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s