Tips urutan untuk si manja…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca…

Bulan ini ramai ramai menyambut kehadiran cahaya mata baru. Tahniah buat ibu ayah! Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk permata hati kita. Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan anda boleh mengamalkan teknik urutan yang betul bagi membina kekuatan fizikal untuk menguatkan tulang, otot agar bayi anda lebih bertenaga dan dapat membina kekuatan fizikal secara semulajadi.

Menurut kajian, urutan kepada bayi boleh membina ikatan kasih sayang antara ibu ayah dan anak. Antara kelebihan urutan bayi yang lain adalah agar bayi anda mendapat tidur yang lebih baik, kelegaan daripada kembung perut, peningkatan kemahiran motor, meningkatkan perkembangan intelektual serta dapat meningkatkan sistem imun bayi itu sendiri.

Ini adalah penting bagi ibu dan ayah untuk mengetahui teknik urutan yang betul bagi manfaat yang maksimum kepada bayi anda (untuk mengelakkan kecederaan yang tidak disengajakan)

Bahan-bahan yang diperlukan

Sebelum memulakan urutan, beberapa perkakasan perlu disediakan seperti, losyen/minyak telon bayi, ‘warm towel’, selimut nipis, dan lampin pakai buang, cd muzik harmoni

Teknik urutan bayi

1- Dapatkan posisi yang sesuai dan selesa untuk anda dan bayi

  • Sebelum memulakan urutan pastikan mood bayi dalam keadaan baik, gembira dan bayi sudah kenyang (selesai sesi menyusu)
  • Anda dan bayi mestilah duduk di atas permukaan yang rata untuk keselesaan bayi anda
  • Sebaiknya lakukan teknik urutan ini selepas mandi
  • Adalah disyorkan urutan ini dimulakan dari bahagian depan bayi kemudian beralih ke bahagian belakang
  • Aktiviti ini merupakan aktiviti yang releks, tenang dan menyeronokkan. Pastikan anda dan bayi dalam keadaan selesa dan tenang. Pasang lagu dan irama yang harmoni bagi membangkitkan mood yang damai.

2- Mulakan sesi urutan dengan hubungan mata dan suara yang lembut

  • Apabila bayi dan anda berada dalam posisi yang selesa dan bersedia mulakan urutan dengan memandang wajah dan mata bayi anda.
  • Cuba bercakap-cakap dengan bayi anda dengan nada yang lembut seperti “Ammar… ummi tengah urut tangan kamu…” hehe… šŸ˜€ macam tuh la lebih kurang dialog yang boleh anda cakap dengan bayi anda. Anda juga boleh mewujudkan suasana yang lebih kreatif dengan cara bernyanyi-nyanyi dengan bayi anda.

3- Mulakan urutan tangan dan kaki

  • Urutan pada bayi mestilah padu tetapi lembut. Sedikit tekanan dan picitan mesra pada permukaan kulit bayi membuatkan bayi biasa dan selesa dengan sentuhan ibu dan ayahnya
  • Untuk anggota tangan dan kaki, urut dari atas ke bawah dengan lemah lembut beberapa kali

4- Urutan pada abdomen

  • urutan pada abdomen/perut bayi boleh melegakan ketidakselesaan perut bayi akibat kembung
  • Urutan bermula pada pinggul kanan, akan naik dan sekitar pusat, dan kemudian turun ke pinggul di kiri. Itulah aliran pencernaan semulajadi dalam badan bayi.

5- Urutan belakang badan bayi

  • Bentukkan kaki anda dalam bentuk V kemudian tiarapkan bayi
  • Anda boleh meletakkan jari-jari anda samaada pada kedua bahagian tulang belakang dan pergi naik turun dalam garisan yang lurus secara lembut dan berhati-hati

Urutan bayi (gambarajah)

urutan bayi_1urutan bayi_2urutan bayi_3urutan bayi_4urutan bayi_5urutan bayi_6

Credit: CafeMom.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s