Bagaimana diabetes semasa mengandung memberi kesan kepada bayi…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca…

Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai diabetes dan bagaimana diabetes dikalangan ibu mengandung boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Ibu mengandung yang mengidap penyakit kencing manis ini memerlukan penjagaan khusus dari segi kesihatan. Sebagai contoh, ibu mengandung haruslah teliti dalam mengawal paras gula di dalam darah dan juga mengambil ubat-ubatan tertentu bagi mengawal masalah diabetes ibu. Hal ini mestilah dibincangkan bersama doktor sebaik sahaja anda disahkan hamil.

Diabetes-and-Pregnancy

Persediaan awal sebelum mengandung

Jika anda merupakan pesakit kencing manis dan merancang untuk hamil sebaiknya bercakap dan berbincang hal ini dengan doktor pakar bagi memastikan keadaan anda stabil dan bersedia untuk hamil. Anda juga mestilah membuat persediaan berkenaan dengan beberapa risiko yang mungkin dihadapi. Antara risiko yang mungkin dihadapi ibu dan bayi adalah, bagi penghidap kencing manis jenis 1 dan 2, mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan bayi yang bersaiz besar daripada saiz normal yang boleh menyebabkan kelahiran secara normal menjadi sukar. Jadi kelahiran secara pembedahan mestilah dilakukan.

Kenapakah bayi pengidap kencing manis bersaiz besar? Ini kerana bayi menerima gula secara berlebihan melalui plasenta/uri semasa di dalam kandungan. Pankreas bayi juga terpaksa memproses kadar gula yang tinggi seterusnya menghasilkan lebih banyak insulin di dalam badan. Hal ini menyebabkan gula ditukarkan kepada lemak menyebabkan saiz bayi di dalam kandungan bertambah secara mendadak.

Ibu hamil yang menghidap kencing manis juga sangat berisiko dengan risiko keguguran kandungan.

Jika anda merupakan penghidap kencing manis jenis 1, anda berhadapan dengan risiko mata atau buah pinggan. Jika anda sudah menghadapi masalah mata dan buah pinggang sebelum mengandung keadaan mungkin akan menjadi bertambah serius. Bayi anda juga berhadapan dengan risiko tidak dapat membesar dengan sempurna yang menyebabkan kecacatan fizikal ataupun sistem saraf. Bayi juga berkemungkinan akan lahir tidak cukup bulan (pramatang), mengalami risiko sakit jantung, paru-paru bermasalah ataupun meninggal sejurus selepas dilahirkan.

Bayi yang dilahirkan oleh pengidap kencing manis berisiko dengan masalah obesiti apabila dewasa nanti.

How-Diabetes-during-Pregnancy-May-Affect-Baby

Ujian

Sebaiknya bagi pesakit diabetes yang hamil, perlu segera berjumpa doktor sebaik sahaja mengetahui mengenai kehamilan mereka. Beberapa ujian bakal dilakukan oleh doktor untuk mengenalpasti risiko dan tahap kencing manis yang dihadapi pesakit. Ujian darah yang dilakukan dinamakan ujian HbA1c di mana ujian tersebut dapat mengenalpasti tahap glukos di dalam darah pesakit. Jika tahap glukos berada pada tahap 6.5% di dalam darah, risiko untuk pesakit hamil tidaklah serius. Jadi tidak menjadi masalah untuk mereka hamil. Jika peratusan glukos lebih tinggi, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan ubatan tertentu sebelum hamil.

‘Gestational Diabetes’

Ibu hamil yang tidak menghidap kencing manis sebelum mengandung sebenarnya masih tetap berisiko untuk menghidap kencing manis sewaktu hamil. Ia mungkin berlaku pada fasa akhir kehamilan anda. Kencing manis berlaku dikalangan ibu hamil disebabkan oleh hormon dan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan oleh tubuh si ibu. Setelah si ibu melahirkan anak, keadaan akan pulih seperti sedia kala. Walau bagaimanapun ibu hamil yang berpengalaman menghidap kencing manis sewaktu hamil berkemungkinan besar akan menghidap kencing manis kembali apabila mengandung lagi ataupun dia terus menjadi penghidap kencing manis jenis 2.

Asid folik

Jika anda penghidap kencing manis sebelum hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan bersama beberapa vitamin prenatal yang lain. Ibu yang menghidap kencing manis perlu mengambil sekurang-kurangnya 5mg asid folik setiap hari berbanding 400mcg sahaja bagi wanita biasa.

Asid folik adalah penting diambil oleh wanita hamil kerana ia membantu mencegah kecacatan bayi secara keseluruhannya. Salah satu bentuk kecacatan yang mungkin berlaku akibat kekurangan asid folik adalah spina bifida

Credit: DiabeticPregnant

set cadangan kehamilan

Set cadangan kehamilan shaklee mengandungi segala vitamin dan nutriens lengkap untuk ibu mengandung termasuklah asid folik

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s