FAQ Menjayakan penyusuan susu ibu bagi bayi baru lahir…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Walaupun saya juga boleh dikategorikan sebagai ibu baru (walaupun dah 5tahun bergelar ibu kepada 3orang anak) tetapi ilmu mengenai ‘parenting’ masih perlu untuk terus dipelajari. Antaranya adalah ilmu penyusuan susu ibu. Acapkali saya ditanya oleh beberapa orang ibu muda yang bakal melahirkan anak, dalam pantang tentang beberapa perkara. Saya bukanlah pakar tetapi ada beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pertanyaan saya kepada pakar laktasi (melalui email, panggilan telefon).

Menjadi ibu buat pertama kali memang mendebarkan, terutamanya dalam hal menguruskan bayi baru lahir. Dengan keadaan diri dan suami yang ‘zero knowledge’ apatah lagi pengalaman memang memberikan tekanan. Walaupun ramai yang beranggapan untuk menjadi ibu dan ‘parents’ mencari ilmu keibubapaan sebagai 1perkara ‘natural’ tak perlu sampai menghadiri kelas, sesi kaunseling dan sebagai tapi bagi pandangan peribadi saya ia merupaka 1ilmu yang perlu dicari, pelajari dalam proses menjadi ibu dan ayah yang lebih baik.

Menyusukan bayi pertama kali selepas melahirkan tidaklah semudah yg disangka. Segalanya perlu dititikberatkan seperti cara memegang bayi bagi memastikan bayi anda menyusu dengan lekapan yang betul agar susu badan keluar dengan lancar & bayi dapat minum dengan mudah.

bf mom

bf mom

Berapa banyak susu diperlukan bayi baru lahir?

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus berapa banyakkan susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir, berikut merupakan beberapa anggaran kuantiti yang diperlukan bayi. Namun setiap bayi adalah berbeza jumlah susu yang diperlukan bergantung kepada berat bayi, tabiat penyusuan dan sebagainya.

saiz-perut-bayi-susuibu

Tanda-tanda bayi anda sudah kenyang

Jumlah atau kuantiti susu yang bayi anda minum sebenarnya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Walau bagaimanapun beberapa tanda (sudah puas menyusu/kenyang) dapat anda lihat setelah bayi anda selesai menyusu seperti:

  • melepaskan puting payudara ibu dengan sendiri
  • kelihatan mengantuk dan seperti pening-pening
  • kelihatan tenang dan melihat sekeliling tanpa melihat kepada ibunya

Keadaan seperti itu mungkin dapat disimpulkan bayi anda sudah puas menyusu.

Berapa lama tempoh setiap sesi penyusuan?

Berapa lama tempoh setiap sesi penyusuan juga merupakan sesuatu yang berbeza untuk setiap bayi. Beberapa faktor mungkin boleh diambil kira mempengaruhi tempoh setiap sesi penyusuan seperti posisi penyusuan, alira susu ibu dan cara lekapan. Antara faktor lain juga adalah seperti:

  • Bayi baru lahir mempunyai saiz perut yang kecil jadi mereka tidak dapat minum susu dalam jumlah yang banyak sekaligus. Jadi tempoh sesi penyusuan mungkin makan masa yang lama dan kerap. Setiap sesi mungkin makan masa selama 40minit hingga 1jam! Dan sesi seterusnya akan bermula dalam tempoh 1-2jam berikutnya. Setiap sesi menjadi lama kerana bayi baru lahir masih dalam fasa belajar untuk menghisap susu dari payudara ibu dengan baik dan juga aliran susu ibu mungkin sedikit perlahan pada awal kelahiran. Namun ia merupakan sesuatu yang normal.
  • Apabila keadaan sudah menjadi sedikit stabil dengan aliran susu yang semakin lancar, bayi sudah pandai menghisap susu dari payudara ibu, setiap sesi mungkin akan bertambah singkat. Mungkin setiap sesi hanya mengambil masa 15-20minit sahaja.
  • Secara purata bayi baru lahir memerlukan 10-12kali sesi penyusuan
  • Tempoh sesi penyusuan adalah bergantung kepada ‘demand’ bayi. Iaitu kehendaknya itu terus menghisap dari payudara ibu. Keadaan ini membantu melancarkan pengaliran susu ibu. Disamping itu membantu bayi untuk mendapat susu ‘hindmilk’ iaitu susu yang terhasil diakhir setiap tempoh penyusuan yang mengandungi lemak, protein dan kalori yang tinggi. ‘Hindmilk’ sangat penting kepada perkembangan mental dan fizikal bayi dan membuatkan bayi merasa kenyang dan ingin tidur setelah selesai sesi penyusuan. Hindmilk juga membantu agar berat bayi meningkat dengan normal.

Bila perlu menyusukan bayi anda?

Anda mungkin telah dapat menganggarkan bila bayi anda perlu untuk disusukan sama ada dalam tempoh 1-2jam. Tetapi ada beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk memastikan dengan tepat bayi anda sudah bersedia untuk menyusu atau dengan erti kata lain dia sudah mulai lapar iaitu:

  • bayi sudah mula menghisap jari
  • bayi menghisap bibirnya sendiri
  • mula membuka mulut dengan luas sambil tercari-cari payudara ibu
  • Menoleh ke kanan dan ke kiri

cuesPeka terhadap keperluan bayi untuk menyusu memberikan isyarat kepada badan supaya menghasilkan lebih banyak susu sesuai dengan permintaan bayi. Selain itu, jika bayi anda lambat disusukan kemungkinan bayi sudah merajuk dan agak sukar untuk melekap dengan betul kerana bayi anda mungkin sudah terlalu lapar. Bayi anda akan lebih sukar ditenangkan.

Petanda anda menyusukan bayi anda dengan betul

lacth

Terdapat beberapa tanda atau isyarat menunjukkan bayi anda mendapat cukup susu atau sebaliknya seperti:

  • Payudara akan menjadi semakin lembut semasa sesi penyusuan
  • Berat bayi meningkat dengan baik
  • Bayi anda perlu tukar diapers 6-7kali sehari akibat terlalu basah atau buang air besar
  • Gerakan usus bayi menjadi lancar, tidak sembelit, najis berwarna kekuningan dan lembut bukan gelab dan kasar

Sebaliknya jika berat bayi anda tidak meningkat dengan normal, atau dia kerap meragam mungkin kuantiti susu tidak berapa cukup. Jangan risau, teruskan menyusu dan ikut rentak bayi anda. Kerapkan sesi penyusuan atam memerah susu bagi memberi rangsangan pada payudara dan badan anda. Minum air kosong dengan mencukupi serta ambil makanan seimbang secara konsisten. Jika anda berhasrat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, elakkan memberi susu formula dari awal kelahirannya kerana susu formula akan menyebabkan ‘demand’ bayi kepada susu ibu berkurangan. Sedangkan susu ibu bergantung kepada ‘demand’ dan kehendak bayi. Jika tinggi ‘deman’ maka tinggilah pengeluaran atau ‘supply’ susu ibu. Begitulah sebaliknya 🙂 Happy breastfeeding mommies!!!

Credit: MomJunction

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s