5 Tips mengawal ‘food craving’ dikalangan ibu menyusu…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Hari ini saya nak kongsikan mengenai masalah ‘mengidam’ dikalangan ibu menyusu yang menyebabkan ibu menyusu teringin pada beberapa jenis makanan seolah-olah seperti ibu mengandung. Saya juga sejujurnya mengalami masalah ini. Walaubagaimanapun ketagihan makanan manis dan bergoreng dikalangan ibu-ibu menyusu dan mengandung adalah ‘common’ ataupun biasa.

Sebagai ibu menyusu, anda memerlukan ‘extra calories’ sebanyak 500kcal daripada kebiasaan dalam proses penghasilan susu badan. Disebabkan keperluan kalori yang lebih dan jadual harian yang padat bagi seorang ibu menyebabkan ibu itu merasa cepat lapar dan ‘mengidam’ pelbagai jenis makanan. Antara penyebab masalah ‘food cravings’ dikalangan ibu menyusu adalah

work.4921040.3.sticker375x360.super-tired-mom-v1

Kurang tidur

Kekurangan tidur kerana terpaksa berjaga menjaga/menyusukan anak kecil menyebabkan otak sukar membuat keputusan yang bijak. Ibu yang kekurangan tidur memerlukan pertolongan orang sekeliling dari segi sokongan dan dorongan. Ibu-ibu yang keletihan dengan aktiviti sebagai seorang ibu kepada bayi menyebabkan dia terdorong dengan menyukai makanan manis dan berlemak.

Keletihan

Keletihan dengan aktiviti harian yang padat sama ada ibu yang berkerjaya atau surirumah juga menjadi penyebab kepada ketagihan kepada makanan manis dan berlemak.

Tekanan/stress

Tekanan juga boleh menyebabkan penghasilan kortisol yang boleh merangsang selera makan ibu menyusu dan menyebabkan para ibu merasa ingin makan setiap masa. Makanan manis dan berlemak secara sementara boleh merendah rasa tekanan dan stress anda akibat keletihan melampau.

iStock_000021868623Small1-300x199

Cara mengawal masalah ‘food cravings’

Ibu menyusu semestinya sukar untuk mengawal selera makan mereka tetapi apa yang boleh dilakukan adalah dengan cara mengawal tabiat makan anda dengan cara mengambil makanan yang sihat dan seimbang

1- Ambil makanan yang manis dan berlemak/berminyak dalam kuantiti yang paling minima. Pilih untuk mengambil makanan manis yang lebih semulajadi seperti kurma, buah apricot, kismis dan buah-buahan. Ia bukan sahaja manis dan sedap secara semulajadi malah ia juga kaya dengan sumber vitamin dan minerals

2- Bagi tabiat gemarkan makanan bergoreng dan berminyak, tukar kaedah memasak dengan cara menggunakan minyak yang lebih sihat seperti minyak zaitun. Anda juga boleh menukar kaedah memasaka seperti kentang goreng, tukar kepada kentang bakar. Selain itu garam/perasa juga boleh ditukar dengan rempas ratus yang lebih bersifat semulajadi dalam menambah perisa ke dalam makanan anda.

3- Mengambil roti dan biskut wholegrain, pasta, oat dan makana tinggi serat boleh mengurangkan rasa keinginan terhadap makanan tinggi karbohidrat seperti nasi putih, mi dan sebagainya. Pilih makanan yang rendah gula dan lemak seperti susu rendah lemak, keju rendah lemak, jem tiada gula dan sebagainya. Jika berkesempatan pilih untuk membuat sendiri makanan di rumah agar dapat mengawal jumlah gula di dalam makanan yang kita masak.

4- Penuhkan stok makanan di dapur anda dengan makanan-makanan dan manisan semulajadi seperti pisang, epal, buah pear dan ‘berries’ yang manis tetapi berkhasiat. Contoh penyediaan, cincang/potong dadu pisang, campurkan bersama madu dan kekacang. Boleh dinikmati sewaktu anda terlalu inginkan manisan.

steel-cut-oats-3

5- Susu segar rendah lemak dan yogurt bukan sahaja lebih sihat dari makanan/manisan yang lain tetapi juga mengandungi kalsium yang tinggi bagi memenuhi keperluan kalsium di dalam badan anda setiap hari. Makan buah-buahan segar bersama yogurt adalah lebih baik daripada mengambil kek dan makanan pencuci mulut yang manis.

16988-fruit-dessert-cake-sweets-chocolates-12801024-no18-wallpaper

poster resepi cinch shake

Contoh resepi yang sedap…sesuai untuk ibu menyusu ataupun tidak 🙂

Credit: MomJunction

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s