Perkara yang boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu…

Bismillah wal hamdulillah…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca,

Hari ini saya ingin bercerita & mengulas sedikit mengenai antara penyebab kepada pengurangan pengeluaran susu ibu yang mungkin ibu-ibu semua tidak sedar. Mungkin selepas ini kita boleh mengatasi antara masalah penyumbang ini.

BFB-Sad-mom-baby_signsofdepressioninwomeninfo1

Keletihan

Menjadi ibu kadangkala memang memenatkan terutamanya bagi yang baru menjadi ibu. Pengalaman dan ilmu keibubapaan terutamanya berkenaan dengan penyusuan susu ibu sangat kurang menyebabkan ibu-ibu menjadi keletihan, tidak cukup tidur dan rehat. Hal ini boleh menyebabkan pengeluaran susu ibu sedikit terganggu. Jadi ibu-ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup.

Kesihatan Ibu

Ibu yang tidak sihat dan mengalami masalah infeksi boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ibu-ibu dinasihi supaya bertemu doktor untuk menganalisa sebarang masalah kesihatan yang dialami. Antara penyakit yang boleh menyebabkan masalah pengeluaran susu ibu adalah fungsi thyroid yang rendah dan anemia. Ada rawatan tertentu yang diberikan oleh doktor bagi ibu-ibu menyusukan yang mengalami penyakit-penyakit seperti ini.

Kafein

Soda, kopi, teh, coklat adalah minuman yang tiada masalah jika diambil dalam kuantiti yang sederhana. Tetapi jika minuman-minuman yang tinggi dengan kafein ini diambil secara berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi kepada badan si ibu yang menyusukan. Ibu yang menyusukan sangat memerlukan kuantiti air yang mencukupi dalam tubuh mereka agar proses pengeluaran susu menjadi lancar. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh mengganggu tidur bayi atau perut bayi menjadi tidak selesa.

Merokok

Merokok boleh mengganggu pengeluaran hormon oxytocin di dalam tubuh. Oxytocin adalah hormon yang merangsang LDR (let-down reflex). LDR (let-down reflex) ini merangsang pengeluaran susu dari payudara ibu. Jika susu tidak dirangsang untuk keluar, badan tidak akan memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

Alkohol

Alkohol antara salah satu lagi bahan yang menghalang LDR (let-down reflex) daripada berlaku. Alkohol juga boleh menyebabkan susu badan berubah rasa dan bayi menjadi tidak mahu menyusu. Apabila bayi menolak untuk menyusu, dengan sendirinya pengeluaran susu menjadi kurang.

Ubat-ubatan

Sesetengah ubatan yang dibeli difarmasi tanpa prescription doktor boleh mengganggu pengeluaran susu bagi ibu menyusu. Antihistamin, decongestants dan diuretics semua mempengaruhi pengeluaran susu anda. Maklumkan kepada doktor anda bahawa anda menyusukan anak sebelum dia atau dia memberikan ubatan.

Stress/tekanan

Tekanan secara psikologi boleh menghalang pengeluaran susu ibu. Antara masalah tekanan perasaan yang mungkin dialami oleh para ibu adalah masalah ditempat kerja, hubungan kekeluargaan, masalah kewangan dan sebaginya mungkin menjadi penyebab kepada masalah pengeluaran susu ibu.

Herba/rempah ratus

Sesetengah herba seperti sage, parsley, oregano, peppermint (pudina), yasmine dan yarrow mungkin memberi kesan negatif terhadap pengeluaran susu jika diambil secara berlebihan.

Perancang keluarga

Sesetengah pil perancang keluarga yang mempunyai hormon estrogen akan menyebabkan masalah kemeruduman susu ibu. Jadi berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang teknik/pil perancang keluarga.

Mengandung

Jika anda mengandung disaat masih menyusukan, berkemungkinan besar hormon kehamilan itu menyebabkan produksi susu merudum. Namun tidak mustahil bagi seseorang ibu itu untuk meneruskan penyusuan walaupun hamil anak seterusnya.

Diet

Diet dan pemakanan harian ibu adalah antara faktor penyumbang kepada produksi susu. Jadi ibu yang menyusukan sepatutnya mengamalkan diet seimbang, makan pada waktu yang betul dan jika ingin mengurang berat badan sila jangan amalkan ‘crash diet’. Hal ini boleh mempengaruhi emosi, keadaan fizikal anda, serta air dalam tubuh boleh berkurangan. Si ibu akan mengalami masalah dehidrasi seterusnya susu juga akan merudum dengan teruk. Sila bertemu pakar diet agar anda mendapat nasihat mengenai diet dan pemakanan anda.

baby and pump

Sumber: Breastfeeding.about.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s