moldiv_1453022941369.jpg

The best of vivix (testimoni terbaik vivix)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Salam isnin buat semua terutamanya buat mereka yang berkerja… kerja bersungguh-sungguh dan ikhlaskan niat berkerja untuk mencari redha ALLAH SWT serta mencari rezeki yang halal dan berkat buat keluarga tercinta🙂

Pagi ini saya terbaca mengenai 1testimonial yang cukup menyentuh hati mengenai vivix. Jadi saya rasa nak berkongsi dengan pembaca semua semoga beroleh manfaat daripadanya. Baca sampai habis tau! Rugi tak baca🙂

Kisahnya bermula begini…

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah…

Credited:
FB: Hawatif Ali
Pages: Duniaraha 011-32742845 Pengedar Shaklee Seremban

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service)

Permulaan 2016 Shaklee yang mengujakan!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Bulan pertama tahun 2016, Shaklee melancarkan promo yang rasanya sangat tepat pada masanya iaitu promo VIVIX 1produk yang juga dikenali sebagai ‘magic potion’ dengan pembeli 7botol VIVIX pada harga 6botol vivix. Maknanya anda beli 6botol VIVIX anda layak menerima 1botol VIVIX secara percuma dan 2botol vivix pula anda akan menikmati diskaun 5%! Menarik bukan?

Jadi sebagai permulaan tahun 2016 anda sudah boleh mula berjimat untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih optimum… Mungkin kadar anda jenguk ke klinik dan hospital pun akan berkurangan dan ini mengurangkan lagi kos perubatan!

Disamping promo ‘magic potion’ yang terbaik ini Shaklee juga masih meneruskan promo ‘Beli 3 dapat 4’ untuk Vitalea for Children dan promo terakhir untuk Zinc Complex kerana Shaklee bakal menghentikan pengeluaran Zinc bermula 29 Februari 2016 kerana untuk proses menambah-baik formula Zinc Complex yang sedia ada sekarang. Mungkin tahun hadapan pula Shaklee akan keluarkan semula Zinc Complex. Jadi bolehla buat stok kepada pengamal Zinc Complex sebelum 29 Februari ini ya…🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

promo jan2016_lastbuypromozincpromo jan2016_vitaleaforchildrenbuy3get4_RPpromo jan2016_vivixbuy6get7_RP

Kenali Khasiat dan Jenis ‘Lettuce’ anda!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai sejenis tumbuhan hijau berdaun, mungkin boleh dikategori sebagai sejenis sayuran yang sinonim kepada penggemar salad iaitu ‘Lettuce’. Dalam bahasa melayu senang cakap sayur salad.

Salad atau ‘lettuce’ ini adalah sayuran yang popular dikalangan orang yang mementingkan kesihatan dan yang mengamalkan diet seimbang kerana sayur salad ini sangat sesuai dijadikan hidangan snek bagi menggantikan snek yang tidak sihat seperti kentang goreng, makanan segera dan sebagainya.

lettuce-leaves-on-a-white-background

Khasiat dan kebaikkan daun salad/ ‘lettuce’:

  • Snek paling kurang kalori – daun salad hanya mempunya 12kalori sahaja untuk setiap mangkuk (tanpa ‘dressing’ atau makanan lain). Jadi memang paling sihat untuk dijadikan snek.
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan – disamping mempunyai jumlah kalori yang rendah, ‘lettuce’ juga mempunyai fiber dan selulosa. Disamping memberikan rasa kenyang, fiber dan selulosa juga mampu melancarkan proses penghadaman seseorang di mana adalah proses terbaik untuk menurunkan berat badan. ‘Lettuce’ juga membantu mengurangkan garam hempedu yang berlebihan dan keadaan ini secara tidak langsung juga boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh seseorang.
  • Menyokong kesihatan jantung – ‘Lettuce’ juga membantu mengurangkan garam hempedu yang berlebihan dan keadaan ini secara tidak langsung juga boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh seseorang. ‘Lettuce’ juga kaya dengan sumber vitamin c dan ‘beta-carotene’ yang akan mengawal kolesterol dalam darah dan ini menghalang terjadinya ‘plague’ pada saluran darah. Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah serangan jantung, strok dan sebagainya.
  • Omega-3 – ‘romaine lettuce’ mempunyai ratio 2:1 omega 3 dan omega-6 di mana ia merupakan ration terbaik untuk setiap komposisi omega-3 dan 6 di dalam tubuh manusia.
  • Sumber protein – ‘romaine lettuce’ mengandungi 20% protein daripada kandungan kalorinya.
  • Membantu pesakit insomnia – di dalam ‘lettuce’ terdapat sejenis cecair yang dipanggil ‘lactuacarium’ di mana ia berfungsi seperti candu yang boleh memberikan ransangan untuk tidur dengan mudah.
  • Bersifat alkali yang meneutralkan asid dalam badan – sifat alkali semulajadinya membantu mengimbangi pH di dalam badan disamping dapat menjadi agen detoks yang baik.
  • Rendah GI (Glisemik Indeks) – ‘lettuce’ mempunyai kadar GI sebanyak 15 di mana rendah berbanding makanan lain. Makanan berindeks glisemik yang rendah adalah sangat bagus bagi mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah dan ia juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Makanan lengkap – ‘lettuce’ apabila dimakan secara mentah memberi pelbagai khasiat dan nutrisi seimbang dan semuljadi kepada badan kita. Ia bukan sahaja membekalkan nutrisi malahan tenaga kepada tubuh manusia. Oleh sebab itulah ‘lettuce’ merupakan antara snek terhebat dan sihat!
  • Sedap walau dimakan mentah! – ‘Lettuce’ adalah sejenih sayuran yang sangat enak walaupun dimakan secara mentah. Terdapat pelbagai kombinasi resepi yang sedap boleh dicuba agar rasa ‘lettuce’ lebih menyelerakan.

Jenis daun salad/ lettuce:

  • Butterhead Lettuce – ‘butterhead’ bersifat lembut, seperti mentega dan rasanya manis. ‘Butterhead’ juga terdapat pelbagai lagi jenis yang berlainan sifat dan bentuknya. Bentuk daunnya besar dan berwarna hijau pucat pada lapisan luar dan berwarna kuning pucat pada lapisan tengah
  • butter lettuce - additional image
  • Crisphead Lettuce – juga dikenali sebagai ‘head lettuce’ dan ‘iceberg lettuce’. Rasanya yang natural dan berair. Ia juga rangup dan lazat. Lapisan luar daunnya berwarna hijau gelab dan lapisan dalam daunnya pula berwarna hijau pucat keputihan.

crisphead lettuce

  • Looselead Lettuce – helaian daunnya lebih bersifat ‘individu’ atau tidak melekat dengan helaian daun yang lain. Rasanya yang lebih ‘buttery’. ‘Looselead Lettuce’ ada pelbagai bentuk dan jenis juga. Ada yang mempunyai daun yang besar, daun yang kerinting, berwarna kemerahan, ungu kehijauan dan sebagainya.

looseleaf lettuce

  • Romaine Lettuce – bentuknya yang besar, memanjang, daun yang bujur. Rasanya yang rangup dan manis. Lapisan luar daunnya berwarna hijau gelab bersaiz 8-9inci panjang. Warna lapisan dalam daunnya pula berwarna kuning kehijauan.

romaine lettuce

  • Celtuce (Chinese lettuce)- juga dikenali sebagai salad batang kerana ia tumbuh dari batangnya dan mempunyai rasa batang yang lazat dan daunnya juga enak dimakan. Rasa ‘celtuce’ juga seakan-akan daun ‘celery’ dan mentimun. celtuce

Sumber: HarvestToTable.Com

1451402575232.jpg

13 Kebaikkan Senaman kepada Kesihatan Mental

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

active mom2

Senaman selalu dikaitkan dengan aktiviti untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan atau kegemukkan kerana secara umumnya ramai beranggapan senaman adalah perlu untuk membakar jumlah kalori yang berlebihan dalam badan.

Jika kita teliti sebenarnya senaman adalah aktiviti ‘wajib’ diamalkan oleh semua orang, disetiap lapisan umur dan masyarakat kerana kebaikkannya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal malah juga kepada kesihatan mental jika kita konsisten melakukan aktiviti senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan 20minit setiap sesi.

Diharapkan entri ini menambah pengetahuan semua dan saya terutamanya dalam mempersiapkan diri untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat walaupun hanya bergelar suri rumah🙂

Menurut 1kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis beberapa dekad yang lalu aktiviti senaman yang dilakukan oleh seseorang boleh meningkatkan ‘kuasa’ mental seseorang dan menjadikan kehidupan seseorang lebih bersemangat, sihat, gembira dan bertenaga.

Antara kebaikkan senaman secara khusus kepada kesihatan mental manusia adalah:

1- Mengurangkan stress

Mengalami hari-hari yang mencabar di pejabat? Merasa tertekan dengan kerja dan majikan? Selepas waktu berkerja cuba untuk berjalan-jalan di taman seketika dan akan merasa lebih lega dan menyenangkan. Senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh boleh meredakan tekanan fizikal dan mental seseorang. Senaman boleh meningkatkan sejenis bahan semulajadi dalam badan iaitu ‘norepinephrine’ yang boleh menstabilkan tekanan emosi dan fizikal seseorang.

2- Merangsang hormon ‘gembira’

Aktiviti senaman mampu melepaskan sejenis hormon ‘gembira’ iaitu ‘Endorfin’ yang boleh mewujudkan perasaan bahagia dan keghairahan. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa aktivit senaman boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan masalah kehidupan. Doktor akan menyarankan kepada pesakit yang mengalami masalah tekanan untuk melakukan beberapa aktiviti kecergasan di gimnasium. Malahan aktiviti senaman dan kecergasan ini adalah lebih baik daripada mengambil pil untuk mengurangkan tekanan. Jangan risau jika anda tidak suka ke gimnasium kerana aktiviti kecergasan bebas dilakukan di mana-mana dan dalam bentuk apa sekalipun. Cukup sekadar berjalan dipersisiran pantai, berjalan di taman dan mengelilingi tasik asalkan anda merasa selesa dengan aktiviti tersebut🙂

3- Meningkatkan keyakinan diri

Secara umumnya, aktiviti fizikal ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang tanpa mengambil kira saiz dan bentuk badan, jantina, umur, latarbelakang, gaya hidup aktif dapat meningkat daya tarikan seseorang.

4- Membentuk aktiviti luar yang menyeronokkan

Untuk membentuk aktiviti kecergasan yang lebih menyeronokkan, lakukan aktiviti luar dan lebih bebas. Anda boleh mencuba beberapa aktiviti luar yang menyeronokkan seperti ‘rock-climbing’, memanah, berkayak, atau sekurang-kurangnya berlari-lari anak di taman sambil menikmati keindahan alam.

5- Meningkatkan keupayaan kognitif manusia

Apabila umur kita semakin meningkat, secara umumnya keupayaan daya kognitif dan otak kita akan semakin menyusut. Antara penyakit akibat penuaan adalah Alzheimer akan membunuh banyak sel-sel otak dan hal ini akan mengurangkan fungsi otak apabila umur semakin meningkat. Aktiviti kecergasan dan senaman sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana aktiviti kecergasan ini dapat membantu daya kognitif seseorang apabila tahap dan daya kognitif ini akan semakin merosot dengan mendadak menjelang umur 45tahun. Senaman dan aktiviti kecergasan antara umur 25-45tahun akan merangsang bahan kimia semulajadi dalam otak yang akan menyokong keupayaan kognitif untuk jangka masa panjang.

6- Mengurangkan kemurungan

Seperti yang diperkatakan tadi, aktiviti kecergasan boleh merembeskan hormon dan bahan kimia semulajadi di dalam badan dan otak untuk mengurangkan tekanan manusia sama ada fizikal ataupun mental. Jadi secara umumnya ia mampu mengurangkan masalah kemurungan ini.

7- Meningkatkan keupayaan otak

Beberapa kajian telah dijalankan ke atas tikus dan seorang lelaki yang telah membuktikan bahawa senaman kardivaskular boleh menjana sel-sel otak baru (neurogenesis) dan mampu meningkatkan prestasi otak secara keseluruhannya. Kajian juga telah membuktikan senaman juga mampu meningkatka tahap protein sintesis otak (dikenali sebagai BDNF) di dalam badan dipercayai boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat keputusan dengan bijak, lebih tinggi daya pemikiran dan pembelajaran

8- Meningkatkan daya ingatan

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten dapat meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran seseorang. Apabila seseorang itu semakin kerap mengeluarkan peluh, sel-sel otak juga semakin dijana untuk meningkatkan daya ingatannya. Satu kajian telah dijalankan membuktikan kanak-kanak yang memiliki perkembangan otak yang baik adalah kanak-kanak yang kerap melakukan aktiviti fizikal berupaya meningkat keupayaan pembelajaran dan daya ingatan mereka.

9- Membantu mengawal ketagihan

Sesetengah manusia mengalami masalah kebergantungan kepada yang boleh merangsang dopamine (sejenis hormon yang memberi rasa khayal dan menyeronokkan) seperti alkohol dan dadah. Aktiviti fizikal boleh membantu penagih ini untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada dadah atau alkohol secara berkala kerana senaman boleh ‘reboot’ semula sistem badan manusia yang telah rosak akibat daripada ketagihan kepada dadah dan alkohol!

10- Meningkatkan rasa tenang dan relaks

Aktiviti fizikal merupakan seperti pil tidur kepada seseorang yang mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur malam. Bergerak aktif sebelum 5-6jam sebelum waktu tidur akan meningkatkan suhu badan dan apabila suhu badan kembali kepada normal, ia akan memberi isyarat kepada badan untuk berehat dan tidur.

11- Meningkatkan daya kreativiti

Orang yang melakukan aktiviti kecergasan dengan kadar degupan jantung akan lebih berdaya kreatif sehingga 2jam selepas itu. Aktiviti kecergasan yang dilakukan diluar, berinteraksi dengan alam semulajadi akan lebih meningkatkan kreativiti seseorang juga.

12- Meningkatkan produktiviti

Banyak kerja sukar dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan? Terasa sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi? Anda kekurangan produktiviti! Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kajian menunjukkan pekerja yang mengambil masa untuk bersenam secara teratur akan lebih produktif dan mempunyai lebih banyak tenaga daripada mereka yang sebaya.

13- Memberi inspirasi kepada orang lain

Apabila seseorang itu melakukan rutin senaman yang teratur, ia mampu meningkatkan keyakinan seseorang malah dia mampu melakukan tugasan lain juga dengan sempurna. Hal ini mampu memberikan inspirasi kepada orang sekeliling dan merasa kagum dengan keyakinan diri tidak mengira umur, pangkat dan latar belakang.

 Sumber: Shape.Com

Fakta kolagen #korangtahutak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bulan ini merupakan bulan promo Shaklee Collagen Powder. Apa yang menarik dan bagusnya kolagen ni kepada kita? Jom semak beberapa fakta menarik yang kita sendiri tidak tahu mengenai kolagen

  • Menurut kajian klinikal, wanita bersalin kehilangan banyak kolagen dalam badan. Lebih ramai anak lebih banyak kolagen yang hilang.
  • Ramai diantara kita menyangka kolagen hanya untuk golongan 40tahun ke atas. Menurut kajian klinikal, berdasarkan gaya hidup zaman sekarang kandungan kolagen dalam tubuh akan menurun apabila umur menjangkau 20tahun disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.
  • Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud sifat melekat atau ‘glue’. Kolagen juga merupakan sejenis protein yang sangat penting kepada tubuh badan manusia dimana badan kita mengalami kehilangan kolagen sekurang-kurangnya 4000mg kolagen sehari. Sebab itulah kolagen Shaklee membekalkan 4000mg dalam setiap sachet untuk sehari.

Fakta menarik ‘Colagen Powder Shaklee’.

collagen-powder

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja

kolagen

kesan kehilangn collagen

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

picsart_12-08-01.51.26.jpg

Soya bahaya untuk kesihatan?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Sejak pengguna media sosial menjadi 1 medium berkomunikasi dan penyebaran maklumat yang terlalu pantas, banyak juga info dan maklumat yang diberikan sama ada betul, salah, ragu-ragu juga turut tersebar tanpa boleh disekat dan dikawal lagi. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah meneliti berita yang kita terima sama ada sahih atau ia sekadar khabar angin semata-mata.

Kita perlu menjadi seorang pengguna yang bijak, yang ‘well-informed’ agar kita tidak tersalah membuat penilaian. Kebalakangan ini banyak pula orang perseorangan membuat ‘post-status’ berkenaan dengan isu soya dan orang perseorangan itu tidak dikenali identiti peribadinya, tetapi ramai juga yang percaya dengan kata-kata beliau. Jadi ramai yang menjadi ragu-ragu untuk mengamalkan soya dalam diet seharian. Persoalannya:

1-Adakah soya meningkatkan risiko barah payudara dikalangan wanita?

2- Soya menyebabkan ‘cyst’ dan ‘fibroid’ dikalangan wanita?

3- Soya melembabkan perkembangan otak?

4- Soya dikatan menjadi punca kepada perkembangan luar biasa pada bayi dalam kandungan dan kanak-kanak?

Jadi untuk mencari kepastian, mari kita rujuk terus kepada yang pakar daripada kita percaya dan rujuk kepada orang perseorangan yang kita sendiri tidak mengenali beliau.

Merujuk kepada Dr. Zubaidi – banyak kajian telah dijalankan berkenaan dengan isu soya ni dan kebanyakkan hasil kajian telah mendapati tiada bukti khusus yang menguatkan dakwaan soya menjadi masalah utama kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit barah kerana barah lebih kepada penyakit berbentuk genetik.

Tulisan Dr. Malinda pula ada menyatakan:

(Michael T. et al, 2012), Cadangan yang mengatakn pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai ‘cyst’ dan ‘fibroid’ tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. ‘Soy phytoestrogen’ tidak mempunyai sel perangsang ‘cyst’ dan ‘fibroid’ tetapi ia mempunyai kesan ‘anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik ataupun NON-GMO.

Betul atau tidak soya bahaya untuk kesihatan?

Penggunaan soya telah menjadi begitu meluas terutamanya dalam industri makanan tanah air dan dunia secara keseluruhannya. Makanan harian kita seperti kicap juga diperbuat daripada sumber soya. Makanan kegemaran masyarakat jawa pula seperti tempe telah diamalkan secara turun-temurun sejak dulu lagi tapi jika soya ini bahaya kenapa ia masih lagi diamalkan sehingga kini? Kenapa tiada pula kempen untuk ‘mengharamkan’ budaya makan tempe dalam masyarakat kita?

Dipasaran juga terdapat pelbagai jenis soya, sama ada sebagai minuman dalam kotak ataupun ‘soy powder’. Sebagai pengguna kita seharusnya memilih dengan bijak dan tepat. Panduan memilih soya yang terbaik adalah seperti berikut:

1- Kacang soya yang ditanam dan diproses secara organik – proses penanaman soya ada secara organik tidak menggunakan bahan kimia dan racun perosak (pestisid) yang menjadikan soya itu tinggi nitrat yang boleh meningkatkan risiko penyakit barah.

2- Kacang soya dari sumber GMO atau NON-GMO – mestilah dipastikan bahawa soya yang ditanam merupakan soya yang tidak diubah secara genetik atau GMO. Soya GMO memang sangat bahaya untuk kesihatan kerana mengandungi toksin. Kenapa soya dipasaran lebih banyak yang GMO? Kerana soya GMO merupakan soya yang mudah dan murah untuk dihasilkan.

3- Mengandungi 9 asid amino penting pada tubuh – 9 asid amino ini adalah penting untuk tubuh dalam penghasilan hormon, enzim dan antibodi. Kekurangan asid amino ini menjadikan badan tidak berfungsi dengan baik.

4- Kacang soya diproses dengan alkohol atau air? – soya yang diproses menggunakan alkohol akan menyebabkan soya kehilangan isoflavone sehingga 88%!!! dimana isoflavone ini adalah bahan yang berupaya mengurangkan risiko penyakit barah. Isoflavone juga penting dalam penghasilan hormon dan jisim tulang. Disamping itu juga alkohol adalah bahan yang tidak boleh diambil oleh orang Islam.

5- Bahan anti-tiroid atau anti-pertumbuhan – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko penyakit barah.

6- Kacang soya yang dipanaskan -merosakkan kandungan nutrien dan protiennya!

7- Kacang soya yang diproses (dibuang minyaknya) – menjadikan soya itu berasid dan berbahaya kepada tulang – menyebabkan kerapuhan tulang

8- Ditambah dengan sumber kalsium untuk maksimumkan fungsinya

Soya apakah yang memenuhi kriteria dan ciri-ciri ini?

Jawapannya sudah tentu ESP Shaklee!🙂 yang ditanam secara organik, diproses tidak menggunakan alkohol, sumber soya NON-GMO, tidak diproses mengunakan haba panas, ditambah kalsium untuk meningkatkan fungsinya yang baik, mengandungi 9 asid amino penting yang lengkap! ESP Shaklee sesuai untuk semua orang termasuk ibu mengandung dan menyusu🙂

ESP non gmoESP ada 9asid amino

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Promo Disember 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Lama rasanya tidak bersiaran di sini…🙂 Maaf kepada pembaca-pembaca yang setia melawat di sini. Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2015, dan Shaklee masih lagi memberikan peminat-peminat Shaklee dengan tawaran-tawaran yang hebat.

Apa yang menarik bulan ini ya?

 

Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini 🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

Promo November 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan orang tersayang semua… Alhamdulillah sudah berlalu bulan Oktober 2015, semoga bulan November ini menjadi bulan yang lebih baik, lebih cemerlang untuk kita semua di dunia dan akhirat.

Ok berbalik pada tajuk entri kita, saya nak uar-uarkan mengenai promo Shaklee bulan ini. Ada 2produk yang terlibat dan Shaklee bermurah hati nak lanjutkan promo untuk “YES Wellness Pack” mereka. Jadi jom ambil peluang keemasan ini🙂

Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini🙂

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

  

wpid-20151028092819.jpg

Tips bangun pagi segar walaupun tidur lewat malam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Hari ni merupakan hari ke-3 saya dapat bangun pagi awal dan yang penting segar, rasa cergas bertenaga dan tidak mengantuk! Saya mengalami masalah tidur yang tidak cukup sejak melahirkan anak ke-3 si ammar yaser. Ammar merupakan seorang bayi yang tidak suka tidur sama ada siang atau malam. Selepas saya melahirkan ammar, bermulalah episod kehidupan saya yang meletihkan dan mengantuk kerana tidak dapat tidur dengan mencukupi. Ammar bangun dengan sangat kerap menyusu diwaktu malam secara purata 5-6kali. Kadang-kadang tidak terkira banyaknya dia bangun menyusu sehingga satu tahap, ammar kembali bangun apabila saya baru hendak mula terlelap selepas sesi menyusu sebelumnya. Keadaan kekal begitu sehingga hari menjelang subuh. Kini usia Ammar 1tahun 9bulan. Bayangkanlah selama itu saya tidak dapat tidur lena yang mencukupi…

Hari ini merupakan hari ke-3 saya aplikasikan tips yang boleh saya anggap berjaya sebab saya boleh bangun awal (sebelum subuh), dan rasa segar tanpa rasa mengantuk (terpaksa bangun). Rasa aktif dan dapat masak sarapan, menyediakan keperluan anak ke tadika serta kelengkapan suami ke tempat kerja.

Antara tips hebat yang saya amalkan sepanjang tempoh 3hari kejayaan bangun pagi segar ini adalah:

‘Short nap’

Saya akan ambil ‘short nap’ pada waktu tengah hari sebelum ambil anak sulung dari tadika (sebelum waktu solat zuhur). Sebagai surirumah memang agak sukar untuk tidur seketika di siang hari kerana ada anak-anak kecil. Apa yang saya buat, saya bawa kedua-dua anak masuk bilik dan ajar mereka untuk tidur bersama-sama dengan erti kata lain berehat. Masa yang diambil sekejap sahaja dalam linkungan 10-15minit. Saya selalu amalkan ‘short nap’ ini ketika berkerja dulu. Sewaktu makan tengah hari, saya akan lelapkan mata sekadar tempoh 10-15minit sahaja untuk tampil cergas pada sesi berkerja sebelah petang.

Berdasarkan kajian ‘short-nap-time’ dapat meningkatkan prestasi kerja secara berterusan. Waktu terbaik mengambil sesi ‘short-nap’ ini adalah diantara 10-20minit 1sesi. Disamping itu ia juga berupaya meningkatkan kemahiran kognitif, daya ingatan dan kecergasan minda seseorang.

‘Alarm-clock’

Saya menggunakan ‘alarm-clock’ telefon bimbit ataupun anak saya yang menyusu sebagai penggera semulajadi saya. Ammar akan biasa bangun menyusu 1jam sekali dan saya memang terbiasa bangun pukul 5-6pagi sebab ammar memang akan bangun menyusu pada waktu itu. Apabila sudah bangun dan ammar selesai menyusu saya akan terus bingkas bangun, mandi, dan bersiap untuk solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa ‘alarm-clock’ yang sudah saya set (sama ada jam telefon ataupun jam si ammar)

Amalkan sebelum tidur tanpa gagal

Saya akan mengambil 2biji vitalea dan 4biji ostematrix tanpa gagal setiap kali hendak tidur. Kadang-kadang saya selesai melakukan tugasan harian (uruskan pesanan pelanggan untuk tujuan pos esok harinya) pada pukul 1-2pagi. Jadi saya akan ambil vitalea dan ostematrix bersama air masak secukupnya.

wpid-20151028081202.jpg

wpid-20151028075732.jpg

Berdoa

Sebelum tidur jika berkelapangan, tunaikan solat sunat witir dan bacaan surah al-mulk. Berdoa kepada ALLAH SWT agar dia kejutkan kita pada waktu sepatutnya agar dapat melakukan ibadat kepadaNYA. Insya ALLAH dengan izin ALLAH SWT kita boleh bangun tepat pada waktunya dan dengan semangat!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622

Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

wpid-picsart_10-26-03.30.00.jpg

6 Teknik Mendidik Anak – Anakku Soleh Anakku Hebat

Bismillah wal hamdulillah…

Sudah lama rasanya saya beli buku “ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH” karangan pendakwah tersohor tanah air iaitu Ustaz Zahazan Mohamed. Saya sangat kagum dan suka dengan pendekatan yang dilakukan oleh ustaz sebab tuh saya nak kongsi dengan pembaca blog saya tentang sedikit ilmu yang disampaikan oleh ustaz. Semoga bermanfaat.

Sistem ISLAM tidak pernah memisahkan antara matlamat dan cara. Matlamat yang agung memerlukan matlamat yang baik. Demikian juga dengan pendidikan awal anak-anak yang bermatlamatkan ke arah melahirkan seorang anak yang baik dan soleh. Sudah semestinya perlu mengikut cara, teknik dan jalan yang telah digariskan oleh Islam

1- Menunjukkan contoh taulada yang baik

Kita sering mendengar ungkapan ‘kepimpinan melalui tauladan’. Ungkapan ini menjelaskan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh contoh tauladan orang yang memimpin kepada orang yang dipimpin termasuklah ibu ayah dan anak-anak. Keluarga yang ingin anak-anak berakhlak mulia, perlu mempraktikkan akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya.

Sirah: Ibu bapa perlu bersikap mulia

Daripada Abdullah bin ‘Amir r.a berkata: “Rasulullah SAW pernah datang ke rumah kami dan aku pada masa itu masih kecil. Ketika aku pergi bermain tiba-tiba ibu memanggilku: ‘Mari sini aku ingin memberikan engkau sesuatu’. Maka Rasulullah SAW pun bertanya: ‘Apa yang nak kau berikan kepadanya?’. Ibu berkata: ‘Tamar’. Sabda Rasulullah SAW: ‘Kalau engkau tidak memberinya nescaya ditulis bagimu satu dosa menipu”

Tidak dapat dinafikan rumah merupakan pendidikan pertama yang diterima anak-anak kerana rumah adalah tempat di mana anak-anak dibesarkan dan dididik. Akhlak yang dilihat setiap hari oleh anak-anak secara tidak langsung membentuk pekerti dan akhlak anak-anak juga. Dengan sebab itu ibu bapa dinasihatkan untuk menjadi model yang baik yang akan dituruti oleh anak-anak. Elakkan perbuatan dan perilaku yang negatif seperti bengis, buruk laku, berkata-kata dengan kata-kata kesat dan kotor dan sebagainya.

2-  Merangsang (taghrib) & menakut-nakutkan (tarhib)

Cendekiawan-cendekiawan ilmu tarbiah bersepakat bahawa rangsangan dan galakkan serta memberi ganjaran adalah perkara penting dalam pendidikan apabila anak-anak melakukan perkara yang baik.

Ibu bapa dan para pendidik seharusnya melihat perspektif memberi ganjaran ini dengan lebih luas. Ia tidak terhad hanya dengan memberi hadiah semata-mata ia termasuklah dengan memberi kata-kata pujian, kata-kata semangat, membawa anak-anak bersiar-siar dan sebagainya  bergantung kepada keadaan. Ia bertujuan untuk terus memberi galakkan dan dorongan kepada anak-anak untuk terus berkelakuan positif.

Dengan ganjaran yang diperolehi anak-anak ini akan terus bersemangat untuk berkelakuan baik atas sebab ganjaran dan sokongan yang mereka perolehi.

Al-Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumuddin:

“Semua perkara baik yang ditunjukkan oleh anak perlu dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik di hadapan khalayak ramai. Jika anak itu membuat perkara sebaliknya (buruk) maka hendaklah dilupakan oleh ibu bapa (seolah-olah mereka tidak mengetahui). Janganlah mereka membuka aib si anak lebih-lebih lagi jika dia cuba menyembunyikannya kerana yang demikian menjadikan anak tadi tidak membuang keburukannya itu”

Hukuman juga perlu dibuat untuk mengatasi perkara sebaliknya dari terus berlaku dan perkara ini diakui oleh cendekiawan cendekiawan ilmu psikologi. Dengan kombinasi dua cara ini anak-anak dilatih untuk berfikir: Membuat baik balasannya baik, membuat jahat balasannya hukuman.

Islam mengharuskan penggunaan hukuman atas perkara jahat yang dilakukan dengan syarat biarlah ia bersebab. Selain itu hendaklah hukuman yang dikenakan itu berpatutan dan tidak berlebihan.

Di dalam hadith ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah SAW bersabd:

“Ketahuilah wahai Ab. Mas’ud (pemukul) pukullah dengan cara yang berpatutan (jangan berlebih-lebuhan).” Apabila terdengar sahaja seruan Nabi, sahabat yang memukul tadi berkata: “Dia aku bebaskan kerana ALLAH.” Nabi bersabda: “Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka”

Al-Qobsi berkata:

Alangkah baiknya kalau para pendidik menjadi ‘ayah’ pada anak-anak didiknya. Janganlah pendidik tadi selalu bermasam muka pada anak-anaknya kerana perbuatan itu adalah dibenci, menyebabkan anak-anak menjadi kurang ajar kepadanya. Hendaklah dia menasihati mereka. Jika tidak berjaya, bolehlah memukul mereka dengan pukulan yang menyakitkan tetapi tidak melebihi hadnya dan janganlah pukulan itu terlalu perlahan. Adalah tidak patut seseorang pendidik itu mewakilkan seorang murid untuk memukul rakannya kerana perkara itu menyebabkan timbulnya rasa benci sesama mereka. Muka dan kepala hendaklah dielakkan semasa memukul. 

Mungkin pada sesetengah keadaan memaafkan boleh dilakukan sebagai ganti pada hukuman pukul. Perlulah pada waktu itu pendidik memaafkan anak tadi tanpa memukulnya

3- Mencontohi dan mengikuti (taqlid)

Taqlid adalah nilai-nilai baik ialah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa yang diterima oleh akal dan yang diyakini olehnya tetapi dia tidak dapat memberi dalil atas apa yang dibuatnya. Anak mendengar ayahnya menyebut perkataan ‘Alhamdulillah’ lalu dia akan mengikuti ayahnya kerana dia percaya pada ayahnya da apa yang disebut oleh ayahnya walaupun dia tidak mampu memberi dalil atas apa yang disebutnya, Mereka juga akan mencontohi ibu ayah dalam solat, cara bercakap, cara makan dan sebagainya

Ibn Khaldun berkata:

“Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar” 

(Al-muqaddimah) 

4- Memberi pengajaran (nasihat)

Al-quran menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan menggunakan percakapan yang menunjukkan kasih sayang. Inilah yang kita lihat diucapkah oleh nabi-nabi alaihissalam kepada anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka kadangkalanya derhaka dan tidak mengikuti agama yang dibawa oleh ayah mereka.

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud:

Satu hari aku berada di belakang Nabi, lalu Nabi bersabda: “Wahai anak! Aku mengajarmu beberapa perkataan: Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah DIA, kamu akan mendapatiNYA dihadapanMU. Apabila kamu meminta, mintalah ALLAH. Apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripadaNYA. Ketahuilah sekiranya ummah berkumpul untuk memberi manfaat padamu mereka tidak mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH dan jika mereka berhimpun untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH”

Perlulah bagi pendidik menyertakan bersama nasihat-nasihatnya, harapan yang tinggi, menakut-nakut dengan hukuman, memuji dan sebagainya kerana tanpa perkara ini hilanglah nilai nasihat itu.

Pertimbangan antara penggunaan NASIHAT dan ROTAN akan melengkapkan cara mentarbiah.

5- Bercerita

Cara bercerita juga mungkin boleh dilaksanakan dalam tarbiah untuk menanam sifat-sifat baik dalam diri anak. Dengan cara bercerita anak-anak akan belajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Cukuplah contohi Al-Quran kerana di dalam al-quran telah banyak menceritakan pada kita tentang peristiwa-peristiwa yang telah dan akan berlaku untuk diambil iktibar oleh kita supaya kita mengikut jalan yang benar.

ALLAH SWT berfirman dalam al-quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka itu ada pengajaran” (Surah Yusuf: 111)

Cara bercerita ini dapat dilaksanakan dengan cerita-cerita yang terkandung dalam al-quran beserta dengan pengajaran daripada kisah tersebut. Boleh disertakan juga nasihata tauladan daripada kisah yang dipaparkan oleh al-quran kepada ummat manusia seluruhnya.

6 – Membuat perumpamaan

Antara cara-cara pendidikan yang berjaya ialalh dengan membuat perumpamaan dalam percakapan dengan anak-anak dalam mendidiknya. Tidak ada syak cara ini juga ada digunakan oleh al-quran dengan begitu banyak sekali.

Sirah: Nabi SAW mendidik para sahabat dengan perumpamaan

Hadith yang dibawakan oleh al-imam ahmad dan al-baihaqi dalam Syu’ab Iman (Bab iman) daripada hadis Abi Umamah r.a: “Telah datang seorang pemuda kepada Nabi lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah SAW izinkanlah bagiku untuk berzina. Orang yang ada di sekeliling cuba untuk menghalaunya dan mereka berkata: Diam. Nabi memanggilnya: Mari dekatku. Maka dia pun datanglah dekat. Nabi berkata duduk, maka duduklah dia. Nabi bertanya: ‘Adakah kamu suka perbuatan zina itu dilakukan oleh ibumu?’. Dia menjawab: ‘Tidak’. Demi ALLAH, semoga ALLAH menebuskan dirimu denganku. Dia berkata lagi: ‘Tiada siapa pun yang hendak perbuatan itu berlaku pada ibu mereka.’

Demikianlah Nabi bertanya tentang anak perempuannya, saudara perempuannya, emak saudaranya, bapa saudaranya dan lelaki itu menjawab dengan jawapan sebelumnya. Kemudia Nabi pun bersabda sambil meletakkan tanganya pada dada pemuda itu: ‘ YA ALLAH ampunkanlah dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya daripada zina’. Selepas itu pemuda itu tidak lagi ingin memperlakukan perkara-perakara sumbang.